XAUUSD MINGGU KE-2 BULAN APRIL
Pada minggu lepas saya ada menulis mengenai fokus utama adalah buy sahaja dan fokuskan pada support-support level yang terbentuk untuk panduan buy. Selain itu key resistance 2300.00, 2290.00, 2280.00 sebagai sasaran utama jika buy dibuat. Kesemua target ini sudah mengena, malah selepas NFP, harga terus mencatat lonjakan tinggi melepasi paras 2300.00.
Untuk artikel minggu lepas sila ke pautan ini >> https://pullbackforextrading.com/xauusd-minggu-ke-1-bulan-april/
Sebarang update terkini saya akan kongsikan terus di telegram, oleh itu jangan lepaskan sebarang potensi profit anda lagi! Sila klik button di bawah untuk menyertai telegram kami.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
XAUUSD D1
Overall trend adalah uptrend, oleh itu weekly hi dan lo ditentukan berdasarkan 5 candle minggu lepas, bermula dari sini kita akan lihat sebarang potensi deep retracement/potensi SNR untuk entry buy low.
Minggu lepas
Harga dibuka tinggi dan area Weekly high minggu sebelumnya menjadi RBS dan price naik lagi selepas retest area ini. Penjelasan ini saya sudah ajarkan dalam membership berbayar CSPRO mengenai kepentingan hi dan lo mingguan dan apa kaitannya dengan perubahan trend mahupun perjalanan trend. Jika anda member berbayar, silakan login dan baca semula.
Di sebabkan situasi adalah bullish dan new high terbentuk, maka fokus utama buy tetapi disebabkan tiadanya history lepas untuk menjadi panduan entry, oleh itu kita bergantung sepenuhnya SNR baharu untuk entry. Alhamdulillah, banyak profit dihasilkan apabila hanya membuat entry buy pada support level minggu lepas.
Minggu seterusnya
Minggu hadapan, kita akan bergantung apa yang tersedia pada minggu sebelumnya. SNR yang sudah terbentuk akan jadi panduan kita membaca dan mentafsirkan trend serta mencari entry point.
Untuk sasaran hadapan pula, angka genap menjadi pilihan kerana ia lebih mudah dan adakalanya lebih tepat berbanding fibo TP/Extension sebagai membuat prediction kedudukan hadapan harga.
Oleh itu, saya memilih 2400.00 sebagai sasaran selanjutnya.
Di area 2300.00 terbentuk area rally base rally – petanda baik untuk reentry buy jika retest dan reject berlaku. Anda boleh baca di sini mengenai apa itu retest dan reject >> https://pullbackforextrading.com/forex-powerful-strategy-candle-retest-and-reject/
Untuk panduan, entry buy boleh dibuat pada zon demand ini. Apa yang kita perlukan seterusnya adalah price turun ke area tersebut sahaja. Pada waktu ini kenapa ia sangat sesuai untuk entry adalah berdasarkan poin berikut;
- Number genap 1.23000
- RBR(rally base rally)
Untuk confirmation, bolehlah tunggu candle rejection terbentuk di D1 pada keesokannya atau, entry awal di H1 ataupun H4.
XAUUSD H4
Di H4, saya akan melihat sebagai confirmation awal samada untuk perubahan trend mahupun trade setup. SNR juga saya akan lihat di sini dan seterusnya menggunakan H1 mahupun M15 untuk entry pada SNR tersebut.
Berberapa marking telah saya buat. Area ini akan menjadi panduan untuk entry buy low jika retest reject berlaku di sini. Area marking ini juga akan berperanan untuk menjadi panduan untuk kenalpasti sebarang potensi perubahan arah pasaran jika ia berterusan ditembusi. Ini bermakna plan buy adalah gagal dan petandanya banyak bergantung di kawasan yang sama ini juga.
Andaikata apa yang berlaku minggu lepas berulang semula, maka kita akan ulang konsep sama untuk mencari entry seperti minggu lepas iaitu cari support baru yang terbentuk untuk entry buy jika harga atau price gold ini terus membuat new high dan mengabaikan SNR lepas.
Fokus utama:
- Buy sahaja dan target utama 2400.00.
- Support baharu jika new high berlaku(untuk entry point berdasarkan retest/reject).
- Support minggu lepas jika retest berlaku.
- Key support utama adalah 2300.00.
Altenatif:
- Sell jika price break support dan juga SBR yang menjadi RBS.
- Candle dominan diikuti candle retest reject di H4 sebagai panduan direction arah dan entry.
Apa itu candle dominan dan candle retest reject?
Okey, sedikit information mengenai kaedah ini adalah;
- Ia berlaku di semua TF terutamanya Weekly, D1 dan H4
- Ia adalah kaedah altenatif untuk kenalpasti trade setup/trend berdasarkan reaksi semasa price action
- Candle dominan bergantung bentuk body dan shadow
- Candle retest reject adalah entry
Candle dominan adalah candle engulfing atau candle reject yang membawa kepada arah pasaran, candle retest dan reject akan mengikuti arah candle dominan tersebut.
Candle dominan adalah candle break yang memberikan direction yang jelas ke manakah arah pada waktu itu. Candle ini sangat penting dan berbaloi ditunggu kerana direction yang diberikan itu sangat tepat selain entry pada candle-candle berikutnya juga memberikan potensi reward yang tinggi selain minimum risk/stoploss.
Akhir kata
Saya tidak akan mengulas lebih lanjut kerana apa yang berlaku semasa live market nanti mungkin berbeza dengan analisa ini. Oleh itu, adalah penting untuk terus mengikuti perbincangan ini di telegram kerana update semasa akan membantu anda memahami situasi pasaran ini dan apa yang perlu dibuat berdasarkan situasi itu.
Adakah perlu reentry?
Adakah perlu cutloss?
Adakah perlu stay away?
Semuanya akan diketahui dalam group telegram kami. Klik link di bawah untuk join.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Sekian terima kasih!
Credit: tradingview, google images search