STRATEGI TEKNIK ENTRY PIRAMID
Strategi Entry Piramid – Bagaimana anda boleh gandakan entry kecil kepada besar walaupun dengan menggunakan nilai micro tanpa entry berlapis-lapis mahupun ‘full margin.’
Saya akan kongsikan kepada anda bagaimana anda sebenarnya boleh menggandakan profit anda walaupun anda bermula dengan lot-lot kecil namun berakhir pada profit yang sangat besar tanpa perlu buang masa entry berlapis-lapis dengan harapan kononnya boleh menjana keuntungan banyak dalam 1 masa! -Bila kali terakhir anda menjana keuntungan luar biasa dari kaedah macam tu? cuba fikir sejenak…
Long Term Trend dan Pullback/Retracement
Dalam setiap trend akan ada retracement kecil-kecil sebelum berlakunya continuation trend. Melalui trend kecil-kecil retracement ini anda boleh mengambil peluang untuk memasuk entry sehinggalah sampai ke target ataupun perubahan trend.
Asas strategi
Asas utama kepada teknik ini adalah terbahagi kepada 3, iaitu psikologi, money management dan sedikit kemahiran teknikal analisis.
Psikologi, Money management dan sedikit kemahiran teknikal analisis.
i). Psikologi.
– Part paling penting sekali bukanlah teknik tetapi psikologi kerana ia adalah 60% kepada teknik ini. Untuk part ini, kita bahagi kepada dua iaitu, mindset dan emosi.
– Mindset – Tidak cuba berfikir untuk mengharapkan sistem ini memberikan ketepatan 90-100% tepat. Tidak mensasarkan kekayaan segera.
– Emosi – Tidak mencampur-aduk emosi dalam trading. Tiada perasaan kecewa atau sakit hati apabila kerugian dan tidak pula terlalu excited untuk selalu trade apabila berjaya mendapatkan profit yang konsisten. Emosi yang negatif boleh membawa kepada kemusnahan account, manakala terlalu gembir dengan profit boleh membawa kepada over-confident dan over-trade.
ii). Money management
– Menggunakan maksima 1% atau 0.1 % dari total equity. Lebih kecil lebih bagus.
– Maintain lot/volume untuk setiap trade. Tidak mengubah-ubah posisi trade.
iii). Kemahiran Teknikal Analisis
– Anda boleh mengunakan apa sahaja kemahiran analisa teknikal samada teknikal indikator ataupun naked trading.
– Anda boleh menggunakan teknik trading TLB. Klik sini untuk maklumat lanjut.
– Untuk trade-setup sebaiknya ia adalah permulaan trend iaitu breakout trading dari bearish kepada bullish atau bullish kepada bearish.
RISK MANAGEMENT
– Breakeven(BE) apabila posisi anda telah floating lebih 20pips.
Strategi Didedahkan
Pengenalan.
Strategi ini sangat berkesan dan sesuai bagi mereka yang inginkan ‘play safe’ dengan menggunakan low risk entry pada setiap trade setup namun dalam jangka panjang ingin menggandakan account untuk low return sekitar 5-10% dalam jangka panjang.
Walapupun ia kecil dari segi pulangan, namun dengan strategi entry piramid ini anda bakal pelajari bagaimana meningkatkan peluang return tadi kepada 30-50% return per-trade!
TRADE SETUP
Untuk trade setup, anda perlu mengenal-pasti setup permulaan trend dan bukannya continuation trend. Ingat, pastikan ia adalah pemulaan trend sahaja.
STRATEGI ENTRY PIRAMID
– Entry akan di buat pada permulaan breakout.
– Entry setup adalah bermula dengan satu lot sahaja. Ingat, satu lot sahaja. Jika anda membuka lebih dari 1 lot, ia bermakna anda telah melanggar peraturan teknik strategi ini. Entry anda akan berganda sama seperti bentuk piramid itu sendiri iaitu bermula dari 1 lot hinggalah ia berganda kepada 5 hinggalah 10 lot.
– Entry akan dibuka pada setup berikutnya pada retracement price dan begitulah selanjutnya sehingga sampai ke target yang kita setkan ataupun pada perubahan trend. Jika anda memilih untuk exit trade pada perubahan trend, sila close dan cutloss(jika ada loss trade).
sila lihat contoh di bawah.
TRADE SETUP.
Sell trade pada sell signal yang dijana dari teknik TLB. Sell micro lot 0.10.
Buka 2nd lot sell pada retracement pada lot/volume yang sama pada 1st entry. Breakeven lot pertama.
Open 3rd lot pada retrace berikutnya selagi trend belum berubah. Breakeven lot 1 dan 2.
Exit semua trade apabila trend sudah berubah dengan profit 1,670 berbanding 1 single lot 570 pips!
Contoh trade setup.
Selain guna trendline, anda boleh gunakan teknik candlestick untuk tentukan arah.
Kata-kata akhir..
Ingat 3 peraturan utama iaitu psikologi, money management dan juga teknikal analisis. Jika anda skip atau tidak ikuti salah satu daripadanya maka trading anda kemungkinan besar akan gagal ataupun tidak akan bertahan lama.
Untuk download teknik Trendline boleh mendapatkan secara percuma di sini.
Jangan membuka posisi terlalu banyak dan pastikan anda membuat breakeven setiap kali lot yang anda buka sudah profit. Sila exit trade apabila sudah berubah trend. Jangan libatkan emosi dalam apabila menghadapi kerugian dan jangan membuka trade melulu tanpa analisis terlebih dahulu.
Sekian sampai sini dahulu. goodluck!
admin
18/10/2014