ULASAN TRADING MINGGU KE-4 | BAGAIMANA TEKNIK PULLBACK BAGI WIN RATE TINGGI
Pada artikel minggu lepas saya menjangkakan pair EURO akan mengukuh. XAUUSD pula sebelum ini saya sudah jangkakan akan naik ke 2000.00, bahkan melepasi paras ini.
Untuk artikel sebelum ini sila ke halaman ini: https://pullbackforextrading.com/xauusd-minggu-ke-4/
Pair dalam fokus minggu lepas;
- XAUUSD
- EURUSD
- EURJPY
- EURNZD
- EURGBP
- EURCAD
EUR bergerak bullish pada awal minggu manakala XAUUSD pula bergerak bullish pada hujung minggu sebelum market ditutup.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
STRATEGY
Pair EURXXX:
Strategy seperti Fibo retracement, Fibo TP dan Fibo Adjustment banyak memainkan peranan untuk entry minggu ini. Selain itu kemahiran candlestick pattern memudahkan untuk membuat entry berdasarkan fibo retracement level. Fibo TP adalah untuk exit trade.
Hanya satu pair yang tak berapa perform dan stopout atau mengena area entry atau breakeven iaitu EURGBP. Pair terbaik adalah EURCAD kerana bergitu trending sekali selepas new high terbentuk.
Pair seperti EURUSD dan EURJPY pula hanya sekadar membuat new high dan jatuh semula di bawah last week’s high. Pair EURNZD pula sekadar menjejak last week high namun jatuh semula ke bawah Weekly hi minggu lepas.
EMA21 berfungsi sebagai dinamik SNR dan entry point jika price retest atau rejected di situ. Untuk timeframe, saya menggunakan H4 untuk mencari entry kerana ia memberikan ruang yang cukup untuk menunggu peluang selain signal entry yang lebih baik dan kurang noisy.
Fokus utama adalah signal atau pullback di atas EMA21 sahaja dan jika price menembusi indikator ini dan berada dikedudukan berlawanan arah, saya tak akan memberi fokus lagi pair tersebut.
PAIR XAUUSD:
Ia mulanya membuat penurunan kemudian ia pullback naik. Selama 4 hari ia tak membuat new weekly high namun kejutan berlaku apabila ia akhirnya naik dan breakout paras 2000.00. Saya mulanya menjangka ia akan mengulang sejarahnya iaitu bounce dan reverse namun saya juga menyatakan dalam artikel sebelum ini iaitu selagi konflik Israel-Palestin belum selesai, Emas akan naik lagi.
EURUSD & EURJPY
Kedua-dua pair ini dalam bentuk yang sama dan serupa. Trigger entry juga sama iaitu candle bullish engulfing di atas EMA21.
Kedua-dua entry buy untuk pair ini telah ditutup apabila price menyentuh extension level 261.8. Kaedah fibo TP digunakan untuk mencari kedudukan TP ini.
Selepas TP dibuat, nampaknya price jatuh semula. Inilah pentingnya untuk tidak terlalu mencari entry selepas trade sudah TP. Kebiasaannya jika seseorang trader itu tamak atau overtrade, perkara ini biasa berlaku di mana seseorang trader itu akan kehilangan kesemua keuntungan dan kemungkinan juga modal apabila terlalu membuat entry walaupun sudah mendapat keuntungan. 🙂
EURNZD
Pair ini membentuk bull trap di atas Weekly high. Namun disebabkan ia agak jauh dari EMA, maka saya tunggu ia jejak semula EMA. Price terus drop ke bawah EMA sebelum ia membentuk candle Engulfing di atas 38.2%. Ia masih dikira sebagai entry namun setelah ia naik ke 0.00%, entry buy ditutup.
Saya akan terus menyimpan posisi ini andaikata candle break dan close di atas fibo 0.00% ini.
Pair ini terus bergerak sideways hinggalah pasaran ditutup. Biasanya apabila ia sideways ini, ia akan breakout dalam masa terdekat. Memandangkan minggu hadapan sudah masuk bulan baru iaitu November, maka ini mungkin petanda breakout akan berlaku semasa news NFP atau mungkin ia akan breakout lebih awal.
Tapi andaikata ia breakout pada NFP jumaat nanti, ia mungkin akan bergerak jauh.
EURGBP
Pair yang kurang perform minggu lepas iaitu EURGBP. Namun tidaklah ia menghairankan kerana pair ini hanya mempunyai range yang agak kecil sama seperti AUDNZD.
Mulanya ia cuba pullback atas EMA21 namun selepas itu ia membuat deep retracement kemudian pullback. Ia naik semula ke atas EMA kemudian terbentuknya pin bar. Price trending naik seketika namun terlepas TP di 0.00%.
Seperti EURNZD, EURGBP terus bergerak sideways hinggalah pasaran ditutup.
EURCAD
Pair terbaik untuk minggu lepas. Ia memenuhi semua kritera penting sesebuah trade setup yang bagus iaitu ia hanya pullback atas EMA21, membuat new weekly high kemudian retest reject atas EMA21 sahaja.
Selepas berberapa reentry, trade ini terus naik tinggi hinggalah hit TP di 161.8% fibo extension.
XAUUSD
Pair gold vs dollar ini juga perform dengan baik kerana hanya pullback di atas EMA21 sahaja dan tak break ke bawahnya.
Dari segi level fibo pula ia hanya bermain di 38.2% dan 23.6% sahaja selain confluence dengan EMA21.
Fibo retracement sangat membantu untuk mengenal-pasti SNR dan selebihnya hanya menggunakan candlestick untuk membuat entry point.
Sebelum pasaran ditutup, gold sempat melonjak naik dan melepasi paras 2000.00.
Entry buy yang dibuat sebelum itu pun telah memberikan profit yang sangat memberangsangkan. Posisi buy atau reentry buy akan dibuat lagi di atas 2000.00 dengan syarat candle pattern akan terbentuk di atas paras ini pada minggu hadapan.
Sekian dahulu untuk artikel kali ini. Sila ikuti IG kami di sini dan telegram kami di sini untuk perkembangan semasa. Jika anda mahu belajar teknik ini secara percuma, sila ke sini.
ADMIN
29/10/23