XAUUSD MINGGU KE-2 FEBUARI TAHUN 2024
XAUUSD masih sideways dan masih kekal di atas 2000.00. Pergerakan sideways ini akan sedikit mengelirukan dan berisiko bagi swing trader. Bagi yang membuat scalping trade, waktu ini adalah masa terbaik anda mengaut banyak keuntungan. Trader-trader yang menggunakan robot atau EA martingale juga akan menjana banyak profit pada waktu ini.
Analisa terdahulu sila ke pautan ini >> https://pullbackforextrading.com/xauusd-minggu-ke-5-januari-tahun-2024/
Bagi yang belum menyertai, silakan join group telegram di bawah;
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Seperti biasa, kita akan mulakan di D1.
XAUUSD D1
Last week high terbentuk pada high minggu sebelumnya dan membentuk double top. Pergerakan sedikit downtrend pada awal minggu ini namun tiada new low berlaku. Breaking last week low adalah petanda bahawa xauusd ada kemungkinan akan retest 2000.00 dalam masa terdekat(minggu ini).
Area 2000.00 adalah area RBS/RBS penting untuk tahun ini kerana sebelum ini sudah pernah breakout berberapa kali. Di sebabkan pada waktu ini pergerakan sideways, oleh itu saya beranggapan minggu ini market sedikit neutral sehinggalah berjaya menembusi support 2000.00 ataupun break last week high.
Berdasarkan SMA21 dan EMA8, candle semalam close di bawahnya, oleh itu bias buat masa ini adalah sell atau bearish. Selanjutnya kita lihat pada H4.
XAUUSD H4
Rising TL terbentuk berdasarkan lower-high. TL ini penting untuk plan sell berdasarkan bias minggu ini. Dalam masa yang sama jika break, last week low akan ditembusi untuk new weekly low. Target seterusnya adalah 2000.00.
Akan tetapi seperti yang sudah saya nyatakan di awal artikel ini, trend lebih kepada sideways dan ia agak berisiko bagi swing trader. Jika anda ingin trade sell dengan selamat, ada baiknya membuat scalping sell sahaja.
Altenatif
Perhatikan last week high, jika break, kita dalam uptrend/bullish.
Okey. Cukup setakat ini, sebarang update saya akan berikan di group telegam.