
Strategi Multi-Timeframe PullbackFX: Cara Sebenar Trading MTF
Ramai trader baru rasa keliru bila tengok banyak carta dalam satu masa. Tapi sebenarnya, teknik Multi-Timeframe Analysis (MTFA) adalah salah satu cara paling berkesan untuk “membaca” arah pasaran dengan lebih tepat.
1. Apa itu Analisis Multi-Timeframe?
Ringkasnya, ia adalah proses melihat pasangan mata wang yang sama tetapi pada jangka masa (timeframe) yang berbeza.
- Timeframe Besar (HTF): Digunakan untuk melihat “gambaran besar” atau arah trend utama (cth: Daily atau 4-Jam).
- Timeframe Kecil (LTF): Digunakan untuk mencari entry dan exit yang lebih tepat (cth: 1-Jam atau 15-Minit).
2. Mengapa Perlu Guna Lebih Daripada Satu Timeframe?
Untuk dapatkan gambaran menyeluruh dari segi trend dan juga entry, kita perlukan lebih dari satu timeframe. Melalui cara ini kita dapat mengatur trade lebih baik dari segi entry dan exit.
3. Strategi Asas: Teknik “Top-Down”
Berikut adalah langkah mudah yang boleh anda ikuti:
Langkah 1: Tentukan Trend (Timeframe Besar)
Buka carta Harian (Daily/D1). Perhatikan: Perhatikan trend semasa dan tandakan major SNR di D1 ini. Tandakan pada closing body candle.
Tip: Setup terbaik adalah following trend. Contohnya jika UPTREND, tandakan major support sebagai trend following setup. Tandakan resistance untuk entry reversal atau penghujung trend.
Langkah 2: Tunggu Retest dan Reject di Marking SNR
No trade sehingga price atau candle testing di area marking anda. Perhatikan keesokannya apakah bentuk candle hari ini. Jika break, abaikan. Jika reject, maka anda boleh mencari entry pada hari itu.
Langkah 3: Cari Entry (Timeframe Kecil)
Bila harga sudah berada di kawasan pullback pada timeframe besar, tukar ke carta 1-Jam (H1). Cari signal pengesahan seperti:
- Candlestick pattern (cth: Pin Bar atau Engulfing) pada snr
- Breakout pada struktur kecil.
Fibonacci extension
Lukis fibonacci extension di M15 untuk mencari potensi exit point.
Lihat contoh di bawah;
Step #1 – buka TF D1 dan buat marking. Kemudian tunggu price atau candle testing area itu dan entry jika rejection terbentuk.

Berdasarkan gambar, cs daily closed sebagai rejection di kawasan resistance major. Oleh itu strategi adalah sell sesuai situasi itu.
Seterusnya buka H1.
Step #2 – Lihat price action H1. entry anda di sini.

H1 membentuk candle bearish engulfing. Anda boleh sell pada waktu ini. Stoploss anda adalah pada last high semalam atau hujung shadow candle entry.
Langkah terakhir adalah mencari exit point anda pula. Untuk ini anda boleh buka M15.
Step #3 – Buka M15. Draw fibonacci extension/Fibo TP

Strategy exit fibo TP saya sudah dedahkan di halaman ini. Sila fahamkan bagaimana menyambungkan fibonacci dan mendapatkan TP yang tepat.
Exit trade di 161.8 ataupun 261.8 sesuai dengan risk reward management anda. Untuk scalping, sesuai exit di 161.8 sahaja.
Lihat lagi contoh;
Mulakan TF D1:
Kenalpasti SNR major dan reaksi candle pada SNR itu.

Penerangan: D1 closed bullish hammer di atas major support D1. Oleh itu strategi sesuai adalah buy sahaja.
Untuk dapatkan entry lebih baik, buka H1.

Di H1 terbentuk candle pin bar bullish, petanda signal untuk entry buy sesuai D1. Untuk stoploss, anda boleh tentukan berdasarkan hujung shadow atau low D1 candle hari sebelumnya.

Pada TF ini sila lukis fibonacci TP. Exit trade anda pada extension level 161.8 atau 261.8.
Akhir kata
Kaedah ini adalah ringkas dan boleh dilakukan oleh semua trader baru mahupun lama. Apa yang penting adalah, ikuti SOP yang diberikan dan jangan langgar rule.
Trader yang berdisiplin akan sukses tapi yang gatal tangan atau asyik nak mencari entry, dia pasti akan kecundang lebih kerap.
Market ini tak berikan setup setiap masa, tapi bagi anda yang tahu selok belok market, anda akan lebih mudah menjana wang berbanding trader lain.
Sampai di sini dahulu untuk artikel kali ini, jumpa lagi pada artikel akan datang!
ADMIN
09/04/26




