ULASAN ANALISA XAUUSD & TIPS HEDGING 05/10/16
TOP PICK MINGGU INI – XAUUSD – Ulasan dan Tips Hedging
Harga emas dunia telah jatuh di bawah paras 1,300.00 di mana level ini pada asalnya adalah psikologikal level yang menyokong kepada uptrend/bullish market. Pada entry sebelum ini admin telah memberikan hint untuk buy jika berlakunya breakout pada trendline atau entry pada harga semasa pada ketika itu iaitu 1337.69. Admin juga telah memberikan hint entry hedging di bawah level 1300.00 ini jika price tidak bergerak ke arah yang ktia jangkakan.
ANALISA DAN ULASAN TERDAHULU > KLIK SINI
Pada awal bulan ini sahaja emas telah pun jatuh di bawah paras 1300.00 dan secara tidak langsung entry buy telah hit stoploss di paras 1,300.00 atau bagi yang melakukan hedging, hedging sell trade anda telah pun ‘trigger.’
Apa yang berlaku?
Berdasarkan TF MN bulan lepas, candle close sebagai fakey bar. Ini petanda bulan ini ia patut jatuh sebab sentimen lebih kepada sell/bearish. Sebagai hasilnya, opening price pada minggu pertama sahaja bearish hingga berjaya break psikologi number 1,300.00 yang sebelum ini menyokong kepada bullish trend.
4H CHART.
Opening price awal minggu ini menyaksikan betapa sentimen market ini lebih kepada selling on rally di mana ia berterusan jatuh. Pendapat admin, ia pasti ada kaitan dengan apa yang berlaku di China berkaitan dengan saham dan hartanah. Anda boleh merujuk ke Bloomberg.com untuk berita berkaitan.
Hedging trade trigger…
Pada entry terdahulu saya ada membincangkan mengenai altenatif trade ini jika anda tidak meletakkan stoploss, maka anda perlu melakukan hedging.
“Anda boleh melakukan hedging trade jika anda mempunyai margin dan leverage yang menyokong kepada entry tersebut(hedging). Entry hedging boleh dilakukan di bawah price 1300.00 kerana ini adalah harga support yang menyokong kepada uptrend. Jika price break, maka ia petanda reversal trend.”
Anda boleh menjana wang dan meminimakan loss jika anda melakukan hedging secara menggandakan lot hedging anda itu. Jika anda membuka lot 0.10 sebagai contohnya, anda perlu hedging 0.20 atau 0.30. Jika anda mahu membuat untung dan cover loss trade asal, anda perlulah membuka gandaan 4x dari lot asal. Cthnya buy 0.10, maka hedge anda adalah 0.40 atau 0.50 ke atas. Jika anda berbuat demikian, maka anda hanya perlukan price yang bergerak lebih separuh dari nilai floating pips loss anda, maka anda sudah cover loss dan membuat untung dalam masa yang sama.
BELAJAR TEKNIK HEDGING ADVANCE
Contoh pengiraan;
Open buy $1/1pips eurusd pada price 1.350. Hedging sell $3/1pips pada 1.300, iaitu 50 pips dari entry point anda.Katalah price jatuh ke paras 1.2750 iaitu 25 pips dari entry hedging sell anda. Kiraan untung/rugi adalah seperti berikut;
1.350 tolak 1.2750 = 75 pips loss darab 1$ = -$75
1.300 tolak 1.2750 = 25 pips profit darab 4$ = +100
Tips lain cover loss dan jana untung secara hedging.
Gunakan stoploss dan entry hedge secara pending order pada stoploss level itu. Cara ini efektif kerana ia akan menghadkan loss anda dan memberi ruang kepada entry hedge menjana profit dalam masa yang sama.
Cth;
Open buy eurusd $1/pips pada 1.350 dengan SL 50 pips pada 1.300. Setkan pending order hedging sell pada 1.300 pada lot berganda sekurang-kurangnya 2x ganda iaitu 2$/pips.
- Jika price jatuh 25 pips, maka anda breakeven atau balik modal, cover semua loss iaitu loss -$50 dengan untung $+50.
- Jika price jatuh 50pips, maka anda cover loss dan jana untung +$50. $2 x 50 pips = +$100 usd. Profit +$100 tolak loss -$50, maka anda ada untung bersih +$50.
Kesimpulan.
Entry hedging boleh menyelamatkan akaun anda dan menjana untung. Cara hedging yang berkesan adalah dengan menggunakan stoploss dan pending order selain dari menggunakan lot berganda.
Demikian dahulu perkongsian kali ini. Silakan kongsi bersama rakan-rakan agar dapat faedah dari entry post ini.
Sekian,
ADMIN
05/10/16
www.pullbackforextrading.com