SEKIRANYA ANDA TIDAK BERHATI-HATI, ANDA AKAN MENANGGUNG HAL INI..
Trade setup akan terbentuk setiap hari dan sekurang-kurangnya setiap minggu. Sebagai trader, kita memastikan untuk menggunakan trade setup ini untuk memasuki pasaran. Namun perlu diingat, membuat keputusan untuk entry bukanlah perkara main-main semenjak ia melibatkan wang dan masa kita.
Jika kita tidak berhati-hati, pasti kesilapan itu menjadi suatu beban buat kita kerana kos disebalik kesilapan adalah bayaran modal kita dan kita juga terpaksa melakukan sesuatu untuk recovery kerugian modal kita.
Berikut kesan yang akan ditanggung jika tidak berhati-hati dalam trading atau perdagangan anda;
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
KERUGIAN MODAL
Apabila anda tidak berhati-hati membuat entry, anda pasti akan kerugian. Jarang sekali jika tidak berhati-hati maka membuat untung pula. Kerugian adalah pasti dan tidak akan dapat dielakkan. Oleh itu jangan sehingga terjebak dalam kerugian ini jika tidak mahu membazirkan wang anda.
Akibat kerugian modal, anda terpaksa topup lagi modal anda. Mujurlah broker XM ini menawarkan bonus 20% untuk setiap topup yang dibuat. Jadi bila topup 100 USD, dapatlah extra margin 20 USD lagi.
Selain XM, broker HFM juga tawarkan bonus 20% untuk topup anda. Jika anda mempunyai dua broker berbeza maka anda punyai lebih banyak modal simpanan untuk berdagang ketika pasaran sedang tak menentu.
BUANG MASA ANDA
Trading melulu dan kerugian memanjang itu pastinya membuang masa. Tidak ramai mahu menyebut isu ini tapi ini realiti. Jika anda asyik kerugian bukankah itu membuang masa namanya? Adakalanya bila berdepan situasi sukar menang seperti ini cara terbaik adalah berhenti dahulu, susun balik strategi dan fahamkan apakah puncanya.
Mungkin pair yang anda trade untuk buy itu sedang dalam downtrend atau pair yang anda sell itu sedang dalam uptrend waktu ini. Atau anda mungkin belum cukup berlatih sepenuhnya. Ada baiknya anda berlatih dahulu di demo account untuk cari pengalaman dan asah skill trading anda dahulu.
Anda boleh mencuba MT4 ataupun MT5 broker XM di sini. Anda juga boleh menghadiri kelas pendidikan percuma dari XM. Sila ke pautan ini untuk ke kelas tersebut.
Mungkin juga anda perlu berlatih di akaun sebenar tapi pada akaun jenis Cent. Melalui akaun cent ini, anda umpama berdagang modal besar namun pada modal kecil. Contohnya, USD10, jika anda deposit di akaun cent, maka akan terpapar USC 1,000. Ia serupa seperti anda berdagang modal 1K USD. Sila klik banner di bawah untuk membuka akaun Cent di HF Markets!
MEMBAZIRKAN POTENSI PROFIT MENJADI UNTUK RECOVERY
Anda membuat kesilapan, membuang masa dan kini anda kerugian. Setiap signal-signal atau trade setup akan dijadikan untuk recovery pula. Sayangnya. Jika anda tidak buat silap tadi, mungkin trade profit kali ini menjadi withdrawal anda.
Bayangkan anda kerugian 100 dollar tadi dan sekarang anda menjana pula 100 dollar. Bukankah itu merugikan keuntungan yang sepatutnya anda kaut tetapi sebaliknya jadi untuk recovery pula.
Itu baru 100 dollar, bagaimana jika anda kerugian 1K USD, bayangkan berapa banyak yang anda perlu recovery. Tetapi jika anda tidak tersilap atau cuma tersilap sedikit, mungkin anda hanya perlu cover sedikit dan selebihnya bolehlah di keluarkan(withdrawal).
Jangan bazirkan lagi potensi yang anda ada! Broker 1Bid menawarkan pelbagai kelebihan buat anda;
AKHIR KATA
Akhir kata, berhati-hatilah dalam membuat keputusan trading anda. Jangan terlalu emosi atau nak balas dendam dan elakkan menjadikan forex trading anda sebagai skim cepat kaya.
Kesan dari satu kerugian boleh jadi kesan berantai di mana ia akan melarat dan melarat kepada lebih banyak kerugian lagi sedangkan alangkah bagusnya jika profit dari recovery itu menjadi profit withdrawal anda.
Oleh itu buatlah perancangan anda, buatlah latihan anda secukupnya, kemudian barulah berdagang akaun live anda di pasaran yang mencabar!
Sekian,