XAUUSD MINGGU KE-4 MARCH TAHUN 2024
Tiada pergerakan trending minggu lepas namun plan sell berjaya mengikut rule setup dan tips yang sudah saya berikan. Pada waktu ini saya melihat pasaran masih dalam keadaan sideways kecuali berlaku sesuatu seperti breakout resistance ataupun support level berdasarkan hi dan low minggu lepas.
Artikel minggu lepas >> https://pullbackforextrading.com/xauusd-minggu-ke-3-march-tahun-2024/
Kita mulakan pada TF D1 terlebih dahulu.
XAUUSD D1
Pada waktu ini price masih di atas RBS 2146.56 dan last Week’s lo di 2150.69. Weekly lo ini akan bertindak sebagai major support untuk menyokong uptrend dan menghalang downtrend.
Oleh itu berdasarkan trend keseluruhan dan fakta SNR, bias adalah buy sahaja. Plan buy ini akan valid selagi price maintain dan konsisten di atas RBS Weekly dan RBS 2146.56.
Plan buy ini hanya terbatal jika break dan pullback berlaku di bawah paras RBS. Dengan itu RBS akan menjadi SBR.
XAUUSD 4H
Berdasarkan sambungan TL, kita dapat mengesan bentuk segita breakout yang menanti masa untuk memberikan arah pasaran jika breakout itu berlaku.
Saya masih tak menolak kemungkinan price naik lagi ke paras tertinggi tahun ini dan mungkin juga ia akan naik ke paras 2200.00 sekiranya pasaran masih kekal bullish.
Untuk rekod tahun ini sahaja Bitcoin telah mencapai paras 73K, suatu angka teringgi baharu yang belum pernah dicapai sebelum ini. Emas juga telah melonjak ke harga tertinggi baharu yang belum pernah dicapai sebelum ini. Oleh itu tiada yang mustahil untuk berlaku.
Akan tetapi walaupun begitu, adalah penting untuk kita mengikuti peraturan-peraturan trade setup berlandaskan fakta SNR. Selain itu bolehlah disokong dengan analisa teknikal lain seperti fibonacci dan juga candlestick price action.
Update akan diberikan melalui group telegram oleh itu sila ikuti telegram kami dengan menekan button di bawah;
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Sekian,