XAUUSD nak ke 1900.00 semula?
Hi semua pembaca yang budiman! XAUUSD buat masa ini bearish dan sudah membuat new low. Area low minggu lepas kini menjadi resistance penting(key resistance) untuk entry sell.
Pair ini bergerak trending menurun buat masa ini dan apabila new weekly low terbentuk, ia mengukuhkan lagi untuk turun lebih jauh.
Sebelum lanjutkan, silakan subscribe ke channel kami untuk update dan analisis terkini;
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
XAUUSD H4
Berdasarkan H4, area weekly low 1925.84 adalah area broken support yang kini menjadi resistance. Buat masa ini retracement berlaku namun tiada tanda-tanda ia akan terus naik dan break area SBR. Oleh tu plan selling masih valid lagi.
Confirmation
Untuk confirmation, pastikan rejection terbentuk di bawah area SBR samada single candle rejection ataupun bounce and reverse setup.
Target utama adalah 1900.00.
Kejatuhan emas juga adalah petanda bahawa pair-pair major lain akan jatuh sekali seperti EURUSD, GBPUSD dan AUDUSD.
Akan tetapi jika emas bullish, pair major lain juga akan turut naik memandangkan hari ini sudah khamis. Oleh itu plan sell emas akan invalid atau, jika ada sell boleh cutloss jika break atas 1930.00.
Sekian dulu buat masa ini.
ADMIN
10/08/23
photo: istock