Weekly Market Review 16 disember 2015
TOP PICK MINGGU INI
Pilihan admin untuk minggu ini adalah USDJPY berdasarkan long term trend analysis. Untuk post analisa terdahulu sila klik link ini > https://pullbackforextrading.com/weekly-market-review-30-november-2015/
USDJPY REVIEW
USDJPY dijangka akan naik(bullish) berdasarkan berita-berita fundamental di mana FED akan menaikkan kadar interest untuk USD. Maka trade plan berdasarkan kadar kenaikan interest rate ini adalah buy. Akan tetapi ia bukanlah semudah itu untuk buy USDJPY tanpa mengambil-kira perkara-perkara teknikal yang lainnya.
3 perkara utama yang saya ketengahkan di sini sebagai panduan entry ataupun buy trade violation(no buy trade)adalah;
1. Retest price
2. Breakout & Pullback
3. Break lowest price and reversal
RETEST PRICE
Lowest key level price terdekat adalah 120.610, area terbaik untuk buy jika price rejected dan membentuk double bottom. Retest kepada lowest price ini kebiasaannya berlaku sebelum kenaikan. Maka ini juga adalah peluang terbaik untuk buy at lowest!
BREAKOUT & PULLBACK
Price breakout atas level 122.240, retrace dan rejected(pullback), maka buy trade adalah trigger/open. Entry cara ini lebih selamat kerana ‘confirm’nya trend up melalui breakout tersebut. Akan tetapi, pada news high impact adakalanya price terus menerus breakout dan tidak membuat retracement, maka kemungkinan besar terlepasnya peluang entry. Kebiasaannya retest ini akan berlaku 30-1 jam selepas news release dan ia adakalanya juga berlaku pada hari yang lain selepas breakout. Peluang trade itu tetap ada asalkan punyai kesabaran untuk menunggu.
BREAK LOWEST & REVERSAL
Perkara wajib dipantau jika hendak memastikan masih valid untuk buy, atau hold buy trade jika ada membuka posisi buy, adalah dengan melihat adakah price break lowest terdekat price ataupun rejected(tidak break).
Breakout dan pullback adalah panduan kepada sell trend atau reversal trend jika price break lowest price 120.338 dan wajib untuk cutloss kesemua buy trade jika ada, kerana risiko kerugian besar itu adalah tinggi. Bagi yang belum membuka apa-apa posisi trade kerana salah-satu dari kedua-dua kriteria buy trade itu tidak berlaku, maka adalah sebaiknya untuk tidak trade atau elakkan trade kerana penurunan price itu kemungkinan bersifat sementara dan price mungkin naik semula dan memerangkap semua seller.
Kesemua analisa ini berdasarkan teknik 821. Untuk mendapatkan panduan teknik, sila ke laman web ini > http://v4.fibo966.com
-admin-