PELAJAR KOLEJ MATI KEMURUNGAN SELEPAS KERUGIAN TERUK PELABURAN MATAWANG CRYPTO

PELAJAR KOLEJ MATI KEMURUNGAN SELEPAS KERUGIAN TERUK DALAM PELABURAN MATAWANG CRYPTO

  • Ibu mangsa menemui anak lelakinya mati

  • Profit 200 juta Korean Won(RM720,000) pernah dijana oleh pelajar berkenaan

SEOUL –Seorang pelajar kolej ditemui mati oleh ibunya pada jam 7:50 pagi di dalam bilik pelajar tersebut dipercayai akibat kemurungan berpunca dari kerugian besar dalam pelaburan matawang  digital crypto.

Menurut keluarga mangsa, anak lelakinya pernah menjana keuntungan sehingga 200 juta korean Won dari pelaburan yang dibuat.

sumber: bravenewcoin

Nilai matawang crypto terus merudum penghujung tahun lepas dan dalam masa yang sama juga kerajaan Korea Selatan telah mengetatkan undang-undang berkenaan matawang digital berkenaan.

Setelah mangsa menunjukkan tanda-tanda kemurungan(depression), mangsa bergantung sepenuhnya kepada ubat preskipsi tidur.

Menurut polis, mangsa merupakan tahun kedua di sebuah kolej bereputasi tinggi. Pada semester pertama tahun lepas, mangsa telah mengambil cuti sakit dan kembali ke kampung halamannya di Busan, di mana beliau bekerja sebagai pekerja sosial bermula pada Oktober lepas.

Polis merancang akan menyiasat lebih lanjut mengenai kes ini. -The Korea Herald/Asia News Network

ADMIN
020218

PS: Credit feature foto : yonhap

Baca >>  El Salvador Kerugian $12Juta Pelaburan Bitcoinnya | Pelaburan atau perjudian?
Translate »