Tindakan XM di Malaysia Membuktikan Dedikasi Mereka Pada Prinsip Big.Fair.Human
Ketika dunia dilanda dengan pelbagai masalah dan cabaran seperti kemiskinan dan ketidaksamaan dalam menempuhi bencana alam sekitar, kerja-kerja amal adalah satu harapan dan nafas baru untuk mereka demi mencapai perubahan yang positif. XM menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, menzahirkan belas kasihan dan memupuk semangat kemasyarakatan mereka semula.
XM Membantu Kanak-Kanak Mangsa Banjir Kembali Ke Sekolah
Banjir yang melanda Kelantan pada awal tahun ini menyebabkan kerosakan yang teruk buat ribuan rumah dan ini menyebabkan ramai dikalangan mereka mengalami masalah kewangan. Dengan kerjasama XM dan MYCARE, mereka menghulurkan bantuan kepada kanak-kanak yang terkesan dalam banjir kali ini. Mereka membantu keluarga yang kurang berkemampuan untuk menyediakan keperluan asas bagi anak-anak mereka melalui program “Back to School”, Dengan menlancarkan program ini, banyak keperluan asas dapat disediakan seperti beg sekolah, pakaian seragam, kasut, alat tulis, dan lain-lain. Secara tidak langsung, sumbangan dalam Pendidikan ini juga dapat memperkasakan potensi anak-anak muda ini untuk mengubah kehidupan mereka dan masyarakat.
XM Membantu Mangsa Banjir di Seri Medan, Johor
Satu lagi banjir yang melanda Johor dan XM turut hadir ke lokasi terjejas untuk memberi sokongan kepada mangsa banjir. XM memberi kesan positif kepada komuniti setempat dan akan terus komited untuk menyokong inisiatif dalam melakukan perubahan kepada Masyarakat sekeliling.XM kali ini bekerjasama dengan WeListen Malaysia, sebuah NGO yang berkongsi misi dan niat yang sama bagi mewujudkan persekitaran yang lebih baik. Mereka menyediakan keperluan utama dalam membantu bagi membina semula kehidupan mereka dengan menyediakan keperluan asas seperti beras, telur, minyak masak, tepung, lampin, teh dan kopi.
Membantu Gelandangan di Kuala Lumpur
Melalui program “Feed & Treat the Unprivileged”, XM dan Dapur Pasak menyasarkan untuk menangani keperluan asas bagi golongan gelandangan di Kuala Lumpur dan membantu mereka dengan menyediakan peralatan dan sokongan yang diperlukan. Makanan yang berkhasiat dan kit kebersihan juga diberikan bagi memastikan keperluan penerima. Melalui program ini, XM dan Dapur Pasak menunjukkan komitmen mereka untuk memberi impak yang berkekalan kepada golongan gelandangan dan mereka yang kurang bernasib baik di Kuala Lumpur.
Tujuan Utama Adalah Melakukan Perubahan Positif Kepada Kehidupan Individu
Sekecil-kecil kebaikkan mampu mencipta kesan yang positif, bukan sahaja kepada penerima, malah secara umum. Misi XM adalah untuk memberi kesan yang positif pada kualiti hidup masyarakat di seluruh dunia.
Untuk maklumat lebih lanjut, Layari laman web DI SINI.