123 REVERSE | CANDLESTICK TRADING STRATEGY
Kaedah ini paling saya gemar gunakan untuk confirmkan sesuatu reversal apabila candlestick atau sesuatu trend itu bouncing di SNR level. Saya akan buat candle counting untuk dapatkan entry.
Apa yang anda perlu buat adalah sangat mudah. -tunggu dan lihat. Saya yakin siapa-siapa pun boleh buat kan? 🙂
Untuk trade reversal trend adakalanya ia agak mengelirukan dan sukar. Jika gabungkan dengan indikator pula adakalanya masih tak cukup. Begitu juga jika menggabungkannya dengan signal reversal candlestick seperti pin bar atau engulfing juga masih tak memadai. Oleh itu, saya akan kongsikan kepada anda bagaimana dengan melihat susunan atau formasi sesuatu kumpulan candlestick, kita juga boleh confirmkan sesuatu reversal. Tapi macam biasa, wajib ada kawalan risk sebab kita bukan berjudi dalam pasaran ini.
CIRI-CIRI FORMASI CANDLESTICK
Kita akan melihat ciri-ciri formasi candlestick berikut;
- Susunan seperti fractal
- Susunan shadow dan closing body candle
Sebelum lanjutkan artikel ini, silakan klik button di bawah terlebih dahulu.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
SUSUNAN SEPERTI FRACTAL
Susunan fractal adalah terdiri dari 5 susunan candle di mana candle ketiga adalah lebih panjang shadownya berbanding candle lain(dua candle sebelum dan selepas mestilah tidak melebihi candle tengah ini).
Fractal merupakan salah-satu kaedah trading yang diperkenalkan oleh Bill Williams dan ia digunakan untuk trading breakout. Susunan candle ini sesuai juga digunakan untuk trade reversal di mana susunan candle ke-dua atau ke-tiga adalah entry anda.
Fungsi fractal
Sesuatu fractal yang ditembusi atau breakout, bertanda trend akan berubah. Oleh itu kedudukan stoploss adalah pada fractal di tengah atau candle ke-3.
Sebenarnya tak semestinya perlu ikuti syarat kedudukan fractal ini untuk confirmkan entry. Sebaliknya memadai adanya susunan candlestick di sesuatu SNR dan entry sudah boleh ditentukan.
Dari sudut lain, ianya mirip kepada pattern morning star ataupun evening star reversal pattern.
Tiga CS reversal – iaitu candle pertama diikuti candle kedua yang lebih panjang dari candle pertama dan candle ke-3 yang tidak melebihi candle ke-2, entry adalah pada candle ke-4. Kedudukan stoploss anda dihujung shadow candle ke-2.
Kedudukan stoploss diletakkan di sini bertujuan jika breakout berlaku, maka reversal ini akan gagal sepertimana diterangkan di atas mengenai fungsi fractal dalam breakout.
Candle pertama dan ketigak tidak melebihi shadow candle ke dua. Melalui bentuk ini kita dapat kenalpasti bentuk A dan V yang dibentuk melalui kedudukan candlestick ini.
Bilakah waktu untuk lihat setup ini?
Waktu terbaik adalah apabila price menjejak sesuatu SNR major di D1 atau H4, kemudian bolehlah melihat potensi entry di H1.
Kedudukan 3 cs ini menyerupai candle reversal morning star namun disebabkan pattern ini adakalanya sukar untuk disahkan sebagai valid atau tak, maka ada baiknya kita fahamkan kedudukan cs sahaja. Ia lebih mudah dan ringkas.
Berdasarkan gambar di atas, entry sell adalah pada candle ke-4 setelah candle ke-3 confirmkan pattern reversal ini. Adalah penting untuk menunggu candle ke-3 siap kerana dalam waktu tertentu adakalanya candle ke-3 masih melepasti candle pertama, oleh itu stoploss akan triggered awal jika anda tergesa-gesa untuk entry. Jika anda perasan, susunan candle di atas masih ada 3 candle sebelum adanya satu candle panjang yang membuat retest reject pada resistance. Candle ini akan menyebabkan trade awal anda akan stopout sebelum ia betul-betul menjadi.
Oleh itu adalah penting untuk memahami dan mengikuti rule asas 3 candlestick ini sebelum anda membuat entry.
Untuk exit trade, ianya cukup mudah, iaitu anda exit pada snr terdekat ataupun menggunakan kaedah fibo TP yang diajarkan di sini >> https://pullbackforextrading.com/?s=FIBO+TP
RUMUSAN
Dari keseluruhan artikel ini saya membuat rumusan berikut;
- Kaedah yang lebih mudah berbanding cs pattern dan fractal adalah dengan memahami kedudukan candlestick sahaja.
- Minimum adalah 3 cs iaitu cs kedua lebih panjang berbanding pertama dan ke-3
- Entry adalah pada cs ke-4
- Stoploss pada hujung cs ke-2
- Dengan memahami kedudukan 3 cs ini, kita boleh skip syarat formasi fractal dan juga syarat sah candle morning star dan evening star
Sekian dahulu artikel kali ini, kita jumpa lagi pada artikel akan datang.
Terima kasih!