XAUUSD MINGGU KE-2
Harga emas telah melambung tinggi pada penghujung bulan November dan telah melepasi paras 2000.00. Bulan Disember ini agak bullish untuk emas dan kini telah menghampiri harga tertinggi tahun ini.
Berdasarkan situasi semasa ini nampaknya emas ada potensi untuk terus naik lagi memandangkan candle terakhir pada jumaat lepas adalah bullish engulfing.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Artikel atau analisis kali ini saya buat dengan ringkas hanya berpandukan kepada price action semasa dan level-level penting SNR. Memandangkan kita sudah di fasa terakhir untuk tahun ini oleh itu adalah penting untuk menjaga risiko dan jangan sekali-kali mengambil risiko yang tidak sanggup anda kerugian.
XAUUSD D1
Harga emas atau trend semasa terus rally naik dan mencatatkan harga tertinggi baharu untuk awal bulan ini. Berdasarkan carta di atas, harga tertinggi terakhir adalah di paras 1081.46 dan harga terakhir pada minggu lepas adalah di 2075.43.
Berdasarkan situasi semasa ini saya menjangkakan ia akan terus naik lagi dan ada kemungkinan tinggi untuk membuat new high lagi. Namun berberapa perkara perlu diambil kira sebelum membuat keputusan untuk terus simpan posisi yang dibuat nanti.
XAUUSD H4
Disebabkan bias yang jelas kepada bullish atau uptrend, oleh itu kita terus kepada H4 untuk lihat potensi SNR.
Weekly high akan bertindak sebagai resistance penting di mana jika break dan pullback maka entry buy akan dibuat di atasnya.
Key support #1 – 2052.04 adalah potensi entry buy low jika retest dan reject berlaku di area ini atau, jika ia break, maka key support berikut akan menjadi panduan.
Key support #2 – 2031.79 adalah key support seterusnya jika support #1 di tembusi(breakout).
Key level 2000.00 masih mempunyai peranan penting di sini iaitu jika trend gagal membuat new high dan ia bertukar kepada downtrend atau bearish, maka area ini adalah area penting untuk TP jika sell trade trigger.
Major pair
Untuk situasi semasa saya lihat potensi trend dan entry adalah seperti berikut;
- Sell: USDJPY, USDCAD dan EURUSD
- Buy: AUDUSD, GBPUSD
Update/analisis pair terpilih saya akan update dalam group VIP pullback. Anda boleh menyertai group VIP(berbayar) ini di sini.
ADMIN
04/12/23