XAUUSD MINGGU KE-5 JANUARI TAHUN 2024
Pair XAUUSD minggu lepas tidak bergerak trending, ia hanya bergerak dalam sideways -memberikan hint bakal ada berlaku breakout dalam masa terdekat ini. Pada waktu ini sudah mendekati fasa hujung bulan dan mungkinkah breakout itu akan berlaku pada minggu hadapan?
Terima kasih bagi anda yang setia mengikuti analisis ini sejak berberapa tahun lepas kerana melalui analisis yang dikongsikan ini sedikit sebanyak saya dapat memberikan pendedahan kepada anda bagaimana menggunakan tools dan price action untuk membuat analisis dan prediksi pasaran. 🙂
Untuk analisa terdahulu >> https://pullbackforextrading.com/xauusd-minggu-ke-4-januari-tahun-2024/
Sebelum lanjutkan, silakan join group telegram untuk update terkini setup gold dan juga pair-pair lain.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Kita mulakan pada timeframe Daily;
XAUUSD D1
Dari timeframe ini kita dapat lihat pergerakan range kecil pada minggu lepas namun masih berada di atas paras 2000.00.
Candle terakhir hari jumaat ditutup bearish. Trendline pula masih kekal downtrend(DTL). Oleh itu bias kita pada minggu hadapan adalah sell.
Fungsi Weekly high/hi dan Low/lo
Saya tandakan last week high dan low berdasarkan high dan low minggu lepas sebagai hint untuk melihat potensi perubahan trend iaitu;
- Jika break high, trend lebih kepada uptrend atau,
- Jika break low, trend akan menurun lagi.
Jika plan utama adalah sell, break Weekly high adalah petanda perubahan arah trend. Jika break low pula, ini adalah setup yang kita cari untuk plan sell iaitu jika akan membuat selling lagi.
Secara faktanya begitulah penggunaan Weekly high dan low ini.
XAUUSD H4
Di H4, price level atau SBR 2023.24 adalah key penting di mana minggu lepas berlaku 2x rejection di area ini. Di bahagian bawah terdapatnya UTL minor sebagai trigger point kepada selling jika breakout.
Trading plan
Plan utama adalah sell. Oleh itu point penting untuk entry adalah seperti berikut;
- Break minor UTL(ungu)
- Break last Weekly Low
Target utama adalah 2000.00.
Altenatif
Bermaksud jika plan sell tidak menjadi apakah yang akan berlaku? -Plan sell dikira invalid jika candle break Last Week’s high dan pullback atasnya. Petanda awal ia akan berlaku adalah breaknya DTL downtrend.
Break DTL dan dalam masa juga akan break SBR 2023.24.
Area SBR ini juga akan menjadi key resistance reentry sell(sell high) jika retest reject berlaku di sini.
Akhir kata
Gold atau XAUUSD agak tak menentu pada waktu ini. Ia mungkin sedikit sukar untuk di-trade dan anda mungkin akan berdepan sedikti losing trade jika anda menggunakan tight SL. Berberapa idea berikut mungkin dapat membantu anda pada waktu ini;
- TP kecil/scalping
- SL besar sedikit
- Kurangkan kekerapan entry
Pastikan anda join telegram untuk dapatkan update dari masa ke semasa untuk plan ini. Klik sini untuk join.