Siapa saya?

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Dikenali dengan nama panggilan Nazz di kalangan rakan trader, beliau telah berkecimpung secara aktif dalam forex trading sejak pertengahan 2009 lagi. Mula kenal dunia trading ini melalui rakan-rakan MLM pada tahun 2008, beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk bergiat secara aktif dalam trading secara self-learning berdasarkan sumber-sumber internet, trial dan error serta melalui rakan-rakan trader yang lebih berpengalaman.

Beliau membuat keputusan untuk menghasilkan blog ini pada penghujung tahun 2012 untuk mengongsikan ilmu-ilmu dan tips-tips penting trading yang telah dipelajari sepanjang tempoh beliau berkecimpung dalam dunia trading ini.

Beliau dalam masa yang sama telah menjadi introducer broker bagi berberapa broker antarabangsa dan mempunyai rangkaian trader dari Malaysia, Brunei, Singapore dan Indonesia. Selain aktif berkongsi ilmu dalam bentuk artikel dan ebook percuma, beliau juga aktif menyampaikan ilmu melalui personal coaching kepada trader baru dan lama mengenai strategi dan teknik yang digunakan oleh beliau.

DSC_0191

DSC_0123

DSC_0108

Ingin berkolaborasi atau menghubungi kami? Bolehlah emailkan di admin@pullbackforextrading.com.

Sekian.
Nazz.

Jadi rakan saya di facebook: www.facebook.com/nasy8
Note*Hanya Acc facebook yang menggunakan ID yang jelas sahaja akan saya approve. terima kasih.