XAUUSD MINGGU TERAKHIR BULAN APRIL DAN AWAL BULAN MAY
Minggu lepas saya tak berikan update dalam blog ini kecuali update harian dalam group telegram kerana dalam fasa hujung bulan biasanya market akan ada pergerakan yang tak menentu samada akan naik lagi ataupun reversal. Pair xxxjpy naik tinggi pada minggu lepas namun XAUUSD hanya ada sedikit kenaikan sahaja.
Ia break stuktur uptrend dan kini saya percaya ia dalam stuktur awal downtrend.
Kita mulakan analisis di TF D1 seperti biasa.
Sebelum lanjutkan, jom subscribe telegram pullback untuk update terkini secara terus ke smartphone anda!
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
XAUUSD D1
Di TF ini kita akan melihat bagaimana pecahan harian candlestick yang menceritakan reaksi-reaksi tertentu pada level-level price tertentu. Jika ditutup lebih tinggi, bermakna pada hari itu ia naik dan begitu jugalah sebaliknya.
TF D1 berbanding Weekly dan Monthly, ia lebih menceritakan apa yang berlaku dalam pasaran setiap hari. Oleh itu ia menjadi pilihan saya untuk memulakan analisa.
Berdasarkan D1, kita dapat lihat satu candle bearish engulfing terbentuk dan break dua support level dan terus closed bearish di bawahnya. Ia seterusnya berhenti di 2300.00 dan rejected. Namun ia bukanlah strong rejection di mana price gagal naik lebih tinggi selepas retest 2344.23.
Dua candle terakhir atau pada dua hari terakhir iaitu khamis dan jumaat walaupun ditutup bullish namun ia kekal di bawah 2344.23 ini, menandakan kekuatan trend lebih kepada atau bias kepada bearish sahaja.
2300.00 pula bertindak sebagai strong support di mana jika anda sell, TP wajib adalah di area ini. Sekiranya strong rejection terbentuk pula, ia akan menjadikan double bottom di area ini dan price mungkin naik semula kerana overall trend masih lagi bullish atau uptrend.
Breaking level ini, seterusnya adalah 2200.00 sebagai sasaran utama.
XAUUSD H4
Di H4 kita akan melihat perincian yang lebih lanjut mengenai trend dan price semasa. Pada waktu ini kita dapat lihat minor SNR iaitu Resistance terdekat 2349.41(last high jumaat lepas) dan RBS/RBS 2329.67 sebagai support terdekat untuk confirmation sell jika break.
Terakhir sekali, 2300.00 dan last week low iaitu di 2291.57 sebagai target jika sell di buat. Ia juga menjadi key support penting iaitu jika break, ia akan menjadi resistance dan seterusnya menjadi panduan entry sell berdasarkan peraturan SNR.
STRATEGY ENTRY
Untuk entry, disebabkan kita sudah memilih bias sell, oleh itu fokus adalah sell sahaja kecuali rejection kuat diikuti stuktur uptrend di 2300.00.
Berikut berberapa strategi entry anda boleh pertimbangkan;
- Double top di H4 iaitu retest dan reject berlaku di area minor resistance 2349.41.
- Break dan pullback di bawah 2329.67.
- Break dan pullback di bawah 2300.00 dan juga last week low 2291.57.
Altenatif
Tidak dinafikan boleh jadi plan sell ini invalid. Berikut clue yang kita cari;
- Break atas minor resistance 2349.41
- Break major resistance TF D1 2360.93
Walaubagaimanapun, ini cuma plan atau kerangka kerja sahaja. Ia tetap bergantung apa yang akan berlaku semasa live market nanti.
Silakan join telegram untuk perkembangan tersebut.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Sekian terima kasih!