XAUUSD MINGGU KE-3: STRONG UPTREND
Minggu lepas plan buy dip berjalan dengan lancar. Price dibuka tinggi dan gap terbentuk di sesetengah broker forex. Faktor ini didorong dengan perang yang berlaku di Palestin iaitu perang antara Israel dengan Hamas.
GAP yang terbentuk tidak ditutup semula. Ini menunjukkan bahawa gap yang terbentuk adalah dari jenis run away gap. Anda boleh baca artikel mengenai gap di sini >> https://pullbackforextrading.com/kenali-apa-itu-gap-dalam-pergerakan-pasaran-4-jenis-gap-yang-anda-perlu-tahu/
Penting untuk ketahui mengenai gap kerana umumnya kita ketahui apabila adanya gap ini, biasanya ia akan ditutup. Disebabkan yang demikian trading overconfident boleh menyebabkan kerugian besar kepada trader.
Artikel minggu lepas di sini >> https://pullbackforextrading.com/xauusd-minggu-ke-2-buy-dip/
FUNDAMENTAL
Perang antara Israel dengan Hamas di Palestin di mana ia mendapat sokongan dari Amerika dan dalam masa yang sama negara seperti Rusia, China, Iran, Pakistan yang menyokong Palestin sedikit sebanyak membayangkan dunia dalam krisis yang mungkin membawa kepada kesan ekonomi mendorong kepada kekukuhan Emas berbanding Dolar.
Harga minyak dunia juga dijangka akan naik. Ia terbukti apabila selepas menutup gap minggu lepas, Oil membentuk double bottom dan seterusnya naik. Potensi buy dip saya ada kongsikan dalam group telegram.
Sila join group telegram kami untuk update terkini serta signal profitable gold dan forex;
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
XAUUSD D1
Gold misses 1800.00 dam terus naik pada isnin. Ia tak ambil masa lama untuk membuat retracement atau correction, pada jumaat ia terus meroket naik dan breakout 1900.00 untuk membuat new weekly high.
Anda dapat lihat di TFD1 di mana sebatang candle engulfing melebihi candle hari sebelumnya. Ia kini di kawasan DTL(downtrendline) dan sudah menembusinya.
1900.00 kini menjadi support level untuk buying dip jika ia ada correction ke situ. Untuk pecahan potensi buy dip lain, kita lihat SNR yang ada di H4.
XAUUSD H4
Harga pada jumaat ditutup agak tinggi sekali dan menjauh dari EMA21, ini petanda market dalam overbought dan sepatutnya ia akan turun mencari semula EMA21 ini. Jika ia turun, maka ia akan mencari history support lepas dan jika buyers masuk di area support ini, ia akan naik semula.
Di H4 terdapat area-area support penting untuk buying berikutnya;
Antara key support penting:
- 1916.54
- 1903.18
- 1900.00
Key resistance penting:
- 1932.98(weekly high)
- 1946.34
Target Profit
Antara target profit jika buying dibuat adalah di:
- 1971.11
- 1980.00
- 2000.00
Pada analisa sebelum ini, april dan mei tahun ini harga emas sudah menjejak area 2000.00 ini. Mungkinkah ia akan dijejak semula pada bulan ini.
Major pair
Walaupun Gold bullish, namun pergerakan major pair EURUSD, AUDUSD dan GBPUSD pula sebaliknya iaitu ia ditutup bearish pada minggu lepas. Inilah situasi di mana ia kembali ke asasnya iaitu supply dan demand.
SND ini bukanlah merujuk kepada strategy entry tetapi lebih kepada kenapa naiknya atau turun itu bergantung kepada permintaan dan penawaran. Permintaan gold meningkat semasa krisis dunia berlaku kerana ia adalah safe haven kepada pelabur. Biasanya apabila ia naik, pair usd sepatutnya turun namun dalam situasi semasa tahun ini, kita dapat lihat ia tiada negative colleration dan bergerak sama-sama naik iaitu USDJPY naik, dan gold juga naik sama-sama.
Akhir kata
Pastikan anda join group telegram untuk update terkini dari kami. Selain itu signal dan potensi setup juga kami kongsikan agar anda boleh pelajari kaedah trade kami dan bagaimana kami apply pada live market. Sesuatu yang jarang diberikan oleh sifu-sifu hebat di luar sana!
Klik sini untuk daftar percuma.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Sekian,
ADMIN
16/10/23