Update plan minggu lepas
Artikel ini adalah sebagai update untuk post minggu lepas. Market bergerak agak tak menentu pada mulanya dan akhirnya plan asal sudah menjadi. Berikut update tersebut.
Candle monthly akan complete pada hari ini memandangkan hari ini adalah hari terakhir untuk bulan ini. Bulan Ogos akan menjelma esok.
Marking yang ada dalam gambar di bawah adalah dikekalkan berdasarkan minggu lepas dan sebarang update akan saya kemaskini jika tiada halangan pada minggu ini. Bagi yang setia mengikuti teknik price action saya, bolehlah ikuti perkembangan analisis di bawah.
Pautan ke posting sebelum ini >> https://pullbackforextrading.com/plan-minggu-terakhir-bulan-ini/
XAUUSD
Pair ini membuat kenaikan dahulu sebelum ia terjun free fall.
Pair ini berhenti setelah menjejak Weekly low yang ditandakan sebelum ia reverse naik semula. Kenaikan ini jika kekal, ia akan mempengaruhi bentuk candle monthly bulan ini nanti.
EURUSD
Pair ini trending pada awal minggu hinggalah membentuk new low. Area Weekly low menjadi SBR dan strong SNR untuk sell. Price jatuh ke 1.1000 sebelum ia naik semula pada awal minggu ini.
Berdasarkan overall structur di D1 saya menjangkakan pair ini akan pullback naik. Apapun, kita tunggu dahulu cs monthly siap dahulu.
GBPUSD
Pair ini stop di Weekly low sebelum ia naik semula ke marking area kemudian pullback semula ke bawah setelah menjejak area psikologi 1.3000.
Price drop ke Weekly low sebelum ia naik semula dan seterusnya membentuk bear trap dan merugikan seller yang memasuki sell di bawah weekly low ini.
AUDUSD
Pair ini retest reject berberapa kali di Weekly low sebelum naik ke marking area. Ia naik sekali lagi melepasi marking area hinggalah membentuk hanging man pattern dan akhirnya jatuh dan breakout Weekly low untuk membentuk new low.
Minor correction terbentuk dan pada minggu ini price jejak semula area Weekly low yang ditembusi yang kini menjadi SBR area untuk selling.
USDJPY
Pair Yen ini paling ‘bermasalah’ pada minggu lepas kerana bergerak secara whipsaw dengan false signal buy dan sell terbentuk. Akan tetapi jika anda seorang trader yang hanya fokus satu jenis entry sahaja, anda pasti dapat mengambil posisi buy ketika price bouncing di atas 78.6. Akhirnya ia kembali naik dan membuat new high.
Pada minggu ini Weekly high pada minggu lepas menjadi RBS.. ini menandakan ia bakal naik lagi jika pullback berlaku.
Note
Area Weekly high dan low dalam semua foto di atas belum dikemas-kini lagi. Untuk update terkini pastikan anda membuat marking baharu dahulu. Candle di TF Monthly akan siap esok, ia akan menjadi hint untuk trend bulan hadapan pula. Sebarang analisis baharu boleh dibuat esok berdasarkan candle di TF D1, sila perhatikan stuktur trend dan juga SNR untuk dapatkan arah pasaran anda.
Teruskan pembelajaran anda dengan menyertai membership kami, download ebook dan ikuti analisis dalam blog ini.
Dalam masa ini juga saya menjemput anda untuk melawati sponsor blog ini iaitu dari XM, FBS, AMARKETS dan FXGT dengan meng-klik banner yang terdapat di bawah header blog ini dan juga di bahagian tepi blog ini yang saya tandakan sebagai ‘sponsor kami.’
Melalui sponsor inilah blog ini kekal aktif dan terus memberikan konten-konten berkualiti serta percuma buat pembaca sekalian.
Sekian dulu buat masa ini. Jumpa lagi pada post akan datang.
Terima kasih.
ADMIN
31/07/23
FOTO: Google images, Tradingview