XAUUSD MINGGU KE-3 MAY 2023 | JATUH DARI PUNCAK ATAU NAIK LEBIH TINGGI
Pada analisis sebelum ini saya menjangkakan gold akan jatuh, namun apabila break DTL yang ditandakan sebelum ini maka secara tak langsung, plan altenatif kepada sell iaitu buy pula trigger. Price menguji semula Weekly high minggu sebelumnya namun terus break dan membuat new high.
Price akhirnya berhenti di area neckline 2372.91 sebelum membuat retracement. Dalam waktu ini juga ia semakin menghampiri 2400.00 semula. Untuk analisa minggu lepas, sila ke halaman ini https://pullbackforextrading.com/xauusd-minggu-ke-2-may-2023/
Adakah trend akan kembali bullish??
Berdasarkan Weekly chart, jika break 2400.00, target berikutnya 2500.00. Jika confirmed, entry buy buy buy sepanjang minggu pasti memberikan pulangan yang sangat lumayan!
Sebelum lanjutkan analisa minggu hadapan, silakan klik button di bawah dahulu;
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
XAUUSD D1
Seperti biasa, analisa akan dimulakan dari TF D1 terlebih dahulu. Last week high dan low ditandakan berdasarkan 5 candle terakhir minggu lepas.
Dua candle terakhir iaitu pada khamis dan jumaat adalah bullish dan melepasi berberapa resistance yang kini menjadi support(RBS), area RBS ini penting kerana ia akan menyokong kenaikan berikutnya jika berlaku retest reject di sini.
Jika ia berlaku dan terbentuk di D1 maka potensi kenaikan yang lebih tinggi itu akan berlaku pada hari berikutnya(secara teorinya). Oleh itu anda yang trade secara part time bolehlah tunggu D1 membentuk signal dahulu.
Dua key support level penting;
- 2331.68
- 2323.50
Anda hanya perlu tunggu apakah reaksi price nanti apabila sudah sampai ke area ini sebelum anda membuat trading plan anda. Selain itu anda boleh lihat di H4 untuk gambaran lebih terperinci.
XAUUSD H4
Di H4 kita boleh lukis fibonacci retracement untuk dapatkan potensi support level untuk entry.
Kelihatan jelas area 61.8 dan 78.6 bertindih dengan marking yang dibuat di D1. Oleh itu jika berlaku rejection awal di H4, ia juga boleh dijadikan entry. Namun perhatikan juga level-level penting lainnya, jika price bouncing di area lebih tinggi seperti 38.2 dan 50.0, ada kemungkinan ia tak akan turun ke 61.8 dan seterusnya.
Target utama adalah;
- Last week high 2378.49
- 2400.00 jika berlaku new high
Seperti biasa, jika plan buy gagal, maka perkara berikut perlu diperhatikan;
- Altenatif trade adalah sell. Iaitu jika price terus break bawah last week low di 2291.90
- Naik dan rejected di bawah 2400.00 ataupun last week high di 2378.49
Apa-apa pun, update akan saya berikan di group telegram, oleh itu jika belum menyertai, silakan berbuat sekarang.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Sekian dahulu buat masa ini..
Credit: tradingview