PULLBACK KINI 10 TAHUN!

Pullbackforextrading kini sudah menganjak usia ke-10 tahun. Terima kasih kerana terus menjadi pembaca setia dan mengikuti kami dari laman sosial facebook, instagram hinggalah ke youtube.

Untuk ulang tahun ke-10 ini, saya nak kongsi sikit cerita mengenai broker, teknik-teknik forex popular pada waktu tersebut, dan juga ingin kongsikan serba-sedikit sikit mengenai broker pertama yang saya gunakan pada mula-mula menceburi bidang trading ini. Memperkenalkan, IKOFX!

Broker ini masih wujud hingga hari ini sementara berberapa broker lain sudah tewas kecundang. Untuk rekod, di broker ini hanya dua kali deposit sahaja yang dibuat. Selebihnya withdraw! Dari rekod di bawah, deposit pertama adalah sebanyak USD400 iaitu pada 30/11/2009 manakala last time deposit adalah pada 01/02/2010 iaitu sebanyak USD250.

Yup, saya sudah mula aktif dalam trading sejak penghujung tahun 2009 lagi. Mula-mula kenal trading ini adalah pada tahun 2008.

Total withdrawal yang dibuat sudah mencecah USD2.2K. Apa yang menariknya mengenai broker ini adalah withdrawal minima sebanyak $9.65 pernah dibuat dan IB yang menguruskan tetap meng-kreditkan amaun tersebut ke dalam bank! hahaha.. 😀

Last transaksi pula adalah pada 30/06/2016. Selepas itu saya pun dah tak gunakan broker ini lagi.

Selain dari broker ini, broker lain yang saya gunakan juga adalah seperti instaforex dan fortfs. Instaforex juga masih ada sehingga ke hari ini tetapi malang bagi fortfs, broker ini sudah berkubur.

Broker datang dan pergi ini umpama pohon yang tumbuh hilang berganti baharu.

Selain dari ini, broker seperti liteforex dan fxopen juga pernah saya gunakan. Broker-broker ni dah kira legend sebab dah lama dalam pasaran dan urusan depo/wd juga mudah.

Baca >>  Trading berdasarkan Check-List

Berbalik kepada broker IKOFX, broker ni tak jelas siapa pemiliknya dan khabarnya broker white label. Broker ini saya kenal melalui satu laman forum, terlihat link yang dipromosikan lalu saya pun mencuba membuka akaun di situ. Broker ini juga menawarkan program affiliate dengan komisyen menarik. Sehingga hari ini program affiliate ini masih berjalan dan sesiapa yang berminat bolehlah mencuba broker ini.

ILMU SERTA TEKNIK FOREX YANG POPULAR PADA TAHUN 2008, 2009, 2010 DAN 2011

Antara teknik-teknik yang popular pada waktu ini adalah seperti kuasaforex, elliott waves theory(EW), teknik kuda, teknik mudah(hedging), teknik jaguhforex, teknik forexsebenar, teknik MOCFX dan harmonic pattern. Ada lagi berberapa teknik lain yang saya tak berapa ingat namanya.

Dalam 2010 ni saya banyak mendalami kaedah/strategi yang melibatkan EW, trendline, fibonacci, support/resistance, EMA dan Candlestick. Saya belajar kaedah EW dari buku Surf***ves. Group ini sudah berpecah pada waktu ini. Kaedah yang mereka perkenalkan sangat menarik dan saya masih guna-pakai hingga hari ini.

Tak semua teknik di atas saya pelajari tetapi sejak pada waktu itu komuniti adalah terhad dan kecil, maka bertemu dan bertukar-tukar pendapat serta ilmu membolehkan saya pelajari ilmu-ilmu yang berbeza-beza dari orang yang berbeza.

Pada waktu kini, sudah banyak group dan komuniti forex sudah diwujudkan. Ramai trader-trader handalan di sana-sini dan mudah saja ditemui. Ia adalah suatu perkembangan positif untuk industri ini di dalam negara ini.

Teknik paling saya minati?

Saya lebih suka chart kosong dengan 1 atau 2 indikator. Dari sepanjang pengalaman saya bermula dari 2008 dan live trading 2009 hingga ke tahun ini 2022, saya boleh katakan teknik SNR, candlestick, fibonacci dan trendline adalah yang terbaik.

Baca >>  NZDUSD SEBULAN KEMUDIAN...MENGEJUTKAN!

Topik fibonacci adalah paling best selain candlestick dan trendline. Sebab itulah banyak artikel fibonacci, candlestick, trendline dan SNR saya telah kongsikan dalam blog ini. 🙂

Special offer!

Terima kasih kerana membaca post ini dari awal hingga akhir. Sebagai terima kasih, saya berikan diskaun 50% untuk anda jika anda menyertai membership CSPRO dengan kod diskaun “ulangtahun10″. Sila buat pembayaran selepas diskaun dan berikan kod melalui whatsapp kepada saya. Jika anda berikan kod ini tetapi anda membuat bayaran penuh, saya akan refund kepada anda 50% diskaun tersebut. Kod diskaun ini juga boleh digunakan untuk kesemua membership lain.

Okeylah, sampai di sini dahulu untuk waktu ini. Hingga berjumpa lagi dikesempatan yang lain pula.

Salam kejayaan!

ADMIN
26/12/22

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
error: ©2012-2022 | Hakcipta terpelihara. Pullbackforextrading.com