LEVERAGE, MARGIN, FREE MARGIN DAN VOLUME
Leverage, margin, free margin, margin call dan volume.
LEVERAGE
Leverage besar membolehkan akaun kecil membuka lot besar.. Ini adalah kerana leverage besar adalah gandaan besar kepada modal bermaksud keupayaan margin juga bertambah besar. Jika leverage anda 1:100, maksudnya setiap 1 usd yang ada dalam akaun tu diganda kpd 100x kali.
mksdnya klu 10usd je akaun tu ia bersamaan $1,000.00.
MARGIN
margin adalah kos untuk open trade. Open trade pula memerlukan margin(keperluan margin/margin requirement) tertentu yang sudah ditetapkan dan ia dikira dlm bentuk VOLUME. Volume ini masih dalam USD cuma disebabkan kita guna leverage, maka tak perlu letak modal sama dgn volume ini
kecuali akaun kita tiada leverage iaitu 1:1.
VOLUME
kos margin adalah seperti VOLUME berikut;
Volume $100 adalah 1sen(0.01 micro lot)
volume $1K adalah bersamaan 10sen(0.01 lot)
volume $10K adalah bersamaan 1usd(0.10 lot)
Volume $100K adalah bersamaan 10usd(1.00 lot)
jika kita guna leverage 1:1 maka untuk buka lot di atas kita perlukan jumlah modal yang sama dgn volume yang diperlukan.
contohnya nak buka 1USD/PIPS yang nilai volumenya 10K$, maka kita perlu ada lebih 10K$ juga dalam akaun trading, cthnya;
11K dalam trading di mana 10K akan diguna untuk buka 1usd/pip tersebut dan baki bersih/free margin sebanyak 1K lagi. 10K tidak boleh buka 10k volume sebab tiada margin atau perlu tambah margin(margin call).
Dalam trading, modal cukup2 shj tidak boleh buka lot sepenuhnya tanpa free margin. modal 100K leverage 1:1 tidak boleh buka volume 100K wlupun modal 100K kerana tiada free margin atau baki selepas open trade itu. Modal ini hanya boleh buka lot lebih rendah dari itu. cth 10K, 20K, 50K…
jadi,
jika lot 0.10 adalah 1usd/pip berdasarkan lot akaun jenis standard, maka untuk trade atau open 1usd tersebut,
kos dan dan margin keperluan adalah seperti berikut;
100:1, kos open trade 1usd/pip = USD100 kerana 100×100 = 10K volume
200:1, kos open trade 1usd/pip = USD50 kerana 50×200 = 10K volume
300:1, kos open trade 1usd/pip = USD33.34 kerana 33.34 x 300 = 10,002 volume
500:1, kos open trade 1usd/pip = USD20 kerana 20×500 = 10K volume
1000:1, kos open trade 1usd/1pip = USD10 kerana 10×1000 = 10K volume
2000:1, kos open 1usd/pip = usd5 kerana 5×2000 = 10K volume
Modal sebesar 25usd dengan leverage 1:500 sudah cukup untuk buka 1usd/pip kerana hanya 20usd shj diperlukan untuk
buka 1usd tersebut. 20usd x 500(leverage) = 10k volume. Free margin adalah 5USD.
akan tetapi jika modal 25usd dgn leverage 1:100 TIDAK BOLEH buka 1usd/pip. Why? sebab 25usd x 100(leverage) = $2500.
Oleh itu ia cuma boleh buka maksima 20sen/pip shj kerana 2000$ volume itu hanya mampu buka 20sen/pip dan 500$ lagi sbg free margin.
ingat, tak boleh gunakan semua volume yang ada tanpa free margin.
Bagaimana untuk memanfaatkan leverage ini dalam trading??
Bergantung apa jenis trading yang anda mahukan. Adakah anda high risk trader atau low risk trader?
Jika anda low risk trader…
Jika anda low risk trader atau menggunakan teknik trading swing seperti yang saya kongsikan di sini, maka anda tak perlukan leverage yang besar-besar. Memadai anda menggunakan leverage 1:100 atau 1:200 kerana ia menghadkan keupayaan akaun anda membuka posisi besar dan seterusnya membantu mengawal emosi anda. Sukar untuk dipercaya tapi itulah yang berlaku. Tidak dinafikan apabila dikuasai emosi adakalanya terasa hendak membalas dendam seperti membuka lot besar sebab nak cover loss terdahulu ataupun juga membuka lot lebih banyak berlapis-lapis gara-gara tamak menguasai diri ketika betul(trade tengah profit).
Jika anda high risk trader…
Jika anda high risk trader anda boleh pilih leverage besar dan deposit dengan jumlah kecil kemudian trade lot besar. Bukan berjudi ye tapi ada rule yang perlu diikuti.
Asalkan faham kaitan leverage dan margin, anda cuma perlu jaga free margin je.
Akan tetapi untuk menggunakan teknik ini secara maksima, anda perlukan teknik yang boleh bagi high reward dan low risk(stoploss kecil TP besar).
Berikut contoh live trade bagaimana saya menggunakan leverage 1:1000 untuk kelebihan saya dalam trading. Modal tak besar(tu pun hampir MC.. hehehe…) tapi yang penting hasil besar.
Ebook ini disediakan untuk ahli cspro untuk download di member area. Sila ke sini untuk muat-turun. Pastikan login dulu ye. 🙂
ADMIN
18/08/18
Perhatian,
Artikel ini hanya merujuk kepa major pair seperti GBPUSD, EURUSD dan AUDUSD. Ia berbeza untuk pengiraan margin untuk pair lain seperti USDCAD, USDJPY, GBPJPY dan lain-lain.. Sila rujuk broker masing-masing untuk maklumat terperinci.