NZDUSD bearish, key support 0.6842 dalam pemerhatian

Salam traders!

Pair yang agak mencuri perhatian sekarang ini adalah NZDUSD yang kelihatan secara jelasnya downtrend/bearish dan kini sedang menuju ke key support 0.6842. Permulaan downtrend pair ini sebenarnya sudah kelihatan apabila berlaku tahun lepas sekitar september 2016 dan kini ia berlaku lagi pada jun 2017. Rejection tersebut membawakan kita kembali ke tahun 2005 apabila NZDUSD membentuk resistance price di 0.7471.

NZDUSD MONTHLY CHART

NZDUSD BERTERUSAN JATUH SELEPAS PILIHANRAYA

Saya tidak akan mengulas mengenai election ini kerana bukanlah kepakaran saya dalam bidang ini tetapi apa yang saya boleh katakan adalah jika lihat pada Daily chart, sememangnya signal atau hint kepada selling itu sudah kelihatan. Apa yang perlu adalah kefahaman support dan resistance dan juga candlestick pattern.

NZDUSD Daily chart

Kelihatan trending menurun berdasarkan monthly chart dan juga EMA20 pada chart. Jika lihat dari segi candle dan price action, memang jelas situ bahawa price sudah break support 0.71916 kemudian bounce di bawahnya. Inilah petanda bakal berlakunya selling kemudian.

Entry sell ini saya kongsikan di laman sosial facebook saya.

Peluang ini saya manfaatkan sebaiknya untuk menjana profit maksima.



KEMANAKAH ARAH SETERUSNYA?

Jika dilihat pada timeframe weekly, anda akan dapati cuma ada 1 support level sahaja yang ada situ iaitu price 0.6842 iaitu harga terendah tahun lepas(2016). Secara logiknya, inilah kawasan sesuai price akan pergi jika tiada yang boleh memaksanya naik. Maka 0.6842 ini akan menjadi key support.

NZDUSD WEEKLY

Ia boleh menjadi clue seterusnya jika…

Sinilah part paling digemari oleh price action trader. Bukanlah untuk meneka, tetapi inilah masanya trader boleh menggunakan kaedah candlestick untuk memasuki pasaran samada untuk buy ataupun sell.

Baca >>  Analisa eurusd 18 april 2012

BACA: https://pullbackforextrading.com/pin-bar-trading-signal/

Prediction? break ataupun reject

Apa yang anda perlu buat sekarang adalah tunggu price sampai ke key support 0.6842 dan lihat apa yang akan berlaku. Jika rejected, kita akan buy. Jika break, kita akan sell.

Follow update..

Ikuti update pair ini di laman facebook saya.

 Member’s area sila login sini.

admin
25/10/17

Translate »