
KENYATAAN RASMI | UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA SEKURITI
Bermula daripada tarikh kuat kuasa peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), pihak kami dengan ini mengumumkan bahawa:
- Kami tidak lagi menjalankan sebarang kerjasama, promosi, atau pengiklanan berkaitan pembukaan akaun dengan mana-mana broker.
- Tiada lagi pautan pendaftaran atau promosi broker akan dipaparkan di laman web ini selepas tarikh kuat kuasa undang-undang tersebut.
- Semua kandungan yang ada di laman ini adalah untuk tujuan pendidikan dan informasi sahaja, bukan untuk menggalakkan pembukaan akaun perdagangan dengan mana-mana pihak.
Sebarang posting terkini hanyalah mempromosikan pendidikan sahaja yang dianjurkan oleh pihak ke-3 samada syarikat persendirian ataupun dari penyedia perkhidmatan(broker) dan tidak akan sekali-kali meminta anda membuka akaun atau berdaftar dengan mana-mana broker.
Status Artikel & Posting Lama
Sebarang artikel atau posting yang wujud sebelum tarikh kuat kuasa peraturan SC dan mengandungi rujukan kepada broker adalah merupakan promosi lama yang dibuat sebelum undang-undang tersebut berkuat kuasa.
- Kandungan tersebut tidak lagi sah sebagai promosi terkini dan tidak boleh dianggap sebagai ajakan untuk membuka akaun atau menggunakan perkhidmatan mana-mana broker.
- Artikel lama yang masih kekal hanyalah untuk tujuan arkib, rekod, dan pendidikan semata-mata.
- Pihak kami berhak untuk menyunting atau membuang pautan pendaftaran lama bagi memastikan pematuhan penuh kepada undang-undang dan garis panduan SC.
- Admin akan mencuba untuk mengubah kandungan lama termasuk memadamkan ataupun mengubah stuktur kandungan untuk selari dengan peraturan yang dikuatkuasakan.
Komitmen Pematuhan
Kami menghormati dan mematuhi sepenuhnya undang-undang serta garis panduan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Dengan ini, segala bentuk kerjasama promosi broker adalah terbatal secara rasmi berkuat kuasa pada tarikh peraturan SC dilaksanakan.
Terdapat ribuan artikel dalam blog ini dan pihak kami mungkin terlepas pandang pada artikel lepas yang mempunyai promosi broker, oleh itu jika terdapat posting ARTIKEL atau BANNER lama kami, sila maklumkan kepada admin melalui email admin@pullbackforextrading.com atau whatsapp di +60168225295 untuk admin turunkan artikel tersebut.
ADMIN
24/09/25