Dalam fokus minggu hadapan -CAD DOLLAR

Cad ditutup mengukuh minggu lepas dengan USDCAD bearish candle. Harga psikologi 1.3000 berada di bawah harga semasa dan mungkin akan menjadi key support penting untuk matawang ini jika ia berterusan bearish lagi.

Dalam masa yang sama juga candle minggu lepas breakout UptrendLine(UTL).

USDCAD WEEKLY | Tradingview.com

Pengukuhan CAD bermakna usdcad akan melemah atau bearish. Dalam FOREX, sesuatu matawang yang lemah akan dijual untuk membeli matawang kuat. Dalam situasi USDCAD waktu ini, USD melemah dan CAD menguat.

note:
Matawang melemah kerana dijual besar-besaran.
Matawang menguat kerana dibeli secara besar-besaran.

NEWS PENTING MINGGU HADAPAN

News penting CAD minggu hadapan adalah pada hari rabu pada jam 9:30pm iaitu new CPI m/m.

Data bulan lepas adalah 0.1% dan jangkaan(forecast) bulan ini adalah 0.7%.

forexfactory

Price action berdasarkan data lepas

Di bawah adalah candle pada timeframe Monthly. Berdasarkan perbandingan carta teknikal ini dengan data ekonomi dalam gambar di atas kita dapat tafsirkan bahawa;

  1. Candle bullish pada bulan Ogos ditutup atas paras 1.3000
  2. Pada bulan September, harga melambung naik dan pada waktu ini bacaan CPI adalah -0.3%. Cad melemah dan Usd mengukuh.
  3. Bulan lepas iaitu Oktober pula, USDCAD ditutup bearish dan data CPI pada waktu ini adalah 0.1% berbanding -0.3% bulan September
USDCAD MONTHLY | Tradingview.com

PLAN TINDAKAN

Awal bulan ini kita menyaksikan Cad mengukuh dengan candle bearish untuk TF monthly dan weekly. Oleh itu kita akan consider minggu hadapan juga sepatutnya ia akan turun lagi jika;

  1. Data yang dikeluarkan 1.0% ke atas
  2. Selepas news, candle signal sell terbentuk di area resistance – semasa news price naik dan selepas news ia membentuk sell signal di area-area resistance di H1
Baca Lagi  Market Review 03 November 2015

Entry awal sebelum news:

Sell akan dibuat lebih awal jika 1 atau 2 hari sebelum news iaitu pada isnin atau selasa sudah berlaku kenaikan dan sell signal terbentuk di H1 ataupun H4.

Carta CAD

Timeframe(TF) D1, area berpotensi untuk sell:

  1. Major TL downtrend terdekat
  2. Area Drop Base Drop 1.3387 sebagai key resistance
  3. Area confluence UTL dan DTL

TF H4:

Area penting key resistance level adalah di Minor resistance 1.3312 dan Major resistance di 1.3387.

Major resistance ini seperti yang dapat dilihat di TF D1. Minor pula hanya dapat dilihat di H1 ataupun H4.

USDCAD H4 | Tradingview.com

NO TRADE JIKA…

Jika syarat entry tidak dipenuhi, ada kemungkinan USDCAD akan naik. Oleh itu no trade untuk pair ini.

KESIMPULAN

Fokus utama adalah sell sahaja untuk minggu hadapan, oleh itu news mungkin akan menjadi kunci penting untuk market terus jatuh jika data positif untuk CAD atau, sell akan dibuat lebih awal jika retest dan reject sudah terbentuk lebih awal di area minor atau major di H4.

Sasaran utama untuk take profit adalah di 1.30000.

Artikel pilihan:

  1. https://pullbackforextrading.com/?s=retest
  2. https://pullbackforextrading.com/bagaimana-untuk-trade-satu-arah-sahaja-untuk-seminggu-dan-apa-kelebihannya-untuk-anda/

Belajar lebih lanjut strategi ini – sila daftar keahlian percuma.

ADMIN
13/11/22

Photo: coin world