
Apa yang kita boleh pelajari dari gold dan usdcad minggu lepas | Weekly Trading Recap
Artikel ini adalah update untuk analisis dan plan minggu lepas. Melalui artikel ini kita akan melihat kepada plan gagal dan sukses dan apa faktor disebaliknya. Dengan cara ini kita akan review balik kaedah yang digunakan dan tambah baik jika perlu.
Pair utama adalah Gold atau XAUUSD. Berdasarkan plan minggu lepas, plan utama gold adalah sell. Namun setelah berberapa hari, cuma ada pergerakan kecil sahaja dan akhirnya price reverse naik.
Antara faktor lain adalah perang Israel-Iran di mana Israel memulakan serangan ke atas Iran. Gold melonjak dan kekal bullish hinggalah sesi akhir dagangan jumaat.
Analisa sebelum ini sila ke sini.
Plan sell totally terbatal dan pada artikel sebelum ini saya ada menyebut mengenai altenatif trading di mana jika break Weekly high, maka plan sell adalah invalid dan trend kembali kepada overall trend asal iaitu uptrend/bullish.
Entry sell telah triggered SL di atas area 3350.00.
Gold retest semula major trendline dan juga dalam masa yang sama adalah zon Weekly high.
Apa yang berlaku

Hal ini sudah saya highlight dalam group telegram. Akhirnya price break dan plan sell berubah kepada buy hinggalah tamat sesi.
Pada awal sabtu ini kita dapat melihat perkembangan terkini di mana Iran meneruskan pembalasan kepada serangan Israel dan memberi amaran ia akan merebak ke negara arab yang menyokong Israel.
Ini petanda kuat Gold akan naik tinggi isnin nanti.
Kenapa plan sell gagal
Mulanya plan sell sukses kerana berlaku penurunan dan signal sell terbentuk dengan baiknya namun hinggalah pada awal khamis, price naik semula.

Price masih hold atas 3295.97 dan kini berada di atas 3400.00.
Best trading minggu lepas
Best trade setup pada minggu lepas adalah USDCAD. Pair ini steady dalam downtrend dan memberikan potensi entry yang baik berbanding pair-pair lain.
USDCAD memenuhi kesemua syarat entry teknik yang saya ajarkan di sini. Antara syarat entry yang dipenuhi adalah;
- Arah trend berdasarkan candlestick
- Retracement ke kritikal SNR/SBR/RBS
- Candle rejection jelas
- RRR melebihi 1:2
- Minimum SL

Price atau candle naik dan membentuk rejection dengan pattern yang jelas di 1.37044. Di situ terdapatnya candle pattern shooting star menandakan seller masuk dalam pasaran.
Price retest weekly low dan melakukan clean break lalu membentuk SBR di 1.36475.
Price naik retest semula dan rejected. Kita dapat melihat candle bearish closing lower di bawah SBR 1.36475. Retest sekali lagi dan rejected. Akhirnya price drop hinggalah sesi penutupan minggu lepas.
Berbanding dengan GOLD, USDCAD lebih cantik setup dan potensi entry. Ini adalah antara A+ quality setup yang dicari dalam trading. Gold jika lihat secara keseluruhan stuktur, ia sebenarnya bergerak dalam sideways di D1 dan H4. USDCAD pula bergerak trending down dan lebih baik dalam bentuk stukturnya.
Apa yang kita boleh pelajari dari minggu ini
- Gold adalah sangat sensitif dengan apa yang berlaku secara global dari segi kestabilan ekonomi dan perperangan. Ia akan mendorong kepada permintaan tinggi kepada emas oleh pelabur.
- Pair yang trending seperti USDCAD, memberikan potensi entry lebih baik berbanding gold.
Semoga anda belajar sesuatu dari artikel kali ini.
Jumpa lagi di artikel akan datang!
ADMIN
14/06/25