Saya tahu jawapan kepada masalah anda..
Saya sering dihubungi oleh newbie dan trader lama dengan pertanyaan yang sama, saya putuskan untuk menulis artikel ini. Diharapkan anda yang bercadang untuk menghubungi saya demi jawapan kepada masalah anda, semoga anda akan temuinya terus di sini.
Okey mari kita lanjutkan..
6 MASALAH UTAMA TRADER
Masalah #1 – Anda takut tidak menjana wang
Jawapan saya – Anda gunakan modal tak sanggup loss dan ianya modal kecil, tapi anda mahu ia berganda segera tapi tidak pasti adakah betul teknik yang anda gunakan. Oleh itu anda sentiasa rasa takut tidak menghasilkan profit.
Komen saya – Nak untung cepat tapi takut rugi, anda takkan menjana wang. Nak untung, kenalah berani. Tapi macamna nak berani kalau guna modal takut rugi? Lupakan je la trading ni.
Masalah #2 – Buat backtest, loss je, tukar teknik terus.
Jawapan saya – Saya tahu, anda buat begitu sebab anda nak cari entry yang 100% tepat agar anda boleh masuk full margin always win dan segara kaya.
Komen saya – Tiada holy grail lah brader and sister. Kalau ada pun ia milik bank. Bank tahu macamna nak always win termasuk manipulate pasaran. Tak caya? try google. Anda boleh manipulate market juga ke? Kalau boleh, tahniah. Anda telah memiliki holy grail.
Masalah #3 – Mahu jana wang besar, tapi tiada siapa mahu bagitahu rahsianya.
Jawapan saya – Mahu tahu apa rahsianya? Rahsianya bukanlah right entry right exit, tapi rahsianya adalah MODAL BESAR. Modal besar sudah tentulah boleh profit besar. Profit besar yang saya maksudkan sini adalah sekitar 1-5% dari modal, Entry tak banyak, 1-2 sahaja tapi boleh untung besar. Ini cuma boleh dicapai melalui size modal besar sahaja.
Komen saya – Modal besar sudah tentulah hasilnya juga untung besar. Tapi sebelum tu, carilah ilmu dulu ye.
Masalah #4 – Mahu kaya cepat dalam trading dengan 100% win no loss
Jawapan saya – Hampir sama dengan masalah no.2. Jangan sekali-kali mempunyai mentaliti seperti ini kerana anda bakal bazirkan masa 10 tahun anda yang berikutnya untuk menyelesaikannya.
Komen saya – Lebih baik anda cuba ‘pattern’-kan udara, angin, hujan dan matahari. Semua orang guna tu. lebih cepat kaya berbanding mencari holy grail. Masih tak faham? Cuba cari siapa yang pernah patternkan semua yang saya senaraikan tu kalau ada.
Masalah #5 – Ilmu percuma selesaikan semua masalah
Jawapan saya – TIDAK! Ia hanya selesaikan sedikit masalah, tapi selebihnya anda perlukan usaha, masa dan wang ringgit yang perlu dikorbankan untuk mendapatkan hasil lebih baik iaitu menjadi profitable dan konsisten. Sebagai tambahan, ilmu berbayar juga tak selesaikan masalah anda dengan kadar segera ye…
Komen saya – Carilah mentor yang anda boleh belajar secara berterusan dan memberikan bimbingan harian, mingguan ataupun bulanan. Belajarlah selama 1-2 tahun dan dapatkanlah pengalaman untuk keperluan anda sebagai trader.
Masalah #6 – FOREX boleh selesaikan masalah hutang, loss dan masalah-masalah lain berkaitan duit…
Jawapan saya – Lupakanlah jika anda berfikir begitu. Tiada jalan mudah untuk selesaikan masalah anda lagi-lagi dengan forex trading. Ingat, forex trading ini sangat high risk. Tak mungkin anda mahu menambah beban masalah anda kan?
Komen saya – Carilah cara lain untuk selesaikan masalah anda tapi bukan forex. Cari yang logik sikit ye.. lupakan dahulu mengenai ‘work smart.’ sebaliknay work la hard-hard sikit untuk selesaikan masalah.
Saya nak senaraikan lebih banyak tapi 6 ini adalah yang paling saya jumpai. Kalau tak jumpa jawapan yang anda mahu, bolehlah follow saya di Instagram, cari saya @nasyit966 untuk bertanyakan persoalan anda.
Sekian,
ADMIN
17/10/19