FOKUS BULAN INI

Print Friendly, PDF & Email

Empat major pair dalam fokus bulan ini adalah USDCAD, EURUSD, GBPUSD dan AUDUSD. Kesemua major pair ini kini berada di major support dan resistance masing-masing. Persoalan penting – adakah bakal breakout atau akan berlaku reversal? Jom kita lihat analisa teknikal pair-pair ini.

Kesemua analisa ini adalah berdasarkan top-down analisis. Melalui cara ini kita akan dapat melihat overall picture serta dapat gambaran lebih menyeluruh dan meluas mengenai pair-pair ini.

Analisa teknikal ini bermula dari monthly hinggalah daily.

USDCAD

MONTHLY

Berdasarkan TF monthly bulan lepas, USDCAD ditutup bullish melebihi candle bearish bulan-bulan sebelumnya, oleh itu ia nampak lebih kepada uptrend untuk bulan Mei ini.

Buat masa ini ia masih retest shadow bulan-bulan sebelumnya. Jika break, ia akan naik lebih tinggi.

WEEKLY

USDCAD retest area RBS 1.27662 pada pengumuman FOMC dua hari lepas dan berlaku rejection di atas RBS ini. Kini price stuck antara 1.28917. Kita lihat pula pada Daily.

DAILY

CS khamis close sebagai pullback di atas RBS 1.27662. ada kemungkinan NFP malam ini akan berlaku retest di 1.28917 dengan 1.2949 sebagai target resistance. 1.3000 akan menjadi sasaran utama.

EURUSD

MONTHLY

Pada timeframe monthly, kelihatan jelas bulan lepas dalam downtrend dan kini sudah sampai ke area major support tahunan yang terbentuk sejak 2015 hingga 2017.

Akan tetapi untuk ia confirmed sebagai buy, ia perlulah rejected di Weekly atau daily terlebih dahulu diikuti dengan pembentukan stuktur trend.

WEEKLY

Di TF Weekly nampaknya masih bearish iaitu dalam minggu ini sedang berlaku pullback di bawah 1.06155. Key support berikutnya akan menjadi retest area adalah 1.04624 dan 1.03401.

DAILY

Semalam(khamis) sudah terbentuk cs bearish engulfing(melebihi 50%) candle sebelumnya, seterusnya membawa kepada sell signal untuk hari ini. Jika selepas NFP nanti ia breaking low dan membuat new low minggu ini, nampaknya ada possible untuk testing major support di bawah berdasarkan history tahun-tahun sebelumnya(2015-2017).

Baca >>  Analisa Teknikal GBPUSD 21.07.14

GBPUSD

MONTHLY

Berdasarkan monthly, bulan lepas closed sebagai bearish trend. Kini berada di atas area 1.23201. Ia masih boleh turun lagi ke bawah memandangkan untuk confirmed buy, ia perlulah rejected di atas major support ini pada TF monthly terlebih dahulu. Oleh itu trend bulan ini sepatutnya sell kecuali di Weekly dan Daily sudah mula membentuk rejection awal diikuti stuktur uptrend terbentuk.

WEEKLY

Berdasarkan Monthly dan Weekly, pair ini memang strong bearish. Kini ia sedang berada di 1.24000 round number dan 1.23201, major support tahun lepas. Jika berlaku selling lagi maka ia akan jatuh lagi ke major support berikutnya. Akan tetapi jika berlaku profit taking, ia akan naik sedikit.

DAILY

Candle pair GBPUSD pada TF D1 closed sebagai bearish engulfing, nampaknya lebih jelas downtrend berbanding USDCAD dan EURUSD. Ini kerana ia secara jelas ditutup lebih rendah berbanding candle minggu lepas. Minggu ini sudah terbentuk new low.

Nampaknya berdasarkan D1 ia lebih kepada sell. Oleh itu area SBR 1.24000 akan jadi panduan sell jika ia naik retest kemudian rejected.

1.22422 dan 1.21475 akan menjadi target dalam bulan ini jika trend selling masih berlanjutan.

PROMOSI MEMBERSHIP! 35% OFF – JOIN SEKARANG!

ADMIN
06/05/22

Text-+=
Translate »