BLOG PULLBACK KINI BERUSIA 9 TAHUN

Print Friendly, PDF & Email

Dengan masuknya bulan disember 2021 ini menandakan kurangnya sebulan lagi untuk memasuki fasa tahun baharu. Tahun baharu, cabaran juga akan baharu tetapi masalah tetap sama iaitu, konsistensi dan teknik yang sesuai dengan jiwa – masih dalam pencarian sesetengah trader hingga memakan masa dan wang yang begitu banyak sekali. Akan tetapi siapa tahu jika anda bakal menemui penghujung pencarian itu dalam artikel ini.

Saya sebagai trader dan blogger sudah pun berada lama dalam industri ini dan secara tepatnya bermula pada penghujung 2008 lagi dan kemudian 3 tahun berikutnya iaitu pada 2012 saya bercadang untuk mengongsikan pengalaman dan kaedah serta teknik yang saya gunakan, maka lahirlah blog ini. Mulanya hanya untuk kongsikan trade setup tetapi akhirnya saya putuskan untuk berkongsi teknik dan strategi yang telah saya pelajari melalui pembelajaran terus dan juga kajian saya sendiri. Sejujurnya ia memakan masa lebih 10 tahun untuk seseorang itu betul-betul faham mengenai teknik trading dan market itu sendiri. Tiada jalan mudah kecuali anda mempunyai mentor dan belajar terus dari pengalaman orang lain dan seterusnya menjimatkan masa anda dalam industri ini.

Permulaan saya di FOREX

Mula dikenalkan oleh seorang trader pada penghujung 2008 sewaktu aktif bergiat dalam MLM kemudian diikuti dengan pertemuan dengan 2 lagi rakan beliau yang juga merupakan IB kepada broker forex antarabangsa pada waktu tersebut, disitulah bermulanya perjalanan dalam dunia trading ini.

Kisah-kisah dipermulaan dalam bidang ini banyak yang indah khabar dari rupa. Tak kurang juga kisah-kisah untung rugi. Pada waktu tersebut, nama forex agak sinonim dengan pelaburan scam atau skim piramid atau lebih tepat money game di kalangan penjawat awam dan swasta di Sabah.

Baca >>  REVERSAL TREND TANPA CANDLESTICK PATTERN

Nama-nama skim seperti ‘PQ FOREX,’ GM(Gemilang Mirza), Edgar International, Zeta capital dan berberapa lagi skim lain yang saya tak berapa ingat adalah antara yang popular pada waktu tersebut. Sebelum itu saya juga sering dengar mengenai skim pelaburan Swiss Cash yang agak popular di seluruh negara. Semuanya berselindung disebalik nama ‘FOREX.’

Saya kemudiannya bergiat-aktif di sebuah laman forum tempatan. Kemudian dari situ saya kenal mengenai sebuah kumpulan trader yang menggunakan teknik elliott waves sebagai teknik utama trading mereka. Pada waktu artikel ini ditulis, ia sudah pun dibubar dan masing-masing sudah membawa haluan masing-masing.

‘Kuasaforex’ antara yang paling popular pada waktu tersebut. Mungkin ada dikalangan pembaca yang kenal dengan jenama ini jika sudah berkecimpung begitu lama dalam forex.

Menjadi IB

Agak lucu bila ternampak orang yang memuat-naik status di facebook mengenai tawaran menjadi IB kemudian beliau ‘demand’ gaji sehingga 100k, nampak sangat macam budak mentah. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, tawaran menjadi IB ini boleh dapat di mana-mana tak macam zaman dulu-dulu.

Dulu tak ramai IB sebab tawaran ni sangat sukar dan bukan semua boleh dapat. Tapi pada waktu ini(tahun 2021), asalkan boleh marketing, ada follower dan ada teknik sendiri, boleh dah apply jadi IB. Nak jadi MIB pun boleh. Kalau nak demand 100k, maaflah, broker tak pandang pun lagi-lagi kalau tak boleh bawa sales dan client. hahaha..

Saya pernah menjadi IB untuk berberapa broker yang saya tak sebutkan di sini kerana cuma nak menyampaikan sedikit kisah saya yang mungkin ada dikalangan pembaca yang ingin tahu mengenainya. Saya menjadi IB sekitar 2011 hinggalah 2021 ini. Menjadi IB ni best sebab dapat komisyen dari pelbagai sudut. Yang ni bolehlah cuba sendiri kalau rasa boleh bawa client dan sales. Komisyen lumayan menanti anda.

Baca >>  EURUSD PROFIT 138PIPS HANYA DENGAN 1 SINGLE ENTRY DAN TIPS ENTRY LAYER

Menjadi IB ni kena kejar sales, customer, client, investor dan macam-macam lagilah. Bukan mudah. Kalau setakat jadi IB tidur baik buat affiliate broker sahajalah. Tiada tekanan sales dan tiada isu sponsorship nak kena tarik balik.

Masuk 9 tahun..

Blog ini mungkin berusia baru 9 tahun tapi kandungan dalamnya datang dari pengalaman-pengalaman trader Malaysia dan luar negara yang berusia lebih lama dari 10 tahun. Semuanya diadun dengan rapi dan ditulis dengan ringkas mudah agar dapat difahami oleh pembaca.

Bagi yang belum menemui strategi atau teknik yang betul-betul serasi dengan jiwa anda, jangan berputus-asa dan jangan dengar pandangan negatif orang lain. Anda mungkin punyai 1001 sebab untuk salahkan broker anda dan juga market(kerana itu hak anda) tetapi fikirkan, mungkin saja strategi anda sebenarnya yang belum mantap dan anda masih struggle dengan emosi dan tabiat buruk anda. Menyalah market atau orang lain tidak akan menyelesaikan masalah, oleh itu hadapinya dengan hati terbuka, buka minda, terima kesalahan anda dan mulakan langkah baru! Jadikan tahun 2022 sebagai tahun terbaik anda bermulanya perjalanan anda sebagai trader yang berjaya dan insyaAllah akan menjadi pendidik pula kepada generasi baru di masa akan datang.

Rancangan akan datang?

Nak lahirkan lebih ramai trader yang berjaya dan tahu selok-belok buat duit dalam industri ni. Ilmu pun dah banyak saya kongsikan melalui blog ini samada percuma dan juga berbayar.

Jika tercapai, bolehlah bersara dan jadi silent trader di laman sosial. Maybe tahun depan boleh capai matlamat ni? InshaAllah.

[TAWARAN MENARIK] MODAL PERCUMA $30 UNTUK PEMBACA BLOG PULLBACK FOREX

Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $30 SEKARANG!

Baca >>  STRATEGI ENTRY FALSE BREAKOUT

Kenapa anda harus memilih kami? :

  • Free $30 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker
  • Partnership programs
  • Leverage up to 888:1
  • Spread serendah 0.6

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

Apa yang saya pelajari dari 13 tahun dalam forex trading?

Berikut saya senaraikan sahaja untuk anda tahu dan buat kajian anda.

  1. Jangan trade jika dalam emosi negatif(marah, dendam, rasa tertinggal(FOMO)..)
  2. Trading ikut bias market akan memudahkan anda mendapat entry terbaik(SL kecil TP besar)
  3. Jangan trade jika anda tiada advantage/kelebihan pada keadaan market tersebut
  4. Jangan terlalu showoff trading anda di laman sosial dan forum jika anda masih dalam proses belajar
  5. Kongsilah ilmu untuk bantu orang lain sepertimana tuhan sudah bantu anda

Terima kasih daun keladi.

Terima kasih kerana sudi menjadi pembaca setia blog ini dan juga terima kasih kerana menyampaikan ilmu-ilmu yang ada dalam blog ini supaya ia menjadi pelita menerengai perjalanan trader lain.

Semoga kejayaan dan kekayaan dunia dan akhirat selalu menjadi milik anda!

Salam kejayaan,

ADMIN
26/12/21

Credit photo header

Leave a Reply

Text-+=
Translate »