5 tips kritikal sebelum memulakan trade
5 TIPS SEBELUM MEMULAKAN TRADE
Penting untuk membuat perancangan sebelum memulakan sesuatu trade. Berikut lima(5) perkara yang mungkin anda boleh pertimbangkannya sebelum anda memulakan sesuatu trade.
*note: Tips ini mungkin tidak sesuai untuk semua orang kerana ia bergantung dengan teknik/strategy trading yang anda gunakan.
1. Mental dan Fizikal
Walaupun ia kelihatan tiada kaitan dengan teknik trading tetapi ia tetap memainkan peranan penting dalam trade dari segi psikologi. Kerana dalam trade itu sering dikaitkan dengan fear and greed(tamak dan takut), maka saya percaya ianya penting malah lebih penting dari asyik fikirkan teknik dan profit. Di bawah ini saya huraikan secara ringkas kenapa;
Mental/emosi
Adakah anda dipengaruhi dengan perasaan negatif seperti marah kerana kerugian lepas atau merasa tertekan kerana berdepan berberapa siri loss trade yang seakan membuatkan anda hilang arah? Jika ada, sebaiknya elakkan trade terlebih dahulu. Jika anda mempunyai perasaan ‘excited’ atau gembira atau tidak sabar juga sebaiknya tenangkan diri terlebih dahulu. Walaupun ia nampak agak positif, tapi percayalah, ia boleh mendorong kepada over-konfiden dan juga tamak apabila anda profitable dalam trade anda.
Sebaik-baik trade itu adalah ketika tenang dan fokus.
Fear and Greed
Fear:
Ia adalah suatu permainan perasaan di mana anda berasa takut ketika terlalu atau konsisten loss berbanding profitable. Ini boleh menyebabkan anda mempunyai perasaan ingin membalas dendam pada trade berikutnya. Tidak dinafikan inilah antara punca kenapa apabila sudah ada 1 loss, ia bertambah kepada loss ke-2. Dari 10 loss kepada 20 loss. Dari 1 akaun MC bertambah pulak lagi 2-3 akaun MC.
Greed:
Greed atau tamak sering berlaku apabila trade dibuat asyik tepat dan profitable. Terasa bagaikan mudah untuk menguasai market ini. Maka trader itu pun membuka lot lebih besar kerana berasa ingin cepat menggandakan akaun dan mahu kaya cepat. Jika anda pernah berfikir “kalaulah buy atau sell pada lot besar waktu mula-mula tadi, pasti untung besar sebab price gerak lebih 100pips ni…” -ini adalah petanda awal anda sedang dikuasai tamak. Perasaan tamak dan emosi juga boleh dilihat melalui entry yang terlalu berlapis-lapis banyakknya.
Perasaan tamak ini akan membawa kepada over-konfiden dan secara tidak langsung anda meletakkan akaun anda di dalam zon bahaya!
TIPS:
Anda lebih kenal diri anda berbanding orang lain, oleh itu anda sendiri akan faham bagaimana ataupun apa kesannya jika anda melakukan sesuatu itu dalam keadaan beremosi apatah lagi dalam keadaan marah. Sebaiknya, tenangkan diri dan buatlah keputusan atau perancangan trade dalam keadaan tenang dan waras agar ia memudahkan anda selepas trade tersebut di ‘execute’.
2. Lihat senarai news release
Perhatikan jika terdapat sebarang news release yang mempunyai impak tinggi terhadap trade anda terlebih dahulu. Anda boleh rujuk di www.forexfactory.com untuk senarai penuh news penting untuk sepanjang minggu. Melalui data-data yang disediakan pula, anda boleh melihat forecast/ramalan untuk sesuatu matawang itu berdasarkan actual dan previous.
TIPS:
Mengetahui bila sesuatu news release itu mempunya dua tujuan iaitu, trade news tersebut sebelum,semasa atau selepas atau, elakkan trading semasa news tersebut. Sebaiknya adalah elakkan trade semasa news tersebut kerana dikhuatiri berlaku sesuatu diluar dugaan yang mungkin menganggu trade anda seperti no-connection, server busy ataupun widen spread.
3. Lihat Teknikal Chart bermula dari timeframe yang lebih besar
Mulakan analisa teknikal anda bermula dari timeframe yang lebih besar untuk melihat ‘bigger picture’ atau gambaran keseluruhan trend tersebut. Dengan cara ini anda boleh menentukan trade plan untuk sepanjang hari itu atau, sepanjang minggu tersebut. Anda boleh bermula dari Daily chart ataupun Weekly chart.
TIPS:
Candle Daily mewakili candle semalam/kemarin. Jika kemarin candle daily close sebagai bullish engulfing, ada kemungkinan hari ini ia akan meneruskan trend bullish tersebut. Cara yang sama juga boleh digunakan pada Weekly dan Monthly candle.
4. Analisis candlestick pattern dan kedudukan support dan resistance(SnR)
Anda boleh merancang trade anda untuk buy dan sell hanya dengan merujuk kedudukan candle dan SnR. Jika anda seorang trader candlestick pattern pula, anda bolehlah lihat kemungkinan-kemungkinan untuk entry jika price sudah menyentuh sesuatu SnR itu. Contohnya jika anda menggunkan pin bar candle pattern dalam trading anda, anda boleh membuat buy/sell berdasarkan kaedah tersebut dengan mengaitkannya dengan SnR.
TIPS:
Jika price berada di atas SnR, maka trade plan adalah buy. Fokus candle signal buy sahaja. Jika price di bawah SnR, maka fokus trade adalah sell sahaja.
5. Money dan Risk management
Perkara yang paling kritikal dalam trade iaitu membuat perancangan dari segi kewangan(money) dan risk(risiko). Dalam hal ini anda perlu menentukan volume sizing trade anda, berapa lot hendak dibuka dan berapa Stoploss dan Take Profit(TP) yang anda mahu ambil. Juga tidak lupa, berapa pair hendak anda trade.
TIPS:
Jika trade 4 pair, stoploss setiap trade 50pips, maka risk anda adalah 200pips. Untuk sesuaikan 200pips ini kedalam akaun live anda, anda boleh adjust lot size/volume trade anda kepada nilai yang kecil atau sederhana agar akaun anda tidak cepat margin call. Contohnya anda mempunyai akaun USD 1,000. Anda boleh hadkan maksima kerugian anda kepada 10% sahaja untuk kesemua trade tadi. Maka nilai 10% adalah usd100.
Jika dibahagi kepada 4 maka ia bersamaan 50usd untuk satu pair. Oleh yang demikian anda bolehlah trade 1USD untuk 1pips. Untuk takeprofit pula, anda boleh pilih 1:1 ratio ataupun 1:2 ratio, bermaksud jika 1:1 ratio, TP dan SL anda sama nilai, jika semua trade profit, anda akan menjana 10%, maka akaun $1,000 tadi akan berganda kepada $1,100.00. Akan tetapi jika loss kesemua trade, akaun tadi akan menurun kepada -$900 usd. Akan tetapi yang penting adalah, akaun tersebut tidak margin call(modal hangus).
Sekian dari admin
www.member966.pullbackforextrading.com