
RASA BERPUTUS-ASA HINGGALAH SAYA BELAJAR TEKNIK INI
Teknik ini selalu saya gunakan dulu ketika mula-mula belajar scalping. Saya biasa melihat ramai trader pada waktu itu membuat entry layer yang banyak di suatu kawasan dan hanya close profit sekitar 5 ke 10 pips.
Secara logiknya ia agak high risk, namun secara kreatifnya, ia sebenarnya suatu cara untuk membuat ‘quick cash’ di kawasan-kawasan tertentu SNR ketika price membuat pullback ataupun berpatah-balik seketika sebagai reaksi di suatu kawasan SNR.
Kawasan ini pula sewaktu saya belajar teori Elliott waves, ia adalah kawasan take profit. Kawasan take profit ini mencetuskan suatu pergerakan kecil yang cukup baik dimanfaatkan untuk scalper. Ia menjadi reversal pula apabila seller atau buyers memasuki kawasan itu. Jika tiada reversal, ia akan meneruskan perjalanannya.
Dalam proses ia pullback seketika itu, dalam satu tempoh masa, ia sebenarnya membentuk continuation pattern seperti triangle, flag, pennant..
Okey berbalik ke topik scalping pullback tu, saya ingin merumuskan berberapa point penting untuk catatan pembaca.. antaranya:
- Zone kuat SNR adalah kawasan kuat yang kerap berlakunya bounce dan breakout pada masa lepas.
- Jika kawasan ini ditembusi, maka itula momentum pasaran pada waktu itu. Jika ia kembali ke kawasan breakout, ia berpotensi untuk meneruskan trend selepas breakout.
- Jika ia kembali meneruskan perjalanannya, biasanya continuation pattern akan terbentuk di situ.
- Jika ia reverse, fakeout biasanya terbentuk di mana asalnya ia adalah kawasan TP tapi menjadi trend selepas kemasukan buyers atau sellers bertentangan dengan trend asal.
- Cycle ini berulang(sejarah berulang).
MASALAH SEBENAR
Kita sebenarnya mudah terkeliru dengan trend. Adakalanya kita sudah mengikuti trend itu tapi bila ia sedang naik dan kita buy, rupanya kita buy harga yang dah nak reverse turun. Proses yang sama bila kita sell.
Tetapi apabila kita melawan arah itu dengan menjual ketika harga naik, didapati harga masih nak naik pula. Aduh pening kepala dibuatnya.
Bila dah start emosi pula hentak lot besar maka kesilapan demi kesilapan dibuat. Habis modal kena tapau dengan market.
So, apa sebenarnya solution untuk masalah ini?
Sebenarnya ada satu sahaja. Elakkan dari terlalu mengejar trend dan sibuk mempredik(meramal) arah trend. Sebaliknya, fokus kepada reaksi semasa dan ikutilah keadaan itu.
Contoh mudah;
- Buy di atas support
- Sell di bawah resistance
Bunyinya cukup mudah tapi relax. Saya tidaklah membuta-tuli masuk ikut semua SNR yang ada. Sebaliknya saya lihat kepada tabiat price di sesuatu zon SNR di masa lalu dan lihat semula apa yang akan berlaku jika ia menjejak semula di masa hadapan iaitu di waktu sekarang.
Saya dapati, ada potensi di situ. Price mengulang tabiat lamanya. So kesimpulan saya macam ni,
“Jika di sesuatu resistance kuat yang sukar ditembusi di masa lalu, hari ni ia menguji lagi dan gagal, ia akan reverse…”
So apakah ciri-ciri SNR kuat dan cubaan yang gagal itu? Jawapannya ada pada reaksi candle di SNR kuat itu.
SNR kuat adalah berdasarkan kekerapan bounce, reject dan breakout di masa lalunya, dan di masa akan datang jika ia jejak lagi dan ia rejected, ia akan reverse. Rejection candle ini terbentuk seperti candle reversal. Rejection juga adalah dalam bentuk candle yang bersusun dan bounce di bawah atau atas sesuatu SNR itu.
Maka itulah entry yang dicari.
Hit n Run
Trader yang ingin memanfaatkan potensi ini akan membuat entry hit n run di kawasan ini. Entry secara martingale serta lot berganda bagi mempastikan profit akan dihasilkan melebihi kerugian. Selain itu menggunakan lot besar pula membolehkan trader menjana keuntungan besar dalam masa singkat hanya dengan entry di kawasan-kawasan pullback ini.
Tiada penilaian muktamad untuk kenalpasti trend dan sebagainya. Apa yang wajib diketahui adalah di mana zone kuat SNR dan di mana price pada ketika ini.
- Jika uptrend, di manakah resistance terdekat yang bakal ia uji. Jika tidak break, ia akan reverse/pullback. Anda akan sell di situ.
- Jika ia downtrend, di manakah support kuat terdekat yang ia bakal uji. Jika tidak break, situ anda akan buy kerana pullback akan berlaku di situ.
Konsepnya adalah, jika naik, sell di resistance. Jika turun, buy di atas support.
Mencari zone SNR kuat inilah cabaran anda. Tapi apabila anda dapat mengesannya, lihat contoh gambar di bawah;

Kawasan(zone) SNR yang saya tandakan dengan arrow adalah kawasan kuat SNR. yang saya bulatkan pula adalah kawasan hit n run scalping pullback dengan take profit kecil-kecilan dan entry layer..
Berdasarkan dalam gambar, kawasan yang kerap bounce dan breakout adalah kawasan kuat SNR. di masa akan datang apabila ia diuji semula, entry akan dibuat di situ.
Dari sini jelaslah bahawa, anda tidak terikat dengan trend dan tidak perlu follow apa jua trend pada waktu itu. Yang pastinya apa yang anda perlu buat adalah memberi reaksi sesuai keadaan semasa itu.
Jika naik, cari resistance kuat terdekat dan sell apabila ia menyentuh resistance itu. Jika turun, cari support terdekat dan buy apabila ia menyentuh di situ.
Jika break? Cutloss sahaja dan jangan simpan posisi anda. Floating loss akan sedikit demi sedikit memakan margin hinggalah kehabisan margin(margin call).

Scalping di pair Gold juga sesuai cuma ia terlampau high risk kalau tak berhati-hati. Tapi konsep yang sama masih boleh digunapakai. Adakah anda risk taker yang mahu mencubanya di gold?
TIPS UNTUK MENCARI ENTRY
Berberapa tips berikut anda boleh gunakan untuk teknik ini;
- Kawasan bounce breakout di H4 dan H1
- Entry tanpa confirmation, entry dibuat apabila candle menyentuh SNR. Tak perlu tunggu ia jadi candle apa
- Kenalpasti tabiat atau reaksi candle di SNR ini berdasarkan data lepas
- Area kuat adalah yang kerap bounce, retest dan breakout
- Reentry boleh dibuat pada retest ke dua dan ke tiga candle di kawasan kuat SNR
Tips lain juga adalah;
Pastikan gunakan pair yang mempunyai spread terendah. Pair yang tak sesuai adalah spread tinggi seperti gbpjpy, gbpaud..
Pair yang terbaik adalah usdcad, eurusd, gbpusd, audusd dan nzdusd.
Nak try broker spread rendah ultra low boleh check sini.
LATIHAN
Buat latihan anda seperti berikut;
- Buat kenalpasti zon kuat SNR di H4. Buat backtest di pair EURUSD atau GBPUSD.
- Sila marking zon itu.
- Catat dan fahamkan apa reaksi dan di mana anda boleh entry di masa akan datang.
- Buat praktis di demo account.
Uji kemampuan anda.
Setelah mempunyai kefahaman, seterusnya uji tahap skil anda. Ada 3 perkara yang saya mahu anda buat.
Pertama sekali, pastikan anda mempunyai acc MICRO di XM. Sila klik sini untuk buka akaun. Bagi yang sudah ada akaun di XM, boleh gunakan kod ini H2T2T.
Note: Pada waktu artikel ini ditulis XM memberikan promosi 100% deposit untuk support floating. Bonus ini bukan sahaja gandakan saiz akaun anda tapi ia juga tidak ditarik balik jika modal anda sudah habis. Contohnya anda deposit $30 dan dapat bonus 100% maka modal anda menjadi $60. Bonus ini anda boleh lihat di ruang credit. Jika anda loss -$30, bonus 100% itu masih kekal di MT4 dan anda masih boleh buat recovery menggunakan modal bonus credit tersebut.
- Try di acc kecil $5 ke $10 dollar sahaja. Leverage 1:1000. Lot size 0.10.
- Try di acc $50 dengan minima trade 0.20.
- Try di acc $100 dengan minima lot 0.50 dan 1.00.
Di acc micro XM, 0.10 itu nilainya adalah 1cent. 0.50 adalah 5cent dan 1.00 adalah 0.10 cent. Ia mungkin berbeza jika broker lain di mana 0.10 itu mungkin adalah 1 dollar.
AKHIR KATA
Perkara penting yang anda perlu sentiasa ingat adalah, jangan fokus pada hasil. Fokus dahulu kepada proses dan matlamat jangka panjang. Bila anda mahu trade, ingat untuk bulan-bulan akan datang dan fokuskan pada proses untuk anda trade dan jangan fokus untuk dapatkan untung sahaja. Untung itu akan datang sendiri apabila anda utamakan proses dan stress itu sentiasa datang apabila anda asyik fokus hasil tetapi bukan hasil yang dapat, kerugian pula yang datang.
Rasa giveup, frust dan emosi tu biasa dalam trading. Ini dipanggil sebagai hari drawdown, di mana anda akan kerugian banyak dan rasa marah dan putus-asa. Jangan risau, harapan sentiasa ada. Jangan putus asa dan bangkitlah dengan lebih kuat!
Ada pertanyaan? bolehlah DM saya di telegram. ID @pullbackX.
Sekian,
ADMIN
05/06/25