
KESAN DAN AKIBAT ILMU TIDAK HALAL
Ramai tidak sedar bahawa sumber ilmu yang tidak halal atau tidak berkat boleh menjadi antara punca utama kenapa seseorang sukar untuk berjaya sebagai trader—walaupun sudah belajar bertahun-tahun, ikut banyak kelas, dan guna strategi yang terbukti berkesan.
Mari kita kupas kenapa ini berlaku.
Ilmu yang Tidak Halal: Apa Maksudnya?
Ilmu yang tidak halal bukan hanya bermaksud curi, tiru, atau ambil tanpa izin. Ia juga boleh datang daripada:
- Ilmu yang dipelajari dari sumber yang haram (contohnya duit curi, atau penipuan)
- Ilmu yang digunakan untuk tujuan tidak jujur (seperti menipu orang lain, menjual kursus untuk keuntungan)
- Ilmu yang diperoleh tanpa adab – contohnya mempersoalkan guru, mencela mentor, atau menuntut ilmu tanpa rasa hormat.
Apa Kesan Ilmu Tak Berkat Dalam Trading?
- Rezeki sukar kekal
Walaupun ada profit, tapi tak kekal lama. Sekejap naik, sekejap margin call. Duit keluar masuk tapi tak pernah rasa cukup. - Ilmu susah lekat di hati dan minda
Dah belajar, dah ulang banyak kali, tapi tetap lupa. Tak dapat tangkap maksud strategi atau setup dengan betul. - Hati jadi gelisah dan tidak tenang
Sentiasa rasa FOMO, takut rugi, cepat panik bila floating merah. Tak ada ketenangan dalaman yang diperlukan untuk jadi trader yang disiplin. - Susah untuk buat keputusan bijak
Ilmu tanpa keberkatan ibarat pisau tajam tapi pemegangnya licin—nampak hebat tapi mudah melukai diri sendiri.
Solusi: Cari Keberkatan Dulu, Profit Akan Menyusul Kemudian
- Perbetulkan niat
Belajar kerana Allah, bukan sekadar nak cepat kaya. Jadikan trading ini sebagai jalan mencari rezeki yang halal. - Bayar dan hormati ilmu
Jika belajar dari kursus berbayar, jangan kongsi sembarangan. Jika belajar dari mentor, doakan mereka. Keberkatan datang dari adab terhadap ilmu dan guru. - Gunakan rezeki dari trading untuk kebaikan
Sedekah, bantu keluarga, bayar zakat—semua ini akan membersihkan dan memberkati rezeki kita. - Jaga sumber modal
Pastikan modal yang digunakan bukan hasil dari benda haram. Mulakan kecil asalkan bersih dan diberkati. Elakkan juga trading guna duit loan pinjaman yang mungkin anda berniat untuk tidak membayarnya.
Kesimpulan

“Ilmu yang berkat akan membuka pintu rezeki yang luas. Ilmu yang tidak halal hanya akan menambah beban dan kekeliruan.”
Jika anda rasa dah buat macam-macam tapi masih stuck dalam trading, cuba muhasabah dari sudut ini. Mungkin bukan salah teknik, tapi salah dari mana datangnya ilmu dan rezeki itu sendiri.
Download ebook lengkap di sini >> klik sini.
Sekian,
ADMIN
26/05/25