Teknik Trading A.C.T – Part 1

Teknik Trading A.C.T – Part 1 – Asas teknik dan bagaimana ia diasaskan?

Teknik ini lebih kepada price action trading. Ia lebih kepada pemerhatian kepada sesuatu pergerakan price iaitu opening price, closing, high dan low price. Dalam ‘bahasa’ lainnya ia dipanggil OHLC(open, high, low, & close). Ia lebih kepada asas utama kepada semua asas trading iaitu, candlestick.

OHLC adalah asas kepada pembentukan candlestick. Bull dan Bear wujud kerana majoriti adalah buyers atau sellers.

Candlestick adalah bahasa pertuturan trader

Kenapa candlestick? Kenapa bukan S&R? Supply/demand? atau DOM(depth of market)? atau kenapa bukan pivot point sahaja? OK, semua ini adalah cabang ilmu trading itu sendiri namun kita pergi kepada yang paling basic dan tertera pada chart itu sendiri. Untuk memahami cabang-cabang ilmu tadi satu hal, nak praktik lagi satu hal. Ia perlukan masa dan dedikasi. Anda boleh cuba sendiri dan pastikan dalam tempoh ini anda tidak melibatkan diri dengan live trading kerana ia mungkin membuatkan trading anda agak serabut sikit. Baiklah, tak nak bazirkan masa, kita pergi terus kepada bahasa pertuturan trader ini.

candlestick-basics-1024x682

iklan-baru

 

Candlestick terbentuk daripada majoriti buyers dan sellers dalam market untuk suatu tempoh masa tertentu. Ia dapat dilihat dari timeframe kecil 1minit hinggalah 1bulan. Untuk timeframe ini, setiap timeframe adalah wakil jangka masa pembentukan candlestick itu sendiri. Jika pada timeframe 1 minit, ini bermakna setiap 1 minit akan kita dapat lihat satu candle baru akan terbentuk. Jika timeframe H4, bermakna kesimpulan majoriti buyer/seller untuk 1 candle itu dalam tempoh 4 jam. Jika daily, bermakna 1 hari = satu candle iaitu 24 candlestick akan membentuk kesimpulan sepanjang hari itu. Jika Weekly candle bullish, ini bermakna sepanjang minggu itu keseluruhannya adalah buyers lebih ramai berbanding seller(majoriti buyers).

Take note:

  1. Candle bullish adalah hasil dari majoriti buyers.
  2. Candle bearish adalah hasil dari majoriti sellers.
  3. Doji candle = Neutral

Overall bullish pada candle TF daily untuk sepanjang hari adalah berdasarkan majoritinya buyers sepanjang hari itu. Overall bearish TF Daily adalah kerana majoriti trader sepanjang hari adalah sellers.

 

h1-d1

Gambar di atas menunjukkan uptrend market dalam masa 3 hari pair AUDJPY. Walaupun majoritinya trader pada 18hb adalah sellers. Keadaan ini ditafsirkan sebagai sementara atau correction trend yang akhirnya ia bertukar kepada uptrend semula atau continuation trend.

Perubahan arah ‘last minit’, hasilnya false break dan fakey bar

False break atau bull/bear trap sering menjadi masalah para trader yang trade berdasarkan breakout market.  Trader mencuba untuk mengikuti arah market berdasarkan Resistance become Support(RBS) atau Support become Resistance(SBR).

Namun kegagalan pergerakan price ini untuk meneruskan perjalanan breakout setelah membentuk SBR ataupun RBS ini akan menjadi loss trade kepada trader yang trade cara breakout ini.

Trader yang prihatin mengenai risiko ini segara  mengambil langkah selamat seperti menggunakan low risk volume/lot dan menggunakan stoploss dalam trading.

eurchf-h4

Pair EURCHF di atas adalah contoh betapa trading false break ini boleh menghancurkan akaun jika trader itu tidak menggunakan stoploss. EURCHF jatuh lebih 1000 pips selepas 2x gagal break resistance dengan 2x false break berlaku.

False break ini kemudiannya membawa kepada candle pattern yang dikenali sebagai fakey atau fakey bar. Cuba bandingkan TF H4 di atas dengan TF D1 di bawah. Sila baca semula tulisan di atas untuk fahamkan perbandingan timeframe ini.

eurchf-daily

Overall satu hari itu tidak ada kekuatan buyers untuk membuatkan price naik lebih tinggi di area resistance dan akhirnya kita tafsirkan bahawa kita perlu sell pada hari berikutnya sebab ia petanda seller masuk di kawasan resistance dan buyers pula menutup posisi buy masing-masing dan bilangan buyers akhirnya berkurang di situ. Akhirnya apa yang berlaku adalah, price jatuh.

Adakah anda terfikir sesuatu di sini? Okey biar saya kongsikan sesuatu di sini. Bukankah lebih berbaloi trade timeframe daily terus untuk sell hanya dengan melihat apa yang berlaku pada hari sebelumnya. Simple bukan?

Fakey bar adalah potensi anda menjana profit

Adakalanya trading ini memerlukan kita bertindak bijak untuk menjana profit. Ada trader cuba mengambil pengajaran berdasarkan sifat pemburuan sang haiwan seperti buaya ataupun singa. Cuba fikirkan logik di situ, pemburu-pemburu ini tidak gopoh dalam memburu. Sebaliknya mereka sabar menanti peluang, bila dah ada peluang jelas, mereka akan ambil peluang sebaiknya.

Jika perubahan last minit itu selalu buat ‘spoil’ maka sebenarnya ia juga boleh jadi peluang kita menjana wang. Apa yang perlu adalah, ketahui bilakah ia akan berlaku sahaja. Jika mengambil contoh EURCHF sebelum ini, kita boleh kenal-pasti bahawa ia berlaku apabila price sampai ke area resistance.

eurchf-daily

Lihat betapa mudahnya untuk trade. Jika semalam price tak break dan closed pula sebagai fakey, keesokan harinya hanya perlu fokus sell sahaja sepanjang hari. Close sell itu pada pagi keesokannya. Cara ini mungkin nampak mudah sangat tapi pastinya ada perkara lainnya yang boleh ‘menyukarkannya.’ Contohnya seperti disiplin, overkonfiden dan lebih teruk, tamak.

Adakah cara begini dah cukup untuk buat duit dari trading forex?

Jawapannya sudah tentu YA! Anda boleh luangkan sikit masa untuk buat backtest dan lihat sendiri logik cara ini. Saya yakin anda boleh buat duit sebenarnya. So jika nak gunakan terus pun boleh. Apa yang penting di sini adalah elakkan sahaja 3 perkara yang saya dah mention di atas tu. InshaAllah pasti boleh.

3 perkara paling bermasalah dikalangan trader adalah disiplin, overkonfiden dan lebih teruk, tamak.

Okeylah, rasanya dah cukup sampai sini untuk cerita mengenai asas teknik ini. Saya akan dedahkan teknik ini pada entry berikutnya pula.

STAY TUNE!

18/10/16
ADMIN
www.pullbackforextrading.com

Comments