Maksud Hawkish dan Dovish dan apa yang anda perlu buat

Assalamulaikum wbt dan Salam sejahtera semua pembaca setia blog pullback!

  • Hawkish

  • Dovish

Dalam FOREX trading ni ada banyak istilah-istilah yang lebih sekadar buy dan sell. Contohnya bear atau beruang, ia bermaksud downtrend. Bull atau lembu bermaksud uptrend. Jika downtrend maka sell, jika uptrend maka buy.

Ada istilah yang selalu kedengaran dan terbaca di saluran berita atau artikel yang berbunyi Dovish dan Hawkish. Jadi apakah maksud dua istilah ini?

Note: Untuk senarai News Release sila ke Forex Factory.

Hawkish

Perkataan ini berasal dari ‘Hawk’ atau Helang, yang dikenali sifatnya sebagai agresif, dan pemburu yang berbahaya.

Dalam dunia kewangan, ia mempunyai maksud tertentu dan kebiasaannya ia berkait dengan Interest Rates atau kadar faedah yang tinggi atau dinaikkan.

Sebagai contoh, jika US Federal Speaker menyatakan terma ‘Hawkish,’ ia memberi petanda bakal adanya kenaikan kadar faedah di masa akan datang.

Sementara kadar faedah yang tinggi  mungkin bermaksud kurangnya kuasa membeli pengguna di negara itu, ia pula adalah berita baik kepada pelabur kerana bakal mendapat pulangan tinggi jika mahu melabur. Kenaikan kadar faedah ini adalah berita baik secara tidak langsung kepada traders kerana akan lebih banyak pelabur akan membeli matawang tersebut maka, lebih banyak permintaan/demand bermaksud akan bertambahlah nilai matawang itu dan seterusnya ia akan menguat ataupun mengukuh.

Tindakan anda?

Matawang yang terkait dengan FED ini adalah USDJPY dan USDCHF di mana matawang ini akan menaik. Secara tidak langsung EURUSD, GBPUSD, AUDUSD dll akan menurun.

Note: Federal Open Market Committee(FOMC) adalah pengumuman mengenai interest rate USD.

DOVISH

Perkataan ini berasal dari burung merpati atau ‘Dove,’ yang lebih dikenali sifatnya sebagai terbang rendah dan agak berhati-hati. Dalam dunia kewangan, dovish bermaksud interest rate atau kadar faedah yang rendah sebagai pendorong kepada pertumbuhan ekonomi.

Apabila kadar faedah rendah, orang ramai/pengguna secara umumnya mempunyai lebih banyak wang untuk berbelanja. Ia akan membantu ekonomi berkembang kerana aliran wang dalam jual beli dan perniagaan yang akan memperolehi keuntungan.

Join live trade? Jom ke sini.

Sekiranya ahli-ahli US Federal Reserve menyatakan Dovish, ini akan memberi petanda bahawa mereka menyokong kadar faedah yang lebih rendah. Sebagai contoh jika ada ucapan dari anggota atau ahli-ahli FED, ia mungkin akan jadi petunjuk kadar faedah US Dollar akan turun selepas pertemuan FOMC berikutnya(FOMC Meeting).

Tindakan?

USDJPY dan USDCHF akan jatuh. EURUSD, GBPUSD, AUDUSD akan naik atau menguat. Gold(XAUUSD) secara tidak langsung juga akan menaik.

Semoga bermanfaat!

ADMIN
10/07/19

p.s: sumber dari sini.



Comments