
4 Cara Efektif untuk Tarik & Kekalkan Minat Audiens Pedagang Anda!
Ketahui Peranan Anda sebagai IB dan Cara Membantu Pelanggan Anda untuk Kekal Aktif Berdagang untuk Jangka Masa yang Panjang.
Sebagai seorang Introducing Broker (IB), peranan anda bukan sekadar membantu pelanggan mendaftar akaun dagangan — tetapi juga memastikan mereka terus berminat, terus belajar dan terus berdagang. Semakin lama mereka berdagang, semakin tinggi potensi anda untuk menjana komisen. Namun, persoalannya, bagaimanakah ingin memastikan pelanggan anda kekal berminat untuk berdagang?
Bagaimana Ingin Pastikan Pelanggan Anda Sentiasa Berdagang?
Berikut adalah 4 pendekatan berkesan yang boleh anda amalkan untuk memastikan pelanggan anda terus berminat dalam dagangan.
1. Bantu Mereka Kuasai Asas Dagangan
Ramai yang mendaftar akaun dagangan masih baharu dalam dunia Forex, saham atau kripto. Mereka mungkin pernah dengar tentang dagangan online, tetapi masih tidak memahami istilah dan konsep penting.
Inilah peluang anda untuk menjadi pembimbing yang mereka perlukan.
Apa yang anda boleh lakukan?
- Sediakan panduan mudah tentang istilah dagangan asas
- Buat perbandingan antara instrumen dagangan: contohnya “saham vs. kripto”
- Kongsikan cara membuka posisi dengan betul
Apabila mereka memahami asas dagangan, mereka akan lebih yakin untuk terus berdagang.
2. Tunjukkan Kelebihan Berdagang
Pelanggan mungkin tidak sedar tentang kelebihan yang mereka boleh dapatkan daripada broker — dan disinilah penting anda memainkan peranan.
Beritahu mereka tentang manfaat broker pilihan anda. Contohnya seperti XM yang mempunyai:
- Pelaksanaan pantas dan tanpa sebut harga semula
- Tiada komisen tersembunyi
- Bonus menarik seperti $50 Bonus Tanpa Deposit dan 100% Bonus Deposit
Kelebihan ini boleh menjadi faktor pendorong untuk mereka terus berdagang dengan lebih yakin.
3. Kongsi Pengalaman Sebenar Anda
Manusia secara semula jadi lebih mudah terhubung dengan cerita benar yang dekat dengan kehidupan mereka. Apabila anda berkongsi pengalaman anda sendiri — mereka akan merasa lebih difahami dan tidak bersendirian.
Contoh kisah yang boleh anda kongsikan:
- “Saya dahulu tidak tahu apa itu leverage — ini perkara penting yang saya pelajari”
- “Bagaimana saya menggunakan bonus $50 untuk memulakan dagangan pertama”
- “Cara saya membantu seorang klien yang hampir berputus asa tetapi kini berjaya konsisten berdagang”
Cerita sebenar bukan sahaja memberi inspirasi, tetapi juga membina kepercayaan.
4. Didik Dengan Kandungan Bernilai Tinggi
Promosi semata-mata tidak mencukupi untuk mengekalkan minat. Kandungan yang mendidik dan memberi nilai jangka panjang adalah lebih penting dalam membina hubungan yang berterusan.
Apakah jenis kandungan yang berkesan?
- Tips pengurusan risiko dan kawalan emosi dalam dagangan
- Ulasan mingguan tentang sentimen pasaran semasa
- Penjelasan data penting dari Kalendar Ekonomi XM
- Video atau infografik tentang strategi dagangan yang popular
Semakin banyak nilai yang anda berikan, semakin besar keinginan mereka untuk terus mengikuti anda.
Jadilah Pembimbing Terbaik Mereka
Jika anda serius ingin membina komuniti pedagang yang setia dan menjana pendapatan berterusan, anda perlukan platform yang bukan sahaja kukuh — tetapi juga menyokong perkembangan anda sebagai rakan niaga.
Program Rakan Niaga XM direka khas untuk bantu anda capai lebih banyak hasil dengan usaha yang strategik dan berkesan. Anda bakal menikmati kelebihan seperti:
- Komisen tinggi sehingga $80 per lot
- Akses kepada sistem Auto Rebat XM
- Komisen 10% bagi setiap sub-rakan niaga peringkat kedua
- Analitik canggih dan lengkah untuk penjejakan masa nyata
- Pengurus Akaun Peribadi yang berpengalaman
Lebih 200,000 rakan niaga dari seluruh dunia sudah mula jana pendapatan bersama XM!
Jadi, anda tunggu apa lagi?
[Klik di sini untuk menjadi sebahagian daripada Program Rakan Niaga XM.]
#XM #XMMalaysia #XMPartnersProgram #IntroducingBroker #IB #AffiliateTips