XAUUSD MINGGU KE-2 JANUARI TAHUN 2024
Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua pembaca setia blog pullback. Di sini saya selaku admin ucapkan tahniah kepada anda yang sudah keluar dari zon lama ke zon baharu anda dengan menggunakan sepenuhnya ilmu-ilmu yang dikongsikan dalam blog ini. Bagi anda yang masih mencari-cari rentak dan perubahan, teruskan membaca dan mengkaji ilmu-ilmu yang sudah dikongsikan dalam blog ini.
Semoga tahun 2024 ini akan menjadi tahun yang terbaik buat anda semua.!
BACA : https://pullbackforextrading.com/10-resolusi-tahun-baru-untuk-pemula/
Artikel ini adalah artikel analisis pertama untuk tahun ini untuk pair XAUUSD. Pada minggu lepas saya hanya kongsikan trading plan melalui group telegram dan ramai yang telah menikmati profit dari signal tersebut.
Anda boleh ke telegram kami melalui pautan button di bawah;
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Untuk analisis kali ini, seperti biasa saya akan buat analisa secara TOP-DOWN untuk dapatkan gambaran menyeluruh arah pasaran. Analisa top-down ini boleh dibuat bermula dari Monthly atau Weekly. Namun untuk minggu ke-dua, bolehlah bermula di D1 kerana D1 akan memberikan gambaran lebih terperinci berbanding di Weekly.
Oleh itu, kita akan mulakan dari TF Daily dahulu.
XAUUSD DAILY
Kita akan mulakan di D1 dahulu – pada TF ini kelihatan UTL(up trend line) yang mewakili trend keseluruhan iaitu uptrend dan price kini sudah menghampiri trendline ini.
Trendline dan MA masih uptrend, oleh itu selling masih agak risky sedikit kerana boleh jadi false break akan berlaku di area MA dan TL yang confluence dan dalam masa yang sama area Weekly low minggu lepas juga bertindak sebagai support level.
MA dalam gambar;
- SMA 21
- EMA 8
Apply to Close.
Fungsi MA – Confirmation entry dan trend melalui persilangan.
Di atas adalah paparan lebih dekat, kita dapat lihat candle jumaat lepas seakan membentuk doji sebagai tanda pressure dari buyers dan sellers selepas news NFP. Pada waktu ini ada kemungkinan trend akan bounce sebelum ia akan breakout.
Area confluence akan menjadi strong support level dan jika ia break, trend akan kuat turun lagi. Area 2000.00 akan menjadi key support penting untuk hala-tuju selepas breakout.
Seterusnya kita lihat pada H4 pula.
XAUUSD H4
Apa yang saya cari di H4?
Untuk H4 saya lebih kepada confirmation apa yang berlaku atau terbentuk di Weekly dan Daily. H4 perlulah selari untuk confirmkan trend lebih besar. Perubahan awal juga boleh dilihat di H4. Selepas H4, bolehlah cari entry di H1 atau M15.
H4 pada waktu ini
Berdasarkan H4, stuktur trend adalah downtrend kerana sudah break area neckline. Dalam masa yang sama juga MA dalam downtrend.
Berdasarkan H4 saya boleh katakan bahawa di bawah Weekly low 2024.58 dan di bawah UTL adalah zon selling. Jika ia rejected di atas Weekly low diikuti dengan confirmation MA bersilang, saya akan ‘consider’ trend kembali uptrend.
Situasi #1 – sell setup
Situasi #2 – buy setup
Saya akan consider plan buy dan uptrend confirmed hanya dengan persilangan SMA21 dengan EMA8 di H4. Jika ia tidak berlaku, oleh itu saya kekal bearish sahaja untuk pair ini.
Exit strategy
Gunakan Fibo TP dan Strategy Stoploss untuk exit trade berdasarkan situasi semasa trend.
Ringkasan
- Plan utama adalah sell berdasarkan price action minggu lepas. Namun trend secara keseluruhan adalah uptrend berdasarkan overall trend dan juga kedudukan trendline di D1.
- Untuk jangka pendek plan adalah sell. Namun jika berlaku confirmation untuk continuation uptrend, saya akan ikuti setup itu.
- Key support penting – area confluence antara Weekly low minggu lepas dan UTL D1.
- Exit strategy berdasarkan fibo TP dan SL.
Okeylah, sampai di sini dahulu. Pastikan anda mengikuti telegram untuk update terkini dan juga signal-signal profitable dari kami. Jangan lupa sertai kami di sini dan membership percuma di sini.