XAUUSD MINGGU KE DUA NOVEMBER
Pada minggu pertama iaitu minggu data NFP dikeluarkan, XAUUSD ditutup bearish di bawah paras 2000.00. Namun ia tak memberikan direction jelas adakah naik atau turun. Namun jangkaan saya buat masa terdekat ini adalah sedikit penurunan memandangkan paras 2000.00 adalah harga tertinggi untuk gold ini.
Sell gold?
Fokus sejak minggu lepas adalah sell kerana saya menjangkakan ia perlu retrace pada hujung bulan atas faktor profit taking.
Saya lihat pada minggu lepas gagal berlakunya new high dan satu candle bearish engulfing di bawah 2000.00 selepas 2x retest namun gagal naik lagi. Sejak dari itu apabila ia naik, saya hanya fokus kepada selling sahaja walaupun minggu lepas ada NFP pada jumaat sebelah malam.
Sekarang sudah masuk minggu kedua untuk bulan ini kita lihat apa yang sudah tersedia di chart teknikal untuk panduan minggu ini. Seperti biasa, analisa TOP-DOWN adalah kegemaran saya.
Join membership atau LOG MASUK untuk belajar lebih lanjut teknik ini.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Di bawah adalah chart Monthly untuk gold(xauusd) ini.
XAUUSD MONTHLY
Kita mulakan dari monthly untuk memahami apa yang berlaku pada bulan lepas.
Untuk sepanjang bulan lepas, gold ditutup bullish selepas gagal menjejak 1800.00. Candle bullish di TF Monthly menunjukan sentimen bullish untuk keseluruhan bulan lepas. Akan tetapi berdasarkan sejarah lepas, pada tahun ini ada 3x retest dan reject di bawah paras ini(2000.00).
3x retest tersebut berlaku pada bulan March, April dan May.
Pada bulan Oktober retest berlaku lagi namun gagal tembusinya. Oleh sebab demikian saya menjangkakan ia akan turun pada awal bulan ini.
Tafsiran ini adalah berdasarkan basic open, high, low dan close candlestick di mana closing di bawah 2000.00 adalah petanda ia gagal tembusi paras harga ini.
XAUUSD WEEKLY
Di TF Weekly minggu lepas gold ditutup bearish di bawah paras 2000.00 dan pattern yang terbentuk adalah hanging man. Akan tetapi candle pattern ini perlukan closing pada minggu ini sebagai bearish untuk ia confirmed sebagai hanging man iaitu sell signal.
New low terbentuk hari ini kerana sudah breakout low minggu lepas. Weekly low kini menjadi resistance, seller akan memasuki area ini untuk menekan harga lebih rendah lagi.
Seterusnya kita lihat apa yang berlaku di Daily pula.
XAUUSD D1
Pada saat ini, candle di Daily(D1) break weekly low. Ini cukup memberikan petunjuk hari ni majoriti trader adalah sell gold pada waktu ini.
Jika candle di D1 ini berjaya kekal di bawah Weekly low, kita hanya perlu menunggu retracement berlaku semula di Weekly low minggu lepas ini dan sell jika rejection berlaku.
XAUUSD H4
Menariknya di H4, neckline HNS sudah breakout dan dalam masa yang sama area neckline ini juga adalah Weekly low minggu lepas, oleh itu minggu ini seharusnya ia akan turun lagi.
TRADING PLAN
Berdasarkan analisa di atas plan utama minggu ini adalah sell sahaja.Anda perlu membuat marking price dan pantau area-area ini untuk sebarang potensi entry sell.
Area neckline/key snr penting:
- 1969.00
- 1977.00
Key Support(target):
- 1930.00
- 1915.00
- 1900.00
TIPS ENTRY
Gunakan candlestick pattern atau chart pattern untuk mendapatkan entry. Kedudukan entry juga boleh dikaitkan dengan fibonacci retracement.
Okeylah, sampai sini dahulu, update akan diberikan di masa akan datang.
ALTENATIF
Perhatikan Weekly low, jika price naik semula dan naik lebih tinggi, ia ada kemungkinan trend belum bersedia untuk downtrend lagi.
ADMIN
07/11/23