XAUUSD MINGGU KE-5 MARCH TAHUN 2024
Minggu lepas XAUUSD(emas melonjak naik ke 2200.00. Selepas itu pada hari Jumaat ia turun semula. Berdasarkan Weekly chart, kelihatan pattern rejection di situ. Oleh itu minggu ini kita expect reversal buy kepada sell akan berlaku. Namun walaupun begitu, masih ada risk naik ke atas. Jom lihat analisa dari sudut teknikal untuk minggu ini.
Sebelum lanjutkan, silakan sertai telegram pullback untuk update terkini.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
XAUUSD D1
Minggu lepas, RBS 2146.56 masih hold sebagai strong support. Price naik selepas 2x rejection berlaku di D1. Price naik semasa FOMC namun selepas sepanjang hari Khamis ia menjunam semula membentuk bearish pin bar. Ini menandakan rejection berlaku di 2200.00 yang dijejaki sebelum ini. Jumaat pula candle bearish meneruskan closing candle sebelumnya.
Secara keseluruhan trend masih uptrend lagi. Inilah yang saya katakan masih ada risk kenaikan lagi. Perkara penting yang kita perlu bagi perhatian adalah RBS yang gagal ditembusi dan juga new high di atas 2200.00 jika ia berlaku.
Plan utama saya minggu ini adalah mencari sell high jika ia retest lagi area 2200.00 ini. Peluang sell high ini sangat baik kerana secara tafsiran ia bermaksud kegagal untuk naik lebih tinggi dan seller besar masuk di area price tertinggi.
Faktor lain juga adalah minimum stoploss dengan high reward di area high ini.
XAUUSD 4H
Di H4 fibonacci retracement dilukis dan SNR ditandakan untuk mencari confluence. Di sebabkan plan utama adalah sell, oleh itu harga SBR adalah key resistance untuk entry sell high.
Berdasarkan marking dan pertindihan(confluence), saya dapati fibo 50 dan 61.8 adalah key resistance penting untuk selling high.
Price resistance untuk sell adalah;
- 2182.64
- 2193.17
Ini bermakna jika dalam minggu ini ia naik retest situ, carilah peluang sell jika candle H4 membentuk sell signal/reversal signal.
Selain itu, Weekly low minggu lepasiaitu di 2146.56 adalah key support utama untuk sell lower dari current price atau opening minggu ini dengan syarat breakout dan new low terbentuk. Tunggu ia naik dahulu dan sell semula pada harga sesuai.
long term target berdasarkan angka genap adalah 2100.00.
ALTENATIF
Alternatif kepada selling adalah buying, iaitu mestilah membentuk stuktur uptrend di atas marking SNR yang kita plan sebagai sell di situ.
Jika ini berlaku, abaikan sell dan cari buy sahaja atau, abaikan plan sell(cutloss) keseluruhannya untuk minggu ini.
Sebarang pertanyaan bolehlah DM admin di telegram ya.
Sekian dahulu untuk analisa kali ini.