RUMUSAN BELAJAR CHART PATTERN
Chart pattern adalah salah-satu kaedah analisa teknikal yang membolehkan pedagang meramal pergerakan hadapan sesuatu matawang berdasarkan data sejarah lalu. Berikut berberapa informasi penting mengenai chart pattern ini.
Chart pattern ini terbentuk berdasarkan psikologi pedagang dan disebabkan sifat manusia adalah suka mengulang tabiat lamanya, maka chart pattern ini juga akan berulang-ulang di masa akan datang. Memahami pengulangan tabiat ini akan memberikan kelebihan buat pedagang dan seterusnya memanfaatkan peluang tersedia untuk menjana keuntungan.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Jenis-jenis chart pattern.
Reversal trend
Menandakan trend harga yang berpotensi untuk berbalik arah atau berubah arahnya. Pattern-pattern tertentu akan terbentuk dan ia akan menjadi clue sesuatu trend mungkun sudah sampai penghujungnya.
Antara pattern utama adalah;
- Double bottom
- Double top
- Triple bottom
- Triple top
- Head and shoulder
- Inverted head and shoulder
- Rising wedge
- Falling wedge
Continuation trend
Pattern ini memberi petanda sesuatu trend bakal meneruskan pergerakannya. Pattern-pattern ini lebih kepada memberikan petanda trend sedang ‘berehat’ seketika sebelum trend menyambung semula pergerakannya.
Antara pattern utama:
- Flag
- Pennant
- Triangle
- Symmetrical triangle
- Ascending triangle
- Descending triangle
Komponen penting dalam chart pattern trading
Trendlines
- Digunakan untuk menyambungkan titik-titik harga untuk mengenal-pasti bentuk sesuatu pattern
Breakout
- Breakout apabila candle break trendline atau pattern tersebut
Cara untuk berdagang ikut chart pattern
Strategi:
- Kenal-pasti sesuatu chart pattern tersebut adakah ia reversal atau continuation
- Kenal-pasti potensi entry dan exit anda berdasarkan breakout strategy
- Kira potensi target profit anda berdasarkan risk reward ratio
Kelemahan:
- False break: risiko false break berlaku apabila price gagal bergerak ke arah yang diharapkan selepas breakout
- Misidentification: Tersalah tafsir pattern tersebut dan akhirnya membawa kepada salah entry
- Gagal memahami arah pasaran: keliru dengan pattern terbentuk antara reversal dan continuation
Popular Chart Pattern Strategies
- Breakout Strategy: Memasuki pasaran selepas breakout sesuatu chart pattern.
- Pullback Strategy: Menantikan price untuk membuat pullback mengikuti arah pasaran selepas breakout.
Breakout adalah melibatkan candle break sesuatu SNR level dalam chart pattern, ia akan memberikan petunjuk kepada trader bahawa ia adalah waktu untuk memasuki pasaran. Strategi ini sangat popular kerana ia mudah difahami.
Pullback strategi pula adalah lebih kepada memasuki pasaran apabila price membuat retracement dahulu kemudian entry apabila ia menyambung semula perjalanannya.
Kedua-dua strategi ini mempunyai pro dan con masing-masing, oleh itu trader atau pedagang wajib menggunakan kawalan risiko yang sesuai dengan situasi pada waktu tersebut.
Akhir kata
Dengan memahami chart pattern ini dan implikasinya, anda boleh meningkatkan strategi dagangan anda dan meningkatkan keupayaan anda untuk meramalkan pergerakan pasaran.
Artikel lengkap mengenai chart pattern boleh didapati di sini >> https://pullbackforextrading.com/menyingkap-pasaran-forex-meneroka-hubungan-antara-chart-patterns-dalam-reversal-dan-continuation-trend/
ADMIN
08/08/24
Kredit foto: google images search