EMA 5 HIGH DAN LOW UNTUK MENGESAN PULLBACK

BAGAIMANA UNTUK MENGESAN PULLBACK MENGGUNAKAN EMA 5 HIGH DAN LOW

  • Setup indikator

  • Perbandingan dengan channel dan bollinger band

  • Pergerakan pullback dan entry layer

Setup indikator

Sila ikuti langkah berikut;

Masukkan dua(2) Moving average dan pilih setting berikut;

  1. Moving average exponential 5 High
  2. Moving average exponential 5 Low

Perbandingan dengan channel dan Bollinger band

Konsep sama dengan channel iaitu buy di lower channel dan sell di upper channel. Akan tetapi berbeza dari segi bila waktu untuk buy dan bila waktu untuk sell. Seterusnya lihat perbandingan dengan Bollinger band pula.

EMA 5 high dan low ini lebih banyak persamaan dengan bollinger band namun berbeza dari segi rupa sahaja.

EMA 5 high/low mempunyai reflex secara terus dengan pergerakan semasa price sedangkan bollinger band akan mengembang dan mengecut pada waktu-waktu tertentu.

Pergerakan pullback dan entry layer

Salah satu kegunaan EMA 5 ini adalah untuk entry layer pada sesuatu pergerakan trending atau trend rally.

Penggunaan EMA ini juga boleh dikaitkan dengan price action seperti candlestick pattern(pin bar/shooting star, evening dan morning star/engulfing).

Perkara yang anda perlu kuasai adalah berikut;

  • Trend
  • Price mesti rejected di lower channel untuk uptrend dan upper channel untuk downtrend
  • Price closed semula di upper channel untuk pullback uptrend dan lower channel untuk pullback downtrend

Gambar : Confirmation pullback downtrend

Gambar : Confirmation Pullback uptrend

Berikut saya kongsikan bagaimana untuk kenal-pasti trend dan bagaimana untuk memanfaatkan trend tersebut dengan membuat entry pada pullback trend.

Saya menggunakan EMA50 untuk medium term trend di H1. Untuk uptrend, candlestick mestilah di atas EMA50 dan untuk downtrend, candlestick mestilah di bawah EMA50.

Selain EMA50, EMA200 juga sesuai.

Setelah trend dikenal-pasti, seterusnya dengan menggunakan pemahaman candlestick dan EMA5 high/low tadi, entry point akan dibuat jika cukup syaratnya.

Berdasarkan gambar kita akan membuat entry berdasarkan dua keadaan berikut;

  1. Candle rejection berada di lower channel.
  2. Candle closed di EMA 5 high sebagai petanda trend sedang pullback.

Entry layer

Apabila market sudah pullback, anda boleh membuka entry layer di EMA 5 high untuk buy pada uptrend dan EMA 5 low untuk downtrend.

Perhatikan dalam sesuatu trend itu anda hanya fokus satu entry sahaja iaitu buy sahaja atau sell sahaja.

Bagi yang ingin gabungkan kaedah ini dengan strategy advance yang saya kongsikan pada blog ini bolehlah ke pautan ini ya… KLIK SINI

Download ebook pullback strategy

Anda hairan kenapa ada trader boleh layer-layer sampai penuh chart dengan entry? kemungkinan mereka menggunakan kaedah yang sama iaitu membuat layer pada strong trend movement cuma kaedah analisa sahaja berbeza.

AMARAN!

Entry layer ini sangat berbahaya dan anda wajib memahami segala risiko yang terlibat baik-baik sebelum melakukannya.

Membership

Bagi yang ingin menyertai membership pullback bolehlah klik link di bawah untuk menyertai hari ini.

Klik sini untuk join member PULLBACK!

ADMIN
08/03/18

 

Comments