OVER-TRADE – PENYAKIT KETAGIHAN TRADER YANG PERLU DIUBATI SEGERA
OVER-TRADE – ‘PENYAKIT’ KETAGIHAN TRADER YANG PERLU DIUBATI SEGERA
Membongkar dan Mendedahkan…
-
BAGAIMANA BOLEH KONSISTEN KERUGIAN
-
BAGAIMANA ‘IA’ MENJADI PEMBUNUH TERPANTAS AKAUN ANDA
KONSISTEN KERUGIAN
Selama ber-trading dari penghujung 2009 hinggalah kini 2018 tahun ini, saya dapati suatu keadaan yang sangat ‘berkuasa’ dan sangat konsisten dengan mudah, iaitu kerugian berturut-turut hinggalah margin call -Berpunca dari over-trade atau trading yang keterlaluan. Saya melakukannya dalam trading saya seperti mana trader-trader lain juga. Hari ini saya ingin kongsikan pandangan saya mengenai ‘penyakit’ ini dan berharap sedikit sebanyak dapat membantu kita memperbaiki diri dan skill trading kita.
Over-trade dan tidak sedarkan diri
Perkara ini tidak disedari ketika ia dibuat hinggalah ke satu point apabila akaun sudah makin tenat hinggalah ia ‘mati.’ Kebanyakkan kita menggelarnya sebagai MC atau Margin Call.
Over-trade adalah penyakit ketagihan trader tanpa trader menyedarinya. Ia berlaku apabila trader itu sudah mula dikuasai emosinya tidak kiralah dia profitable ataupun kerugian. Jadi ianya berfungsi dalam dua keadaan ini, untung dan juga rugi. Namun penghujungnya cuma satu, -KERUGIAN.
Emosi sangat susah untuk dielakkan bagi yang trade tanpa perancangan trading yang baik dari segi strategi entry/exit dan juga kewangan(money management).
Point-point berikut wajar dipertimbangkan jika mahu menyedari adakah anda sudah terkena penyakit ini atau tidak.
Adakah anda..
- Membuat analisa teknikal sebelum membuat entry?
- Adakah mempunyai money management?
- Berapakah had kerugian anda?
- Adakah anda suka scalping dan menghabiskan masa berjam-jam depan chart?
- Suka melihat chart secara kerap?
Saya cuma senaraikan sedikit, mungkin anda boleh senaraikan lebih banyak. Perkara-perkara di atas adalah antara punca saya over-trade. Apabila ia berlaku secara kerap, secara tidak sedar saya telah kerugian secara konsisten, dan lebih konsisten dari keuntungan.
PEMBUNUH TERPANTAS AKAUN ANDA
Selain kerugian yang konsisten, over-trade membunuh akaun anda lebih cepat dari yang anda fikirkan. Hasilnya deposit berulang hinggalah anda sedar tiada sudah bajet untuk deposit anda. Pada waktu ini barulah terfikir apa kesilapan lepas anda dan mula berfikir dari kesilapan itu. Dari situ mulalah berfikir mengenai penyelesaiannya dan apa yang perlu dibuat apabila membuat deposit yang berikutnya.
Bagaimana over-trade membunuh akaun anda lebih cepat
Over-trade ini saya sering kaitkan dengan dua perkara berikut;
- Keyakinan melampau ketika untung
- Kemarahan melampau ketika rugi
Ketika untung(…menjadi tamak)
Apabila untung, seseorang trader itu akan cenderung merasa dirinya seperti professional trader yang sangat hebat membuat duit. Merasakan diri hebat membuat untung pada jam-jam lepas atau hari-hari lepas, sekarang mulalah rasa nak ‘hentam’ lot yang lebih besar sikit. Pada ketika ini kerugian mula berlaku apabila market sudah tidak lagi bergerak seperti yang berlaku sebelum ini maka keuntungan pun sedikit demi sedikit ‘dimakan’ oleh kerugian ini. Lambat laun habislah semua keuntungan hinggalah memakan pula modal trading.
Mahu tahu kenapa mula rugi selepas keuntungan demi keuntungan? fikirkan, adakah anda yakin market uptrend akan uptrend selamanya? Sampai ke suatu tahap, ia akan bertukar arah juga.
Pada peringkat ini anda berada dalam fasa ketakutan pula. Sekali lagi penyakit over-trade ini akan memainkan peranannya.
Ketika rugi(..menjadi ketakutan)
Ketika berdepan dalam kerugian pula, perasaan marah menguasai diri bercampur dengan perasaan takut.
Takut untuk silap lagi pada trader berikutnya dan perasaan mahu membalas dendam untuk memuaskan perasaan marah akibat kerugian yang lepas. Membalas dendam dengan mudah apabila menggandakan lagi saiz volume trade berikutnya. Manalah tahu boleh cover cepat kan?
PROMOSI MEMBERSHIP RAYA 2018 – SERTAI HARI INI!
Pada waktu ini anda sudah mula rasa tidak peduli akan akaun anda dan anda akan trade akaun itu sampailah ia margin call. Baru puas hati kan.?..
Kedua-dua hal ini boleh berlaku dalam masa yang singkat sesingkat 1-2 jam sahaja sedangkan membina keuntungan ini memakan masa berhari-hari bahkan berbulan-bulan lamanya namun ia boleh hangus semalam sahaja.
Mengapa ia boleh berlaku begitu? Jawapannya ada pada leverage akaun anda. Saya yakin rata-rata trader masakini lebih suka memilih leverage yang besar-besar dari 500:1 hinggalah 1000:1. Ini dipanggil sebagai over-leverage account. Maka makin cepatlah hangus akaun anda.
Kesimpulan…
Anda sudah dikuasai emosi, anda merasa terlalu gembira bila untung hingga menjadi tamak, dan anda marah serta takut apabila sudah mula kerugian dengan konsisten. Inilah namanya over-trade dan merupakan penyakit kritikal yang trader tidak sedari.
Sudah kenal punca… seterusnya?
Anda sudah kenali dan ketahui punca-punca masalah ini, jadi sekarang apakah penyelesaian anda dalam isu ini?
Saya biarkan anda menjawabnya sendiri.
Sekian,
ADMIN
060418
PS: Nak kawal emosi ni perlukan disiplin dalam trading. Disiplin pula berkait terus dengan teknik trading yang digunakan. Teknik yang jelas matlamatnya dan mempunyai TP dan SL adalah penting untuk menentukan tahap disiplin trading anda.