
XM Worldwide Partners League: Rebut Ganjaran Sehingga $500,000 di Pentas Global!
Bayangkan anda berpeluang untuk berdiri sebaris dengan Rakan Niaga besar dari Eropah, Amerika Latin dan Asia demi satu tujuan: membuktikan kemahiran anda dan rebut hadiah lumayan.
Kini bayangan itu jadi kenyataan — dalam Liga Rakan Niaga Sedunia XM!
Inilah kejohanan yang julung kali diadakan, khas untuk rakan niaga XM dari seluruh dunia. Dengan hadiah terkumpul sehingga $500,000, inilah peluang untuk buktikan strategi, pengaruh dan semangat sebenar sebagai seorang Introducing Broker (IB).
Bukan Sekadar Liga Dagangan Biasa!
Bermula dari 16 Jun hingga 15 Ogos 2025,Liga Rakan Niaga Sedunia XM membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang menyertai program rakan niaga untuk menguji strategi, kecekapan dan komitmen mereka.
Apa yang membezakan liga ini?
Kali ini, anda boleh merujuk klien dari mana-mana sahaja di dunia, asalkan pendaftaran mereka sah dan mereka menjadi klien yang aktif. Tiada batasan geografi dan tiada syarat lokasi ditetapkan!
Ia juga bukan berdasarkan tuah atau sistem cabutan. Ia adalah pertandingan merit sepenuhnya — semakin ramai klien yang anda rujuk, semakin tinggi kedudukan anda dalam carta.
Sebanyak 30 pemenang akan dipilih berdasarkan dua kategori utama:
- Tahap 1 (Platinum/VIP) – 15 pemenang daripada kalangan rakan niaga elit
- Tahap 2 (Bronze/Silver/Gold) – 15 pemenang daripada kalangan rakan niaga umum
Ini memastikan bahawa semua rakan niaga, tanpa mengira tahap semasa, mempunyai peluang yang adil untuk bersaing dan memenangi hadiah yang setimpal dengan usaha mereka.
Bagaimanakah Cara untuk Sertai?
Jika anda sudah bersedia untuk jadi pemenangnya, jom ikuti langkah-langkah mudah ini:
- Daftar sebagai Rakan Niaga XM.
- Rujuk klien baharu & sahkan pendaftaran mereka.
- Kumpul mata berdasarkan jumlah rujukan.
- Kekalkan momentum dan naik ke puncak carta.
Semakin anda konsisten, semakin besar peluang anda untuk dinobatkan antara 30 rakan niaga terbaik dunia.
Masa Untuk Buktikan Kehebatan Anda!
Liga Rakan Niaga Sedunia XM kini bermula. Penyertaan sudah dibuka, dan saingan juga semakin sengit.
Jika anda bercita-cita untuk menjadi antara rakan niaga terbaik di dunia, inilah saatnya untuk bertindak.
Rebut kedudukan anda di pentas global. Kumpul mata. Dan buktikan bahawa anda bukan sekadar peserta — anda adalah pesaing sebenar.