PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM MENYERTAI COPYTRADING
Copy trade kini menjadi platform mudah dan popular untuk trader baru dan lama menjana keuntungan hasil dari copy-trading akaun trader. Akan tetapi masih ada berberapa perkara yang anda perlu fahami sebelum menyertai program ini.
Risiko
Seperti trader lain, copytrading juga tidak lari dari risiko. Ini kerana disebalik trading itu juga adalah manusia biasa, maka ia tidak akan lari dari risiko kerugian. Apabila trader tidak faham mengenai keadaan ini, maka mulah membuat viral di sana-sini mengutuk seseorang trader itu kerana gagal menghasilkan profit seperti yang difikirkan. Oleh itu anda jangan sesekali meletakkan amaun yang anda tidak sanggup untuk rugi kerana mungkin anda juga berdepan kerugian besar lagi-lagi jika trader tersebut adalah high risk trader.
High risk trader menjadi pilihan dalam copytrading kerana pulangan tinggi namun perlu ingat ia juga mempunyai risiko yang tinggi.
Modal secukupnya
Bukan sekadar memikirkan keuntungan, modal juga penting untuk anda menjana untung. Jika anda meletakkan modal terlalu kecil, ia mungkin tidak survive jangka panjang terutamanya ketika berdepan dengan losing streak(kerugian berturutan).
Anda perlu letakkan modal yang sederhana besar bukan sahaja untuk menjana profit tapi juga untuk survive dalam kondisi market yang tak menentu.
Broker seperti Instaforex menyediakan modal minima sebanyak 10 usd. Akan tetapi perlu diingat, jika anda salah memilih leverage dan juga setting risk ratio, akaun ini akan lebih cepat MC. Pastikan anda hubungi manager atau trader yang anda hendak copy untuk dapatkan rekomendasi setting agar akaun anda boleh survive jangka panjang.
Tuah dan Malang
Ramai yang mungkin tak percaya dengan topik ini tetapi ia juga sebahagian dari adat resam trading. Memandangkan bukan anda yang trade, maka adakalanya anda perlu bergantung kepada tuah untuk profit dan bersedia untuk berdepan nasib malang apabila tidak kena pada waktunya.
Okey saya akan jelaskannya bagaimana. Lihat graf di bawah;
Gambar di atas adalah performance live account saya di mana pernah kerugian lebih 2K USD. Jika anda copytrade akaun ini pada waktu kerugian ini maka akaun anda dalam keadaan ‘malang’ kerana akan margin call jika modal di bawah 1K USD..
Akan tetapi jika anda mula deposit dan copytrade pada ketika balance berada pada USD8K tersebut, iaitu selepas kerugian dan mula recovery, anda kini menjana USD7K.
Balance akhir akaun ini adalah USD15K, Ini bermakna ia sudah recovery loss USD2K tersebut dan menjana keuntungan USD5K. Oleh itu akan anda dalam keadaan ‘tuah’ kerana masuk tepat pada waktunya.
Topup Modal
Apabila saya mengatakan ia tidak lari dari risiko, maka dalam keadaan tertentu anda mungkin perlu topup modal untuk membesarkan margin agar akaun anda boleh terus bertambah(gain) ketika untung dan survive ketika dalam kerugian.
Bagi trader yang mempunyai modal besar, sudah tentulah tidak perlu lagi menambah deposit tetapi sebaliknya jika ia bukan modal besar, maka adalah perlu untuk menambah deposit untuk kekal dalam copytrading.
Tarik diri bila-bila masa..
Merasakan tidak sesuai untuk copytrade? anda boleh tarik diri. Ini bermaksud anda punyai pilihan untuk withdraw modal anda dengan selamat berbanding menyertai manage fund oleh trader yang meragukan. Ini kerana sudah banyak kes wang dilarikan mahupun pelabur itu ditipu dengan akaun micro cent dan juga akaun demo yang dikatakan kononnya itu akaun pelabur.
Trader profitable adalah yang boleh jana untung kecil tiap-tiap minggu atau bulan
Jangan mudah percaya atau terpengaruh dengan trader yang menggandakan akaun kecil kepada besar dalam masa singkat. Ini kerana selain memerlukan tuah anda mungkin hanya akan kerugian besar dengan nasib malang kerana prestasi lepas tak mungkin sama di masa akan datang.
Pernah berlaku trader yang copytrade akaun seseorang trader itu, namun tak sampai seminggu sudah margin call, ini kemungkinan besar trader tersebut adalah high risk yang mahukan gain tinggi dalam masa singkat. Jika kebetulan tepat waktunya, anda akan gain tinggi, jika salah waktunya, tanggunglah sendiri.
Tetapi ini bukanlah bermaksud ia tidak baik. Ia bergantung kepada situasi dan program tersebut juga. Jika ia hanya melibatkan amaun kecil, sebagai contoh program gandakan modal 10USD kepada 100-500usd, pada saya ia sangat minima kecuali anda tidak sanggup kerugian 10usd tersebut, maka ia bukanlah untuk anda.
Bagi anda yang mahukan slow gain tapi dalam jangka panjang, maka trader konsisten dengan 1-5% seminggu ataupun sebulan adalah pilihan yang anda perlu cari. Ingat, percent itu cuma angka, anda boleh gandakannya dengan modal yang besar. Ini kerana jika 1% gain sahaja sebulan, jika ia konsisten, ia tetap besar. Jika anda deposit 10usd sudah tentulah ia kecil. Tapi jika ada gunakan modal 10K ke atas, ia sebenarnya besar kerana dalam sebulan akaun anda akan berganda 100usd dan 1,200usd setahun kemudian. Baki akhir akaun anda akan mencecah 11,200usd!
Mahu copy akaun admin??
Bagi anda yang ingin copytrade akaun admin, anda bolehlah ke laman ini www.pullbackforextrading.com/copytrade untuk maklumat lanjut.
Sekian,
ADMIN
15/10/19