TEKNIK PULLBACK UNTUK PART TIME DAN SANTAI

Hello traders! Sekarang sudah memasuki penghujung bulan november 2020 dan dengan berbaki sebulan lagi iaitu Disember, tahun 2020 ini bakal melabuhkan tirainya. Adakah tahun ini anda sudah selesaikan masalah teknik/strategi anda ataupun sudahkah anda menemui strategi yang betul-betul berkesan dengan anda?

Jika belum, mungkin ia ada kaitan dengan kerkerapan anda menghadap market dan masih tidak menjumpai ‘rentak’ trading yang anda perlukan.

Atikel kali ni saya nak kongsikan teknik paling simple untuk trading pullback. Jangan risau, jika kebiasaannya saya kongsikan strategi di H4, kali ni saya akan kongsikan strategi yang boleh diguna-pakai pada timeframe serendah H1 dan juga M30.

SEBELUM
SELEPAS

Matlamat pembelajaran kali ini adalah seperti berikut;

  • Kenapa anda perlu trading part time?
  • Bagaimana untuk skip candlestick pattern
  • Strategi trend dan entry yang boleh bantu anda mencari buy low, sell high
  • Kenapa anda perlu menggunakan teknik ini

Jika anda trading menggunakan smartphone, teknik ini sangat sesuai dan praktikal untuk anda.

Kenapa anda perlu trading part time?

Mari kita bercakap dari sudut realiti. FOREX boleh jadi volatile iaitu naik dan turun dalam masa singkat. Hakikat trend is you friend boleh jadi suatu yang sukar dicapai lagi-lagi ketika market dalam keadaan sideways kerana pada situasi ini anda tidak akan dapat membaca arah pasaran secara jelas.

70% market adalah sideways

Hampir sepanjang masa keadaan market adalah sideways dan anda boleh buktikan sendiri pada chart anda. Berapa kerap sesuatu pair itu trending berbanding ia sideways? Itulah sebabnya bukan sepanjang masa trend itu adalah rakan baik anda.

Jika 30% sahaja market ini trending, ini bermakna anda hanya perlu berada 30% sahaja dalam pasaran dan bukannya 100%. Ini bermakna anda wajib trading part time dan bukannya full time.

Lihat chart di atas, lebih kerap sideways berbanding trending. Market dikira trending jika dalam keadaan di bawah;

Berdasarkan keadaan di atas, anda perlu kurangkan masa trading anda dari kerap kepada kurang kerap kerana dengan demikian anda hanya perlu fokuskan kepada 30% trending market untuk kelebihan anda.

70%, 30% dan kaitannya dengan 95% trader gagal dan 5% trader yang sukses

Jika 70% market trend ini adalah sideways serta penuh dengan false signal, secara tidak langsung ia menjawab kenapa 95% trader itu gagal. Ini adalah kerana trader-trader ini banyak memfokuskan 70% situasi market ini berbanding hanya menumpukan 30% yang betul-betul profitable.

Hanya 5% sahaja trader yang berjaya kerana mereka hanya menumpukan 30% trend yang jarang berlaku ini dengan menghadkan waktu dalam pasaran samada untuk analisis ataupun melakukan trading.

Kebanyakan dari trader ini adalah part time trader, swing trading mahupun position trading. Waktu yang mereka luangkan untuk trading adalah sedikit berbanding day trader yang cuba untuk scalping dan melakukan trading secara aktif.

Mereka adalah trader yang sangat sabar dan berdisiplin dalam membuat keputusan serta hanya bertindak apabila perlu sahaja iaitu apabila mereka mempunyai advantage dalam pasaran dari segi risk reward ratio, money management dan juga peluang profitable jangka panjang.

Legendary trader, Jesse Livermore juga akui membuat keuntungan dari trading adalah dengan duduk diam dan bukannya trading secara aktif.

Bagaimana untuk skip candlestick pattern

Menghafal semua jenis candlestick pattern mungkin agak mustahil bagi newbie. Jangan risau, anda boleh skip kesemua pattern-pattern ini.

Memadai anda kenal ciri-ciri candle bullish dan bearish sudah cukup.

Buka MT4 ataupun MT5 XM anda. Tekan F8 pada keyboard anda dan pilih Color Scheme.

Saya gemar pilih black on white untuk setting warna chart. Dari sini warna hitam mewakili candle bearish manakala putih pula sebagai candle bullish.

Anda juga boleh ubah warna-warna candle ini ikut pilihan anda seperti candle merah untuk bearish dan candle biru atau hijau untuk bullish.

Cara mudah skip candle pattern

Anda hanya perlu gunakan jenis candle bullish atau bearish untuk confirmation entry anda.

  • Jika uptrend, anda hanya akan buy jika candle bullish closed.
  • Jika downtrend, maka anda hanya akan sell jika candle bearish yang closed.

Candle-candle ini adalah signal kepada pullback continuation trend.

Cara mudah skip candlestick pattern adalah dengan cara entry sell jika hanya terbentuknya candle bearish dalam trend tersebut.

Untuk memudahkan pemahaman, lihat gambar di bawah;

Di atas adalah pair GBPJPY bergerak trending selepas breakout trendline. Trend di dalam downtrend, oleh itu anda perlu tunggu candle bearish terbentuk untuk entry sell anda.

Jika berada dalam uptrend pula, fokus utama anda adalah candle bullish. Entry anda adalah seperti berikut;

Jika trend dalam uptrend, maka anda hanya perlu tunggu candle bullish terbentuk sebagai peluang entry anda.

Di atas adalah contoh uptrend untuk pair GBPJPY. Entry buy dibuat apabila candle bullish terbentuk. Dalam chart di atas juga ditunjukkan bagaimana menggunakan kaedah SNR dan candlestick untuk entry point.

MODAL PERCUMA $30 UNTUK PEMBACA BLOG PULLBACK FOREX

Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $30 SEKARANG!

Kenapa anda harus memilih kami? :

  • Free $30 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker
  • Partnership programs
  • Leverage up to 888:1
  • Spread serendah 0.6

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

Strategi trend dan entry yang boleh bantu anda mencari buy low, sell high

Untuk memanfaatkan 30% trending yang sangat profitable tetapi jarang berlaku itu, anda perlukan strategi yang boleh memberikan timing bilakah waktu sesuai untuk mengesan dan memanfaatkan trade setup itu.

indicator

Setting indikator yang tepat boleh membantu mengesan peluang setup ini. Apa yang penting adalah signal mudah difahami dan tidak punyai rule yang rumit dan chart yang serabut.

Teknik ini juga sangat sesuai untuk mereka yang trading menggunakan smartphone.

Setting indicator:

Entry rule:

Buy –

Candlestick di atas kedua-dua EMA. EMA50 bersilang dan berada di atas EMA100. Price turun ke EMA50 ataupun EMA100 kemudian closed sebagai candle bullish.

Sell –

Candlestick di bawah kedua-dua EMA. EMA50 bersilang dan berada di bawah EMA100. Price naik ke EMA 50 ataupun EMA100 kemudian closed sebagai candle bearish.

2nd Confirmation indikator(optional) –

Saya cadangkan anda gunakan indikator stochastic oscillator sebagai confirmation kedua iaitu entry buy dan sell adalah berdasarkan signal overbought ataupun oversold.

Jika uptrend, fokus untuk entry pada candle bullish yang closed atas EMA 50 ataupun 100 diikuti signal oversold pada stochastic.

Jika downtrend, fokus untuk entry pada candle bearish yang closed bawah EMA 50 ataupun 100 diikuti signal overbought pada stochastic.

Baca mengenai stochastic di sini

No trade rule:

No trade jika trend dalam sideways iaitu trend tidak jelas dalam uptrend dan juga downtrend.

EMA 50 dan 100 kerap bersilang juga bersilang dengan candlestick. Jika situasi ini berlaku, elakkan trade. Cari pair lain.

No trade juga apabila candle tidak menyentuh EMA 50 ataupun 100 walaupun closed sebagai candle pullback.

Pullback EMA paling profitable

Jika candle sentuh EMA 50/100 tetapi tidak closed sebagai candle pullback, no trade.

Entry setup hanya dikira jika memenuhi syarat sahaja. Trader yang tidak berdisiplin akan gagal menggunakan teknik ini kerana tidak akan mengikuti entry rule. Oleh itu, jika anda mahu menjadi trader yang berjaya, anda mestilah seorang yang berdisplin.

Exit strategies:

SL dan TP adalah exit strategy.

SL adalah 5 pip pada hujung candle entry. Exit atau TP pada SNR seterusnya. Gambar di bawah akan tunjukkan contoh entry dan exit.

Lihat contoh live chart di bawah:

Entry adalah pada candle open selepas candle bearish closed. SL adalah 10 pips di hujung candle signal. Exit trade adalah pada support level. Dalam gambar, support level ditanda berdasarkan closing body candle.

Di atas adalah contoh no trade pada permulaan trend. Trade setup adalah apabila semua syarat entry dipenuhi iaitu candle signal mestilah tepat berada di bawah EMA50 ataupun EMA100. Exit adalah pada support berikutnya ataupun support terdekat.

Gambar di atas merupakan contoh trade setup yang tidak cukup syarat tetapi masih sah untuk entry. Apa yang penting adalah candle mestilah closed bearish di bawah EMA50 untuk downtrend.

SL dan TP adalah masih menggunakan kaedah yang sama.

Gambar – contoh buy signal pada EMA 50 dan juga EMA 100. Akan tetapi jika price membentuk buy signal tetapi tidak secara tepat pada EMA 100, ia dikira invalid. Namun dalam situasi ini, ia belum confirm sebagai perubahan trend, oleh itu anda harus fokus buy sahaja andaikata price pullback semula di atas EMA100/50.

Pair GBPJPY bergerak trending, tetapi dalam waktu tertentu ia akan membentuk invalid buy signal. Tugas anda sebagai trader bukan sahaja mencari peluang entry tetapi sebaliknya mestilah mempunyai kebolehan untuk membezakan manakah trade setup yang membantu dan yang tidak membantu anda.

Dengan kaedah dua EMA ini dengan mudah anda dapat bezakan antara setup yang terbaik dengan yang bukan.

Kesimpulannya…anda perlukan teknik ini!

Dari kesemua setup yang diberikan, kesimpulan yang boleh dibuat adalah bukan sepanjang masa trade boleh dibuat kerana 70% dari trend ini adalah sideways berbanding hanya 30% sahaja ia akan trending. Anda perlukan teknik ini untuk membantu anda mengesan peluag tersebut.

Mengesan pergerakan sideways ini bukan sahaja menjimatkan masa anda tetapi juga mengelakkan dari kerugian. Jimat wang, masa, dan tenaga anda dari melakukan perkara sia-sia.

Trading secara part time membantu anda untuk fokus dan dalam masa yang sama tidaklah terlalu risau untuk mengejar peluang entry di mana akhirnya akan membawa kepada masalah teruk seperti emosi dan risk management.

Sertai telegram kami untuk signal dan peluang setup! Klik sini

ADMIN
29/11/20

Print Friendly, PDF & Email

Comments

Translate this website »