XAUUSD MINGGU KE-4 FEBUARI TAHUN 2024
Pada minggu lepas, plan sell sukses apabila price break lower triangle dan seterusnya ke sasaran penting 2000.00.
Price drop seketika namun akhirnya naik semula di atas paras 2000.00 menandakan ia rejected di paras ini. Price ditutup pada Weekly low minggu sebelumnya. Paras 2000.00 ini juga adalah paras monthly low bulan januari.
Apa seterusnya untuk gold? Seperti biasa, kita buat top-down analisis untuk plan minggu hadapan pula.
XAUUSD D1
Apabila price naik semula di atas 2000.00 pada saya gold sebenarnya kembali dalam trend sideways sebelum ini. Ia bermaksud ia tidak akan trending keculai mampu break paras 2060 atau major DTL dan di atas Weekly high minggu lepas.
Weekly high bertindih dengan lower triangle yang ditembusi minggu lepas. Ini membawa maksud ia adalah area resistance kuat untuk selling jika ia rejected di situ. Jika itu berlaku, sell akan dibuat dan TP adalah di atas 2000.00.
Morning star terbentuk pada khamis lepas berdasarkan dua candle terakhir iaitu candle rabu dan khamis. Ia menyebabkan bias lebih kepada bullish dan seterusnya kenaikan berlaku semula di atas 2000.00.
Untuk sepanjang Januari trend bergerak sideways di atas paras 2000.00 dan kenaikan semula di atas paras ini hanya membawa maksud satu lagi siri sideways. Waktu begini biasanya hanya martingale trader akan sukses manakala swing trader akan kerap stoploss kalau tidak breakeven.
Bukanlah waktu terbaik untuk swing trading waktu ini.
XAUUSD H4
Candle terakhir adalah bullish engulfing di mana candle bullish melebihi candle bearish sebelumnya. Price berakhir di DTL sehingga market ditutup.
Untuk minggu hadapan DTL ini adalah penting untuk melihat potensi pullback jika ia ditembusi dengan Last week high sebagai target.
Jika price naik ke Weekly high 2031.16, perharikan jika price bounce dan sell akan dibuat. Jika terus break pula, DTL atas sekali akan menjadi area resistance untuk selling jika ia bounce/rejected di situ.
Altenatif
Masih ada kemungkinan untuk price terus drop di bawah DTL dan break pula 2000.00. Jika ini berlaku fokus sell sahaja di bawah paras 2000.00.
Untuk update, pastikan anda menyertai telegram kami dengan menekan button di bawah;
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Sekian dahulu buat masa ini.