
Kenapa Stoploss Menjadi Punca Trader Gagal Buat Duit Dalam Trading?
Stoploss adalah cara terbaik untuk hadkan kerugian, namun ramai trader meletakkan stoploss terlalu kecil untuk kurangkan risiko, tapi tidak sedar inilah punca utama mereka sering rugi. Ketahui kenapa stoploss yang terlalu ketat boleh merosakkan potensi keuntungan anda.
Stoploss seharusnya diletakkan di tempatnya dan bukan sesuka hati dikecilkan kononnya untuk minimakan kerugian.
Apa Itu Stoploss Kecil (Tight SL)?
Stoploss kecil merujuk kepada jarak SL yang terlalu dekat dengan entry point. Contohnya, hanya 5–10 pips di bawah atau atas entry — tanpa mengambil kira struktur pasaran atau kawasan sokongan/rintangan sebenar.
Ramai trader percaya bahawa semakin kecil SL, semakin rendah risiko. Namun realitinya, semakin kecil SL, semakin tinggi kemungkinan ia terkena sebelum price bergerak ke arah yang dijangka.
Kenapa Stoploss Kecil Boleh Menyebabkan Anda Gagal Buat Duit?
1. Pasaran Tidak Bergerak Secara Lurus
Pasaran bergerak dalam bentuk gelombang: naik, turun, retrace, spike. Ini adalah pergerakan semula jadi (market noise).
Jika anda meletakkan SL terlalu dekat:
- Sedikit retracement pun boleh trigger SL anda.
- Anda rugi walaupun arah jangkaan anda betul.
2. Tight SL Mudah Kena Manipulasi Market
Hedge funds, bank, dan smart money tahu di mana retail traders letak SL — biasanya:
- Di bawah support, atas resistance.
- Di kawasan round number.
Mereka akan buat pergerakan kecil yang cukup untuk ‘memburu’ stoploss, dan selepas itu baru price bergerak ke arah sebenar.
Stoploss kecil = mudah jadi mangsa manipulasi pasaran.
3. Tiada Ruang Nafas untuk Trade Berkembang
Setiap trade perlukan ruang untuk berkembang. SL terlalu dekat:
- Tidak beri ruang kepada candle atau price untuk bernafas.
- Anda akan cepat cut loss walaupun trade itu belum invalid.
4. Tidak Realistik untuk Capai Risk-Reward Ratio yang Baik
Trader yang obses dengan SL kecil:
- Terpaksa letak TP kecil juga supaya RR masuk akal.
- Tapi secara statistik, banyak SL kecil akan kena dulu sebelum satu TP besar berjaya.
Akhirnya, lebih banyak loss kecil mengatasi satu TP besar, dan akaun kekal negatif.
Solusi: Cara Betul Guna Stoploss Dalam Trading
Letakkan SL Berdasarkan Struktur Pasaran
Jangan letak SL hanya berdasarkan nombor pip tertentu. Letak di:
- Luar support/resistance
- Luar order block atau zone re-entry
- Tempat di mana jika price sampai, setup anda memang sah salah
Gunakan Position Sizing untuk Kawal Risiko
Jika SL besar (contoh 50 pips), kecilkan saiz lot supaya risiko masih 1–2% per trade.
Jika SL kecil (contoh 20 pips), boleh naikkan lot sedikit — tapi bukan sebab nak kejar profit cepat.
Yang penting, risiko per trade konsisten, bukan saiz SL.
Yakin dengan Setup Anda
Jika setup anda valid dan ikut plan:
- Tak perlu takut untuk letak SL di tempat yang logik.
- Jangan meletak SL sekadar untuk “rasa selamat”.
Contoh Perbandingan
Trader A:
- Entry buy, SL 10 pips (tight SL)
- Kena spike, rugi 1%
- Price terus naik 100 pips selepas itu
Trader B:
- Entry buy, SL 50 pips (di luar support)
- Floating -30 pips
- Akhirnya TP +100 pips, untung 2%
Trader A rugi walaupun betul arah. Trader B untung sebab berikan ruang kepada trade.
Kesimpulan: Jangan Terlalu Obses Dengan Stoploss Kecil
Stoploss kecil bukan tanda disiplin — tetapi tanda kurang faham pasaran.
Letakkan stoploss anda di tempat yang hanya akan dilanggar jika analisis anda salah, bukan di tempat yang biasa dilanggar oleh ‘noise’ pasaran.
ADMIN
12/08/25