Kenapa professional trader menjana wang sedangkan anda kerugian wang
Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian.
Pernahkah terlintas difikiran anda, kenapa anda sering kerugian sedangkan ada satu pihak lain iaitu golongan professional trader, sentiasa pula membuat keuntungan? Adakah ada apa-apa rahsia yang belum kita ketahui atau adakah mereka ini mempunyai sistem yang lebih hebat dari kita? Satu jawapan yang pasti adalah, mereka tak buat apa yang trader bodoh buat.
Jadi, persoalan di sini adalah apakah strategi yang digunakan oleh professional trader ini? Berikut saya senaraikan berdasarkan pembacaan, pengalaman dan pemerhatian saya(terhadap newbie).
#1. Minda seorang professional trader
Professional trader faham bagaimana mereka bertindak, berfikir serta memahami personaliti mereka dan bagaimana ia akan memberi kesan terhadap kejayaan trading mereka. Mereka telah memahami dan mengenal-pasti masalah-masalah berkaitan trader itu sendiri seperti emosi, suka berjudi nasib dalam entry, over-trading, tamak, perasaan was-was dan takut, balas dendam dan banyak lagi.
Menyelesaikan masalah di atas membantu professional trader bertindak wajar dan memahami dengan baik apa yang perlu mereka buat dan apa yang perlu dielakkan.
Paling penting adalah, mereka akan berfikir tidak semestinya sepanjang masa mereka perlu trading. Jika anda jenis yang mahu entry setiap hari, cuba renungkan seketika, adakah anda sudah cukup konsisten profitable melalui cara seperti itu?
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
#2. Strategi professional trader
Kesabaran adalah kunci utama. Menanti sesuatu setup yang betul-betul profitable itu perlukan masa untuk ia terbentuk dan seterusnya memberikan hasil bagi yang tahu memanfaatkannya.
Professional trader ini secara kebiasaannya akan menantikan retracement atau harga diskaun murah untul buy low dan menantikan harga termahal untuk sell high. Ia bukanlah berlaku setiap hari dan hanya trader yang betul-betul sabar sahaja akan dapat entry setup ini dan seterusnya memisahkan diri mereka dari kelompok trader-trader yang sering kerugian kerana tidak sabar dalam mendapatkan entry setup. Lebih teruk, selepas loss, mereka mahu ‘balas dendam’ pula.
#3. Pengurusan modal dan risiko
Pernahkan anda menyemak semula entry-entry anda yang lepas dan fikirkan semula bagaimana anda membuat entry tersebut? Adakah anda entry berdasarkan pengurusan risiko atau anda entry sebab nak entry sebab anda rasakan hari tersebut mesti membuat entry?
Professional trader mempunyai plan money management yang baik serta faham risiko terlibat serta mengutamakan kesan-kesan kerugian terlebih dahulu sebelum memikirkan reward-nya. Sesuatu setup yang terbaik adalah setup yang berikan kelebihan kepada professional trader ini setelah entry itu dibuat ia termasuklah memberi kelebihan kepada strategy exit plan.
Professional trader akan mempunyai exit plan yang sangat bagus ketika profitable dan losing trade. Jika loss, takkan tambah layer entry loss lagi kan? Jika profit pula takkan nak cepat-cepat close profit tersebut….
Andaikata anda masih tak faham, professional trader akan cutloss trade yang tak mengikut trading plan dan akan ‘hold’ posisi trade yang profitable hinggalah semaksimum yang mungkin.
#4. Trading plan yang kukuh
Professional trader membina trading plan yang kukuh berdasarkan mindset, kaedah dan pengurusan wang dan risiko yang dibincangkan di atas.
3 perkara ini sangat penting kerana ia saling berkaitan antara satu sama lain. Oleh itu jika anda mahu menjadi professional trader yang berjaya, rajin-rajinlah upgrade ilmu anda dalam 3 perkara di atas.. Ini adalah kerana salah satu sikap professional trader juga adalah sentiasa belajar dan perbaiki diri untuk sentiasa lebih baik.
Sentiasa belajar bukan bermaksud belajar teknik entry baru yer… Tapi sebaliknya belajarlah dari kesilapan lepas untuk jadi lebih baik di masa akan datang.
Ok mari kita kupas lagi, tapi dari segi trader yang sering kerugian pula.
- Mindset salah
Mindset ini sangat penting kerana ia akan mempengaruhi tindak tanduk seseorang trader itu. Jika ia salah, maka hasilnya juga akan salah. Sebagai contoh, anda mahu menggandakan USD100 kepada USD1K dalam masa sehari sedangkan anda tidak punyai skill yang diperlukan untuk tujuan itu malah, ia dibuat berdasarkan emosi dan terikut-ikut trader lain. Saya yakin, belum pun sampai 1 jam, akaun itu boleh lebur serta-merta.
- Kaedah/Strategi yang kerap ditukar
Newbie atau losing trader tidak punyai strategi tetap. Suka tukar-tukar teknik dan terikut-ikut trader lain. Sering berforum dan tak yakin dengan trading plan sendiri. Lebih dahsyat lagi, suka gabungkan pelbagai teknik indikator dari system berlainan kononnya untuk hasilkan holy grail sendiri.
- Tiada pengurusan wang dan risiko
Lebih mengutamakan teknik entry dan sibuk cari teknik 99% accurate, itulah keutamaan golongan ini tetapi tidak pula mahu mencari apa teknik terbaik untuk money management dan risk management untuk akaun mereka. Kenapa? kerana topik ini membosankan dan tak sesuai untuk mereka kerana nampak agak ‘lambat kaya.’ Pentingnya pembelajaran untuk topik ini hanya akan disedari setelah 1-2 tahun kemudian dengan alasan, “sudah banyak kerugian..”
Harapnya pembaca blog ini bukan salah seorang dari golongan ini ya?.. 🙂
Persoalan penting! -Adakah professional trader tidak pernah kerugian?
Jawapan tepat – Sudah tentulah pernah. Ini kerana mereka juga manusia biasa. Tetapi apa yang membezakan mereka dengan newbie trader adalah mereka fokus pada jangka panjang dan walau kerugian teruk sekalipun akan ada masanya untuk stop trade dan kembali apabila sudah jelas arah pasaran.
Oleh itu bagi yang berdepan dengan losing streak janganlah merasakan dunia gelap gelita kerana itu mungkin saja bukan waktu anda. Tapi selagi modal tidak margin call dan masih berbaki lagi, perjuangan masih boleh diteruskan. 🙂
Akhir kata…
Okey demikianlah untuk topik ini. Sila berikan komen jika anda merasakan artikel ini bermanfaat dan silakan share dengan rakan-rakan semoga faedahnya dapat disampaikan kepada lebih ramai trader baru dan lama.
Sekian,
admin
12/11/19