WINNING STRATEGY 99 PERCENT WIN RATE
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua pembaca setia blog pullback.
Hari ini saya akan kongsikan satu strategi mudah yang saya gunakan untuk menghasilkan pulangan 100% dalam masa singkat. Strategi ini lebih kepada psikologi, mindset dan disiplin.
Saya memfokuskan 3 point di atas kerana ia adalah elemen yang sering diabaikan oleh kebanyakan trader yang masih tercari-cari rentak dalam trading.
TRADING ADALAH 80% PSIKOLOGI DAN 20% TEKNIKAL
Disebabkan dibelakang tabir market ini adalah manusia, maka emosi atau psikologi adalah perkara utama yang menggerakkan market ini.
Market ini didagangkan secara tamak dan takut(fear and greed), oleh itu adakalanya ia boleh naik tinggi mendadak dan jatuh menjunam teruk. Semuanya kerana tamak dan takut yang didorong oleh tindakan trader.
Trader akan sentiasa mencuba mencari penyelesaian dan advantage untuk memenangi market yang berbahaya ini setiap hari di mana, trader itu akan dikira hebat jika mempunyai teknik winning rate tinggi dan sentiasa boleh survive dalam jangka masa panjang.
Saya melihat dalam trading contest yang dianjurkan oleh kebanyakkan broker, ada trader yang boleh mencapai ratusan hingga ribuan percentage dalam masa sehari dan kurang seminggu. Apakah rahsia mereka ini?
Saya membuat sedikit kajian dan mencubanya di live account. Hasilnya cukup memberangsangkan. Apa yang membuatkan saya terfikir mengenai strategi ini adalah mengenai market itu sendiri.
Market 70-30
70% dari market ini adalah sideways, hanya 30% sahaja trending. Oleh itu peluang anda untuk sukses juga adalah 70-30 % bergantung bagaimana anda mengesan dan memanfaatkan peluang dari keadaan market.
Part time trader atau Swing trader boleh memanfaatkan 30% peluang trending manakala scalper akan memanfaatkan 70% kebarangkalian trend yang bergerak sideways.
Swing trader akan menjana wang yang banyak ketika market trending dengan profit ratusan pips manakala scalper akan menjana wang yang banyak ketika market sideways dengan bilangan pips kecil(dan menggandakannya melalui bilangan lot yang banyak).
Scalping mempunyai populariti yang tinggi disebabkan faktor ini iaitu;
- 70% trend yang kerap
- Take profit kecil dalam lot yang banyak sebagai advantage
- Konsisten profit kerana kekerapan trend + size lot besar = pulangan $$$ juga besar
95% gagal, 5% sukses dan apa kaitannya dengan 80% psikologi dan 20% teknik
Di sebabkan statistik kegagalan trader itu adalah 95%, oleh itu saya yakin mereka ini pastinya adalah dari golongan yang mengabaikan 80% apa yang diperlukan oleh seseorang trader itu, iaitu psikologi, mindset dan disiplin. Mereka ini pasti hanya memfokuskan 20% sahaja iaitu teknik, oleh sebab itulah mereka gagal. Jika mereka mengawal 80% yang diperlukan untuk menjadi trader profitable, oleh itu mereka pasti tergolong dalam 5% teratas.
Disebabkan populariti scalping yang tinggi kerana kekerapan trend 70% sideways itu, maka kebanyakan trader hanya memfokuskan 20% dalam trading iaitu teknik dan mengabaikan 80% yang sebenarnya diperlukan iaitu psikologi. Psikologi adalah meliputi mindset, disiplin, cara berfikir/bertindak dan emosi.
kesimpulannya 5% trader yang berjaya itu adalah mereka mempunyai kawalan yang mantap untuk 80% psikologi yang diperlukan dalam trading manakala 95% trader yang gagal itu hanya menumpukan 20% sahaja yang diperlukan oleh trader. Selain dari itu mereka juga golongan yang dikuasai tamak dan takut(fear and greed) di dalam trading.
Swing VS Scalping
Saya sudah mencuba dua-dua kaedah ini, iaitu swing trading dan short term trading(scalping). Dua-dua mempunyai pro dan contra masing-masing. Anda perlu membaca bahagian untuk membantu anda mengenal adakah anda sesuai swing trading ataupun scalping.
Swing Trading
Saya dapati swing trading yang dibuat secara part time sangat bagus untuk jangka panjang di mana risiko dikawal melalui strategi ‘entry bila perlu sahaja.’
Akaun ini hanya memfokuskan dua pair sahaja untuk sepanjang proses iaitu hanya memfokuskan EURUSD dan GBPUSD sahaja selama hampir setahun!
Modal bermula USD100 pada 22hb/08/2019 dan sehingga hari ini withdrawal sudah dibuat USD792 dengan baki terkini sebanyak USD282.93
Pro Swing Trading/Kelebihan
Akaun di atas di-trade secara part time dan entry hanya akan dibuat jika sesuatu setup cukup syarat sahaja. Oleh itu ia sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai pekerjaan harian dan mahu menjadikan trading sebagai pendapatan sampingan.
Trading santai dan target jangka panjang sangat membantu untuk memastikan trader santai dan tidak tertekan untuk membuat entry atau mengejar entry. Jika anda punyai masa 24 jam sehari, 5 hari seminggu dan lebih setahun untuk melihat result anda, tiada tekanan untuk anda kejar keuntungan harian mahupun mingguan.
Contra Swing Trading/Kelemahan
Setup terbaik mungkin terbentuk atau berlaku di waktu anda bekerja dan kemungkinan untuk anda menghasilkan overall profit sebulan mungkin dikurangkan ataupun berkurang.
Trading swing juga adakalanya memakan masa lama untuk hit target sedangkan dalam masa yang sama anda mungkin melihat peluang untuk sell jika anda dalam trading buy dan juga peluang buy jika anda dalam sell.
Scalping Trading
Scalping trading adalah cara yang popular bukan sahaja kerana ia menjanjikan pulangan tinggi bahkan ia boleh dilakukan dalam masa singkat.
Strategi sebenar scalping bukanlah terletak pada di mana entry dan exit, tetapi lebih kepada bagaimana anda memanfaatkan peluang entry anda dan bagaimana anda hendak repeat proses tersebut untuk advantage anda.
Di atas adalah satu detail statement di mana saya telah gandakan modal USD5K kepada 10K dalam masa singkat hanya dengan 1 trade loss sahaja dari 48 entry yang dibuat. Ini bermakna 99% adalah win dan hanya 1% sahaja loss.
Pro Scalping/Kelebihan
Cara singkat untuk profitable dan menggandakan akaun. Tiada syarat khas untuk anda profit. Anda boleh close walaupun cuma 1 pip sahaja. Anda juga boleh gunakan size volume yang besar untuk pulangan besar untuk setiap profit trade anda.
Contra Scalping/Kelemahan
Risk besar berbanding reward. Anda perlu high winning entry dan mempunyai mental yang kuat untuk berdepan floating loss besar juga perlu bertindak cepat untuk cutloss jika di dalam arah yang salah.
Strategi saya untuk big win dalam scalping
Saya melihat bagaimana sesetengah trader hanya habiskan masa yang sekejap kemudian sudah boleh menghasilkan puluhan ribu profit dalam masa singkat.
Mereka tidak akan buang masa yang lama dalam trading kerana di masa yang lain mereka akan habiskan untuk bersama keluarga, shopping mahupun melakukan perniagaan sebagai Introducer Broker dan membina rangkaian perniagaan bersama broker.
Tiada rahsia istimewa kerana untuk scalping atau short term trading seperti ini apa yang anda perlu hanyalah teknik entry. Breakout, pullback atau apa sahaja itu terpulang masing-masing. Berikut saya kongsikan strategi yang saya gunakan berdasarkan teknik yang saya kongsikan di sini:
Sebelum saya lanjutkan, saya ingin ingatkan bahawa ini bukannya strategi atau teknik entry. Ia hanyalah strategi psikologi dan disiplin sahaja. Adapun yang lain adalah, keberanian. Anda mahu menjana profit banyak anda wajib berani untung!
5 STRATEGI ADMIN UNTUK 99% WINNING RATE:
Strategi #1 – sabar menunggu peluang, fokus 1 atau 2 pair sahaja.
Anda mempunyai teknik entry anda. Sekarang untuk entry, anda hanya perlu tunggu semuanya sudah cukup syarat. Jika anda trade pullback, kena tunggulah pullback. Jika trade breakout, jangan entry selagi belum break.
Untuk memudahkan fokus, anda di sarankan ambil 1 sahaja. Di luar sana ada ramai profitable trader yang menjana profit ribuan USD seminggu dan uniknya hanya trade single pair sahaja. Adakah mereka ini bodoh tidak memanfaatkan lebih peluang jika trade lebih banyak pair??? -sudah tentulah tidak. Mereka sangat menguasai pair yang mereka pilih dan mereka tahu bilakah masanya yang sesuai pair tersebut bakal memberikan advantage kepada mereka.
Jadi, ambillah satu pair sahaja, kuasai pair tersebut betul-betul, cari peluang dan manfaatkan sebaiknya apabila ada. Percayalah, cara ini bakal lebih banyak memudahkan trading anda.
Strategi #2 – Entry layer/full margin
Apabila mempunyai peluang entry, manfaatkan sebaiknya. Anda boleh entry secara layer jika mahu, juga boleh entry 1 single lot besar. Untuk tujuan ini, akaun anda wajib menggunakan leverage 1:500 ke atas dan modal sanggup loss yang bersesuaian. Amaran! jangan trade duit orang lain mahupun duit pinjaman!!!
Strategi #3 – Exit scalping dengan profit pips sedikit tapi profit dollar besar
Berapa kali anda mencuba untuk TP 100 pips dan ia berhasil secara konsisten? Walaupun ada yang tidak bersetuju untuk scalping hanya 10 pips untuk 10 kali entry hanya untuk 100 pips, namun ia adalah cara yang selamat dan singkat sebenarnya jika dibandingkan 1 entry 100 pips sedangkan realitinya bukan sepanjang masa ia akan sukses hit TP itu.
Penyelesaian? Jika anda mahu fokuskan masa yang singkat trading namun menghasilkan untung ratusan pips dan dollar, anda hanya perlu exit dalam bilangan pips kecil di bawah 40 pips untuk selamat. Anda boleh pilih 10 hingga 20 pips sahaja dan memaksimakan profit tersebut melalui size lot besar dan bilangan entry yang banyak.
fokus satu pair dan trade entry layer untuk pulangan maksima, ia tetap sama seperti trading pair yang banyak.
Apabila sudah exit, jangan kejar entry lagi walaupun price naik beratus-ratus pips selepas itu. Jika anda gagal patuhi rule ini, anda akan gagal tidak lama nanti.
Strategi #4 – Jadi trader yang bijak, berhenti sebelum ‘kenyang’
Jadilah trader bijak. Trader yang bijak tahu berhenti sebelum kerugian besar. Ini sangat sinonim dengan trader yang tamak. Orang yang tamak akan selalu rugi. Sebab orang yang tamak dia selalu bertindak kurang bijak.
2 perkara penting jika anda mahu sukses dalam scalping adalah, tahu bila hendak bermula entry dan tahu untuk berhenti samada untuk exit, juga untuk berhenti dari terjebak dengan loss trade. Anda mungkin kehilangan terus semua profit sebelum ini. Lebih teruk, akaun margin call!
Strategi #5 – Ulang proses
Anda sudah tahu apa yang diperlukan dan apa yang perlu dibuat, sekarang anda hanya perlu praktis untuk memantapkannya sebagai advantage atau kelebihan anda. Sudah tentulah semua ini perlukan skill untuk berjaya, oleh itu anda perlukan latihan dan paling penting, catatkan proses latihan itu supaya anda boleh mengenalpasti banyak perkara seperti;
- apakah kesilapan anda yang membuatkan anda gagal
- apakah yang anda buat yang membantu anda profit
- apa yang perlu anda elakkan untuk kekal konsisten
- adakah anda sesuai scalping ini atau tidak berdasarkan personaliti anda dan keberanian anda mengambil risiko
Di atas adalah contoh live trade terkini di mana anda boleh lihat tarikh deposit adalah pada 29 Mei 2020 dan pada hari ini iaitu 24 jun 2020, balance sudah mencecah USD10,089.00.
Di atas juga saya tunjukkan bagaimana saya scalping hanya dengan memfokuskan 3 pair iaitu EURUSD,GBPUSD dan GBPJPY dengan trade berberapa kali peluang entry dan memanfaatkan entry tersebut secara layer menggunakan lot besar. Dari segi pips pula, saya tidak mengambil banyak untuk per-lot hanya menggandakan bilangan pips melalui lot yang banyak dan selepas big win, saya lebih selesa untuk sambung pada minggu berikutnya pula.
Di bawah adalah dua statement dari akaun berlainan yang telah diuji menggunakan kaedah strategi yang sama iaitu 5 langkah yang telah diterangkan di atas. Hasilnya cukup memuaskan.
Akaun ini asalnya mengalami kerugian teruk hingga jatuh 50% modal. Selepas mengubah pendekatan entry, akaun ini berjaya di recover bahkan menghasilkan untung hampir 100% dari modal.
Akaun di atas juga adalah akaun recovery namun tidak seteruk akaun sebelumnya. Akan tetapi ia tetap berhasil menghasilkan profit ribuan USD tanpa menghabiskan masa lama depan komputer.
Kini giliran anda Scalping 99% win Full Margin tanpa risiko!
Tuntut modal percuma anda hari ini! Anda hanya perlu verify akaun anda kemudian tuntut modal percuma tanpa deposit dan mulakan live trading anda hari ini juga.
Recommended Forex Metatrader 4 and 5 Trading Platform:
- Free $30 To Start Trading Instantly
- Deposit Bonus up to $5,000
- Unlimited Loyalty Program
- Awards-Winning Forex Broker
- Regulated broker
Rumusan
- Fokuskan 70% kebarangkalian market iaitu sideways untuk peluang entry yang lebih tinggi
- Trading scalping pada kuantiti yang banyak
- Keberanian mengambil risk adalah ukuran sebesar mana profit anda
- Berhenti(sebelum kenyang iaitu..) setelah mendapat 1 atau 2 big win dalam seminggu. Jangan over-trade(tamak) kerana anda mungkin kehilangan semula semua profit termasuk modal anda
- Praktis sampai pandai adalah penting untuk menentukan adakah scalping high risk cara ini sesuai dengan personaliti anda.
Akhir kata
Demikianlah perkongsian kali ini. Perkongsian ini sudah diuji pada live market juga pada berberapa akaun lain termasuklah akaun yang pernah mengalami loss besar kerana trader dengan pair yang terlalu banyak selain tiada rule khas untuk berhenti trade.
Strategi ini hanyalah strategi sahaja. Keberkesanannya masih bergantung kepada anda yang mengamalkannya. Jika anda merasakan ia tidak sesuai, maka sebaiknya anda cubalah trading swing kerana saya percaya ia akan membantu anda dalam jangka masa panjang.
Apa pendapat anda mengenai artikel kali ini? kongsikan pendapat anda di ruang komen dan jangan lupa kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan agar lebih ramai mendapat manfaat.
Sekian,
ADMIN
24/06/20
Penafian: Semua yang ditulis dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis sahaja dan ia tidak semestinya tepat atau mewakili keadaan sebenar pasaran.