SETTING INDIKATOR INI MEMBERIKAN SAYA PROFIT +750 PIPS TANPA KERJA KERAS
Membuat profit dalam trading ini boleh jadi mudah dan boleh jadi juga susah -bergantung bagaimana anda melakukannya. Tetapi bagaimana jika saya katakan sebenarnya ia tidaklah sesusah mana yang anda fikirkan. Tapi apa yang membuatnya susah sebenarnya adalah mindset dan cara berfikir yang tidak betul.
Ya saya maksudkan adalah cara berfikir dan bertindak itulah yang menyukarkannya. Saya senaraikan antara pemikiran yang tak munasabah yang terus menyebabkan seseorang trader itu kekal kerugian!
Antaranya;
- Target untung harian yang tak masuk akal walaupun kecil
- Entry berlapis-lapis sampai mengabaikan risk management
- Mahu cepat kaya
- Terpengaruh dengan nasihat atau signal orang lain yang kononnya menjanjikan keuntungan mudah
- Tindakan melulu mahu membalas dendam akibat kerugian terdahulu
- Membuang masa dengan teknik percuma tapi tiada guide dari cikgu
Sebelum lanjutkan sila sertai laman telegram kami untuk update serta promosi terkini dari kami. Klik sini untuk menyertai!
Apa yang anda sebenarnya perlukan
Trading tak semestnya perlukan system yang rumit serta kaedah pelik-pelik. Apa yang penting adalah;
- Jelas di mana nak entry dan exit
- Chart tak perlu sesak dan serabut
- Kaedah membaca pasaran yang mudah diikuti
- Tahu apa perlu dibuat jika tersalah dan bangkit semula dengan cara betul
Price action yang membantu
Anda tak perlu pun memahami kesemua jenis price action. Tapi cukuplah anda tahu berberapa sahaja. Antaranya seperti breakout, pullback, retest..
Untuk chart pattern pula, cukuplah sekadar double top, double bottom.. Ini kerana ia menceritakan apa yang berlaku dalam keadaan semasa serta memberikan ruang dan peluang untuk anda memasuki pasaran.
Entry dan Re-entry
Anda cari sahaja waktu market trending, entry pada pullback dan reentry pada trend rally. Itulah yang berlaku baru-baru ini apabila gold membuat pullback dan rally seperti yang di analisa di sini.
Di atas adalah screenshot entry – tak perlu lot besar dan tak perlu pun entry berlapis-lapis untuk dapat banyak profit. Anda juga sepatutnya melakukan cara yang sama.
Apabila anda terlalu fokuskan keuntungan besar jangka pendek, maka itulah puncanya anda kerugian jangka panjang. Cara berfikir tidak realistik ini akan menjadikan anda kerugian besar lebih berbanding menjana untung yang lebih lambat.
Risk management yang betul
Anda perlu berikan tumpuan lebih untuk risk management ini kerana jika anda punyai teknik terhebat sekalipun anda akan gagal dan jatuh lagi. Berulang sehinggalah anda kehabisan modal dan terpaksa tunggu gaji anda untuk topup modal lagi.
Cara saya menguruskan risiko adalah sangat ringkas;
- Tiada stoploss tapi cutloss jika price break di area SNR
- Tiada entry jika tiada new high dan low mingguan dan harian
- Peraturan entry dan teknik tidak selari dengan arah pasaran
Cukup itu selebihnya hanya fokuskan setup pasaran harian sahaja.
Setting indikator
Saya menggunakan berberapa indikator seperti EMA dan juga oscillator. Setting ini demi memastikan saya dapat melihat arah pasaran trending, bila retest akan berlaku dan di mana hendak entry pasaran ini.
Untuk EMA saya menggunakan berberapa EMA untuk melihat high dan low trend pasaran dan seterusnya memasuki pasaran berdasarkan closing candlestick.
Lihat gambar di atas – Diskaun buy low terbentuk apabila retest dan pullback berlaku. Seterusnya trend rally menaik dan entry hanya di fokuskan pada pullback yang terbentuk.
Cara ini sangat ringkas dan mudah, sesiapa pun boleh melakukannya. Tidak perlukan teknik serabut, rumit serta tidak perlu pun entry layer-layer untuk nampak pro dalam trading. Yang penting sekali entry sudah profit beratus pips kerana dengan cara ini sahaja anda boleh konsisten dalam pasaran.
Anda berminat untuk belajar teknik ini? Jom ke halaman ini untuk daftar percuma sebelum tawaran ini ditutup.
ADMIN
20/10/24