XAUUSD MINGGU KE-3 JANUARI TAHUN 2024
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua pembaca setia blog pullback. Minggu lepas plan utama kita adalah sell gold dengan 2000.00 sebagai sasaran utama. Namun sesuatu telah berlaku dan price pullback ke atas semula.
Untuk analisa terdahulu bolehlah ke halaman ini >> https://pullbackforextrading.com/xauusd-minggu-ke-2-januari-tahun-2024/
Sebarang analisis dan trading plan(signal) silakan ke group telegram di bawah;
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
XAUUSD D1
Berdasarkan candle terakhir D1, candle bullish ditutup di atas UTL semula selepas cubaan break berlaku. Minor DTL juga sudah break menandakan trend sudah kembali bullish atau uptrend semula.
Gold pada mulanya sudah pun breakout UTL dan bounce seketika. Namun selepas itu ia kembali bullish dan ditutup di atas UTL dan DTL.
Ini cukup mengindikasikan bahawa trend kembali semula kepada uptrend dan false break yang terbentuk pada awalnya hanyalah bear trap yang merugikan seller sekiranya tidak membuat cutloss apabila price kembali bullish semula.
Akan tetapi walaupun demikian namun seller masih boleh profitable dengan 2 kondisi iaitu;
- Breakeven
- TP scalping
Dalam group telegram saya kongsikan trade setup scalping dan ia telah berhasil profift.
Seterusnya kita lihat H4;
Pada H4 saya sudah tandakan bear trap dalam bulatan, menandakan ia adalah false break dan last low pada minggu lepas sebelum price naik semula ke zon bullish di atas UTL dan DTL.
Break DTL = bullish/uptrend. DTL di tandakan dengan warna merah. Breakout pada area ini menandakan confirmation kepada uptrend atau continuation uptrend.
XAUUSD 4H
Di H4 key support terdekat adalah di 2040.09 dan jika retest reject berlaku di sini(H4) entry buy akan dibuat. Akan tetapi jika trend rally terus berlaku di atas UTL hijau, maka entry bolehlah di cari di H1 ataupun M30.
Break last week high adalah petanda kepada new weekly high.
FAKTOR YANG MUNGKIN MENDORONG KEPADA BULLISH
Perang Israel-Hamas masih berlangsung dengan terbaru Amerika dan sekutunya UK telah menyerang Yaman boleh membawa kepada ketidak-stabilan ekonomi dunia kerana bimbangkan perperangan ini akan menular lebih meluas. Yaman sebelum ini menyatakan sokongan kepada Palestin dan tidak akan berhenti menyerang kapal-kapal perdagangan yang melalui laut merah untuk menghalang penghantaran senjata mahupun bantuan kepada Israel.
Hal ini adalah tidak disenangi oleh Amerika yang kini telah melabel kumpulan Houti Yaman sebagai pengganas. Pada mula-mula perang Israel-Hamas tercetus juga kita dapat melihat gold yang begitu signifikan kepada bullish dan uptrend namun telah mula mencapai kemuncaknya pada disember tahun lepas dan berpatah-balik setelah melepasi paras 2100.00.
Oleh yang demikian berdasarkan teknikal chart, gold adalah bullish dan 2100.00 juga wajar menjadi target utama untuk buying.
ALTENATIF
Area SBR/RBS yang ditandakan dengan box tu adalah area kritikal penting untuk menentukan masih valid buy atau tak. Jika break, trend lebih cenderung untuk berubah arah kepada downtrend.
Sekian,